:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, August 05, 2011

D'Mawaddah


Dengan sukacitanya kami menjemput anda ke D'Mawaddah
Sempena kedatangan Ramadhan ini, anda boleh dapatkan pelbagai barangan berasaskan madu, habbatus sauda' dan sejadah berenda daripada kami.
Pilihan di tangan anda.
Apa tunggu lagi?

* inilah projek Teratak Mawaddah yang ummi katakan itu. Masih dalam ubahsuai dan nak masukkan barangan Smart Herbs pula selepas ini (^_^)

Saturday, September 25, 2010

- JJCK -

JJCK?

Ni bukan Jalan-Jalan Cari Kenduri yang hari tu ye. Tapi ni Jalan-Jalan Cari Kawan (JJCK). Sejak dua menjak ni, ummi rajin sangat nak JJCK setelah lama tak JJCK. Puas ummi ziarah blog sana sini. Kebanyakan yang ummi tengok adalah blog berkaitan Contest dan keluarga (perihal anak2). Seronok sungguh, ummi pun dapat ramai kawan baru (merangkap kawan kami se-family).

Sempat juga ummi tengok blog-blog berkaitan resepi. (terliur tengok gambar2 masakan dalam tu...) Ummi teruja sangat bila baca pengalaman ibu-ibu dengan diorang. Waah, bestnya dan happy je rasa. Sangat2 teruja bila baca blog ibu yang sedang menanti kehadiran orang baru :)
- nak pregnant lagi je rasanya.

*********************************************


Auni, suruh ummi belikan yogurt

Okey...ummi, ayah su suruh beli yogurt!

tak jadi beli yogurt...pastel ribena ni lagi sedaplah.....(ambik satu)

** aksi2 Auni masa di Mydin Mart, Shah Alam



Sunday, July 25, 2010

- takde mood -

Takde apa aktiviti menarik minggu lepas hehe. Saje nak tepek gambar masa kami pergi kenduri kahwin hari Jumaat lepas. Actually, pengantin pompuan ni kawan sepermainan Abah Yie masa kecik2 dulu. Lagipun mak dia yang jaga Abah Yie adik-beradik masa kecik2 dulu. Meriah juga majlis ni, besar pulak tu.

Cantik tak pengantin pompuan ni? Cantik kan??
- alamak, tengok tu. Kali ni ummi tak sama kaler baju ngan abah dan Auni laa....huhu

tetiba Auni ada 'kawan baru' hihihi. Budak ni suka ngan Auni kot...
dari tadi dia asyik duk dekat2 Auni hehehe

Sebenarnya, ingatkan nak gi RFC petang tu...tapi tak jadi heheh. Ada je masalahnya huhu. Petang tu (pas Asar) kami gi Mydin cari barang-barang Auni. Pastu ke KB Mall cari DVD lagi. Balik tu dah Maghrib, mana taknya keluar rumah dah pukul 5.45 petang. Rushing tu....nak kejar masa. Nampaknya lain kali je lah gi RFC tu..huhu, kempunan betul.

Saturday, July 03, 2010

- aktiviti hujung minggu -

10:30 pagi - 2.00ptg

1) Pergi Pasar Khadijah
2) Mydin Textiles, Kota Bharu
3) Mydin Mall, Kubang Kerian
4) Beli charger HP dan lauk

*** dapatlah beli 2 pasang tudung Auni kat Mydin Textiles tu

tudung masa nak pergi jalan-jalan

1- tudung warna pink ni comel dan sangat sesuai untuk si comel ni

2- tudung kaler biru ni menjadikan Auni nampak macam budak besar je hihihi

Ummi dan abah tak beli apa pun. Sebenarnya masa singgah Mydin Mall Kubang Kerian, ummi ingat nak beli ayam goreng yang selalu Ummi Na beli kalau singgah Mydin. Tapi tak dapat huhuhu. Auni tidur dalam kereta. Abah Yie solat. Takpela, lain kali kita singgah beli ayam tu okey!

Friday, June 25, 2010

- tudung Auni -


Petang semalam ummi dan abah pergi Mydin beli barang-barang keperluan Auni. Antaranya pampers dan susu. Masa kat tingkat atas Mydin tu, mula-mula nak cari dompet ummi. Tapi tiba-tiba mata ni terpandang kat tempat tudung kanak-kanak. Apa lagi, kami pun menjamu mata lah sekejap. Belek punya belek, kami berkenan dengan sehelai tudung warna krim + hijau muda ni. Cantik sangat, mesti sesuai ngan Auni hehe. Beli lah satu, harga pon okey dalam RM5.90 kalau tak silap. Mahal ke? Okeylah tu sebab cantik sangat design dia tu.

suka sangat dapat tudung baru si Auni ni...tengok tu, ketawa besar dia

Auni macam kakak aisyah laaaa

si manja comel lote ni.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...