:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, August 24, 2011

Shah Alam : Episod 4

Shah Alam
Hari keempat
19/08/2011
happy together

Rancangan awal kami nak ke KLCC sekali lagi. Kali ni bersama keluarga abang long dan kawan-kawannya. Memang sebenarnya kami (abah+ummi+auni) nak masuk Aquaria. Dah lama duduk Shah Alam tak pernah masuk situ lagi. Lagipun auni dah kenal ikan dan binatang lain. Inilah peluangnya :)

Hari tu hari Jumaat. Berkejar masa jugalah nak ke Aquaria tu. Bayaran masuk bagi dewasa RM35. Auni percuma je. Memang seronok sangat masuk Aquaria tu :) Ummi cuma masukkan gambar-gambar yang tak seberapa ni aja. Banyak gambar kurang cantik sebab kamera ummi kamera HP je huhu.

Penyu tu SANGAT besar. Ikan pari gergasi paling ummi suka.

(^_^)

Malam tu kami jemput keluarga abang long berbuka puasa di rumah. Ummi cuma buat koktel. Nasi Arab dan Nasi Mandhi pun beli dekat restoran hehe. Kuih muih jiran sebelah beri, jadi memang banyaklah makanan. Itu belum lagi abah beli bihun sup :)

ketika makan
kanak-kanak ni makan berperingkat-peringkat.
* auni siap buat lulur aiskrim

kejap baik kejap gaduh
* suka tengok auni dan aisyah peluk :)

anak2 cahaya mata

Lama juga abang long anak-beranak kat rumah. Kira-kira jam 12 malam baru kami hantar pulang. Balik aja terus kami tidur sebab esok paginya tu nak bertolak balik ke Pasir Mas pula. Kejap aja masa berjalan huhu. Balik kali ni memang kami betul-betul rehat kat rumah, tak sempat balik rumah nenek.

Okey...bersambung episod terakhir pula (^_^) Nantikan...

1 comment:

  1. Bestnya auni gi jln2.. Kami tak pernah sampai lg pun aquaria tu.. :-(

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...