Princess Solehah bersama sepupu
Alhamdulillah, kami bertolak pulang ke Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang 16/08/2011 (Selasa) yang lepas. Perjalanan yang panjang namun menyeronokkan (^_^) tapi agak meletihkan juga hehe. Masakan tidak, bersama 3 anak-anak kecil yang pelbagai ragam ni. Biras ummi bersama 2 anak kecilnya ikut sekali sebab biras ummi nak buat visa nak pergi Mesir.
Kami berbuka puasa dalam kereta aja. Masa ni di Merapoh. Singgah sebentar di Petronas Kechau untuk makan nasi. Memang mencabar sebab anak dara ummi nak makan sendiri. Dalam pada tu memang mengamuk juga sebab abah tak bagi dia makan sendiri. Nka mengejar masa pula tu. Dia mengamuk sakanlah hehe.
Sampai di Ampang, jalan jem teruk. Rupa-rupanya ada orang baiki jalan. Lepas hantar kak long anak beranak ke Masjid Negeri, kami terus pecut ke Desa Kemuning. Alhamdulillah, selamat sampai kira-kira jam 1.00 pagi. Hampir 10 jam dalam kereta. Sampai aja, abah terus makan nasi lagi. Borak-borak sampai jam 2.30 pagi juga. Ummi tak tahan terus tidur sebab esok nak bangun sahur. Alhamdulillah, dapat juga bersahur dengan keluarga pagi tu (^_^). Esok paginya, masing-masing tidur lepas Subuh sebab letih yang teramat sangat.
Okey....bersambung episod seterusnya ya :)
* ringkas aja kali ni sebab tiada yang menarik hihi....
alhamdulillah=) auni dah sampai kampung..bestnye..hehe, mesti meriah..suke3..^^
ReplyDeletewah.. nak raye.. hehehe
ReplyDelete