:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, November 27, 2010

- Habibi Ya Mustafa -


Tanggal 12 Rabiul Awal di tahun gajah
Tangisan barakah memecah keheningan subuh…
Suara puji-pujian bergema di alam…
Kota Makkah disinari cahaya rembulan
Terangnya memancar di setiap pelusuk…
Zuriat teragung anugerah Ilahi…
Membuka lipatan mehnah sejarah…

Ya khatimul Anbiya’,
Kekasih Allah yang tercinta…
Peribadimu bak lembaran Al-Quran
Harumnya bak hembusan kasturi…
Disinari nur kasih Rabbul Izzati
Agungnya dirimu di sisi Ilahi

Ya habibil Mustafa,
Perjuanganmu penuh onak duri…
Tohmahan dan cacian menusuk di kalbu
Batinmu tersiksa bak ditusuk sembilu
Sirahnya terkandung di kitab-kitab sejarah…
Namun dirimu…
Tetap tabah dan pasrah menghadapinya…
Kerana memegang amanah Ilahi…
Menegakkan kalimah suci Allah…
Di tanah bumi yang gersang…
Menyuluhkan cahaya ke jalan kebenaran.

Muhammad ,
Jasamu seluas lautan…
Tak bisa untukku membalasnya…
Kalaupun ada hanyalah secebis Cuma
Akan kuturuti segala ajaranmu…
Yang tersingkap di balik sunnahmu…
Moga itu bisa menggembirakan dirimu
Wahai kekasihku…habibi Mustafa

** sajak ni ummi hasilkan masa tahun 2004 kalau tak silap. Pernah dan selalu disiarkan di IKIM.fm.

Dah lama ummi tak tulis sajak...rindunya...................

Sunday, November 21, 2010

- Princess ummi & abah -

Princess ummi & abah semakin bijak dan nakal :) Sungguh terhibur dengan gelagat Auni. Sekarang ni ummi angkat bendera putih kalau nak lumba lari dengan si princess tu hehe. Kasi can kat abah lah yang lumba lari dengan Auni. Auni memang menangis kalau ummi dan abah masukkan dia dalam katil. Iyalah, ummi dan abah nak mengemas rumah, kalau si kecik tu ada mesti dia sepah-sepahkan balik apa yang ummi kemas. Kalau ummi kemas sini, dia sepahkan sana. Kalau ummi kemas sana, dia sepahkan sini. Main kejar-kejarlah dengan dia hehe...

Auni pun kalau dengar enjin kereta abah, laju dia sebut "abah!". 2-3 kali juga dia sebut perkataan tu. Sampaikan kalau tengah menyusu, dia mesti berhenti jap dan bangun pastu sebut abah lagi. Kalau kenderaan lain yang lalu, dia buat tak reti je. Buat selamba je macam kenderaan tu tak wujud (^_^).

Masuk je kereta, "Nok"...kadang-kadang ummi dengar dia sebut "nop" :) heheh, maknanya nak. Masuk kereta je, dia akan cari apa-apa yang boleh dimakan. Selalunya ummi letak biskut dalam kereta. Selagi dia tak dapat, dia sebut nok..nok..nok...Kalau takde makanan dalam kereta, habislah mengamuk dia.

Auni pun dah pandai ikut arahan.

"Adik yak (buang air besar) ye? Buka seluar, ummi cebukkan"

Terus je dia buka baju hehe. Kadang-kadang tu, dia sendiri akan buka seluar kalau pampers dah penuh sangat. Auni buka seluar bukan dengan tangan, tapi guna kaki juga. Camana tu? Err...payah juga nak explain, tapi gitulah :) dia buka seluar guna dua-dua kaki.

Auni pun selalu Qiyamullail. Jangan tak tahu, setiap malam dia Qiyamullail. Alhamdulillah....cuma ummi dan abah je jarang-jarang Qiyamullail. Mata Auni akan terbuka luas jam 4-5 pagi. Kalau tak masukkan semula dalam katil, mesti dia merayau-rayau keliling rumah.

Ummi perasan, si kecik ni tak suka makan kek dan seumpamanya. Mesti dia ludahkan semula kalau yang masuk dalam mulut dia tu kek dan adik-beradiknya. Sayur pun macam tu juga. Kalau makan nasi, ada sayur...nasi tu dia makan. Sayur tu dia buang. Ummi tak perasan sejak bila dia tak makan sayur.

** Anak ummi & abah.........dikaulah penghibur duka lara (^_^)

- naik pangkat? -

(ummi update blog dari tempat ofis baru :p )
Saja nak bagitahu..ummi dah bertukar tempat sekarang ni. Sebelum ni ummi duk Stesen Pasir Mas, sekarang ummi naik pangkat hehe. Kalau dulu ummi duk tingkat bawah, la ni ummi naik tingkat 2. Okeylah tu.
Sekarang ni kerja belum ada sangat. Tunggulah hujung bulan ni...mesti macam lipas kudung huhu.
Okey, ummi sambung semula nanti. Saje nak test guna komputer belakang tempat duduk ummi hehehe....
Naik pangkat ke Naik tingkat??

Saturday, November 20, 2010

- imbas kembali -

Tadi ummi belek-belek gambar dalam laptop Tok Mah
(nenek sedara Auni = makcik abah)
Banyak betul gambar.
Ummi pun copy beberapa keping gambar Auni.
Sangat comel bila tengok gambar Auni.

tengok abah tu..siap buat macam-macam gaya
nak ambil gambar Auni (^_^)

Auni membelek muka ummi
Agaknya dia nak cakap muka ummi takde jerawat :p

"Muka Auni ikut siapa? Cuba teka..."
Ramai orang cakap ikut abah, tapi mata semestinya ikut ummi

Pertama kali Auni jejak kaki atas gigi pantai :)

muka nak nangis tu....

- hari ni ummi sangat2 letih sebabnya kejar-kejar ngan Auni.
Sampai tertidur keletihan...letihnya.....

** lain kali ummi masukkan gambar abah masa kecik2....lagi comel.

Friday, November 19, 2010

- serupa tapi tak sama -

p/s : sila jangan jemu membaca kisah ini ya :)

Serupa tapi tak sama?

Sepupu yang sama-sama comel dan manja hehe.

2 puteri 1 putera ... Aisyah (Humaira') + Auni (Nafeesa) + Nafi'

Diorang bertiga ni memang serupa tapi tak sama. Kalau tengok gambar bawah ni, nampak sangat sama kan? (Aisyah + Nafi' adik-beradik ye...)

Aisyah humaira' : 14/06/2008
Auni Nafeesa : 29/08/2009
Nafi' : 08/12/2009

Auni masa lahir...dalam beberapa bulan tu memang nampak sangat dia macam kakak Aisyah.
Gaya tidur, menangis, memek muka...semua-semua lah.
Cuma kakak Aisyah berisi sikit dari Auni. Auni kecil je..bilalah nak besar.
Kakak Aisyah sangat mesra alam, dengan semua orang dia nak.
Tapi masa kecik2 dulu, dia payah kalau orang lelaki nak dukung atau pegang dia.
Auni? Semua orang dia tak nak kecuali ummi, abah dan tokmi dia je.....

Ini lagi serupa. Auni dan Nafi'. Auni persis Nafi heheh...
Tengok tu, rambut ikal-ikal...mata pun sama je.
Cuma Nafi' pun lagi berisi dari Auni. Kalau ketawa...
amboi2, ummi pun sangka ummi ada anak lelaki (kembar Auni)
Bila bercakap tak henti-henti....

Ummi dan abah (Mak Ngah & Ayah Ngah) doakan agar kalian menjadi anak soleh/solehah, permata di laman ayahbonda dan keluarga (^_^)

** habislah riuh-rendah dengan suara jeritan anak-anak ni nanti. Sabar menanti kepulangan abang long, kak long, kakak Aisyah dan adik Nafi' bulan depan...

- kursus induksi umum 2010 -

Macam yang ummi janji, ummi upload jugalah gambar2 masa kursus induksi umum baru-baru ni. Tak banyak pun gambar dalam simpanan ummi. Sebabnya kamera hanset ummi rosak, tak dapat nak tangkap gambar. Ini antara gambar2 yang ummi ambil dari hanset kawan ummi. Ada juga sekeping dua gambar sempat ummi snap masa hanset ummi okey sket.

Memang cantik dan selesa sangat-sangat Puteri Resort ni. Aman dan damai. Sebilik 2 orang. Ummi kongsi bilik kelamin (ada peti ais...) dengan kawan yang sama pejabat dengan ummi.

Pemandangan dari bilik ummi...

cantik kan? ummi tak sempat nak mandi kolam tu...

ni katil dia....

pintu bilik...dalam almari putih tu ada peti ais....

kaki siapa pulak terselit ni? oo..kawan ummi lah....

adik2 yang memang sporting....

linda....adik ni satu kumpulan dengan ummi sejak kursus induksi khusus dulu...

with kak ayu....anak dah 4 ni....

di lobi resort..

abadikan kenangan di hadapan bilik..

riadah petang kita bergambar...tepi tu air pancut

sebelum masuk dewan

inilah kumpulan ummi masa di kursus tu
- memang sporting semuanya -

** abis daa
ummi lupa nak tanya satu malam berapa harganya
kalau nak tido kat hotel tu hehe
cari kat en. google ajalah ye?

Thursday, November 18, 2010

- Anugerah 'Idul Adha -

Belum terlambat rasanya untuk kami sekeluarga mengucapkan
.: SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA 1431H :.
kepada semua bloggers yang sering berkunjung ke Teratak Mawaddah.
** banyak sangat kerja sampaikan ummi tak sempat nak ucap selamat kat sini hehe.

Ummi juga ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada
MIOR ISFANDY & AZUNI
atas kedatangan ahli baru dalam hidup mereka
SYIFA' SULAYM
(Penawar : Penyelamat)
13/11/2010 jam 6.20 pagi
Hospital Ampang

sangat comel baby ni...teringat masa auni lahir dulu....

Syifa' Sulaym bersama ummi dan walid nya...

Allahumma faqqihha fiddeen..wa'allimha ta'wil


Tuesday, November 16, 2010

- ummi kembali -

I'm back..!!

Alhamdulillah, ummi dah selamat sampai rumah. Kursus Induksi selama lebih kurang 10 hari (termasuk perjalanan pergi+balik). Letih+penat=sama je (^_^). Ummi enjoy juga dengan kursus tu. Sebab tempatnya sangat menarik. Best. Kat mana? Nanti ummi cerita.

Ummi sangat2 rindu dengan abah dan budak kecik comel lote ni. Geramnya dengan Auni. Nak cubit2 pipi dia. Rindu sangat. Tapi Auni macam tak kenal ummi la pulak. Malam tadi ummi angkut dia tido sebelah ummi. Tengah malam tiba-tiba dia terjaga. Terkebil-kebil pandang ummi. Pastu tengok abah kat sebelah kanan dia. Tiba-tiba nangis peluk-peluk abah. Ummi ambil dia tak nak huhu. Last-last, abah yang bangun gantikan pampers Auni hehe. Tapi pagi tadi dia dah okey, mula senyum-senyum pegang ummi. Jalan pun dah banyak langkah, bertambah laju. Bagus dik!!

tengok tu, dia jelir lidah. Comelnya anak ummi dan abah...

Ummi belum ada mood nak update cerita terkini.
InsyaAllah, nanti kalau dah selesai semuanya (kemas barang+basuh baju+hilang penat)
ummi akan upload gambar2 masa kat Melaka ye.

** jumpa lagi..................keletihan sangat

Saturday, November 06, 2010

- pengumuman...pengumuman -

Pengumuman...pengumuman!!
Dengan rasminya...pada 06/11/2010 (Sabtu) jam 11.59 malam
ummi berehat selama 10 hari daripada membuka blog (^_^)
Ummi akan menghadiri Kursus Induksi Umum :
Tarikh : 08/11/2010 - 15/11/2010
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Sesiapa yang buka blog ummi pada tarikh yang tertera di atas tu,
harap maklumlah ye. Tiada sebarang cerita berkaitan kami sekeluarga.
Auni akan tinggal dengan abah di rumah Tokmi (Kubang Kerian) selama
10 hari tu...hinggalah Raya Haji ni.
InsyaAllah abah boleh diharapkan untuk jaga tuan puteri tu.
1st time ummi berjauhan dengan auni...lama pula tu.
Macam mana agaknya auni tanpa ummi selama 10 hari ni?

Abah sangat suka melayan kerenah tuan puteri yang comel dan manja ni...

Sangat sabar bila berdepan dengan ragam auni....

Setiap masa ummi pesan kat abah apa yang perlu abah lakukan
sepanjang ketiadaan ummi. Bukan ummi tak percayakan abah, tapi
ummi rasa ummi perlu ingatkan abah berkali-kali...

* Balik rumah Pasir Mas 3hari sekali...kemas rumah, tengok apa yang patut.
* petang2 kena bawa auni jalan-jalan kat luar rumah
* Ajar auni mengaji, baca buku jawi, dengar kaset nasyid Al-Furqan,
kaset zikir dan kaset Al-Quran
* Bagi auni pegang kain ummi kalau nak tido malam
* ajar auni solat dan doa
* dodoikan auni sebelum tido.


*

*

*

*

*

abah, auni dan ummi
- mesti ummi rindu sangat2 dekat abah dan auni -

* abah jangan lupa pesanan ummi ye.....

Friday, November 05, 2010

- assignment terbaru ummi -

Ummi dah ada "kerja" baru la...hehe. Bukan apa, ingatkan dah nak gi kursus ni takdelah assignment apa2. Tetiba kena tagged dengan mommy icha (^_^) Okeylah, ummi siapkan dulu semua2 ni baru ummi kemas2 baju.

Apa nak kena buat??

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


1- Ummi anak ke-2 daripada 8 beradik. Dua orang je perempuan. (abah pun anak ke-2)

2- Berkahwin pada usia 24 tahun, dapat cahaya mata pertama pada usia 25 tahun.

3- Lahir pada bulan Februari tahun 1984....sama dengan abah tu...

4- Ummi suka cari resepi baru hari-hari. Buka internet je mesti cari resepi baru...walaupun tak masak hari tu

5- Ummi pernah mengajar di KAFAi Desa Kemuning selama 4 tahun.

6- Ummi suka warna purple muda....

7- Mesti tangkap gambar Auni setiap hari...walaupun 1 keping

8- Ummi suka baca novel karangan Ramlee Awang Murshid, HM Tuah Iskandar dan Zaharah Muhammad..

9- Ummi pernah belajar di UIAM dalam jurusan Bahasa Arab, tapi tak sempat habiskan...sebab sakit

10- Sekarang ni ummi bekerja di RISDA Pasir Mas, Kelantan sebagai Pembantu Tadbir N17

11- Darah ummi jenis "O" :)

12- Kenangan manis ummi, apabila abah selesai aqad nikah tanggal 20/12/2008 yang lalu...tak sangka dah bergelar isteri hehe...

13- Suka makan tom yam pedas. Tak kisah apa-apa pun, asalkan tom yam...

14- Ummi pernah tinggal di 3 buah negeri : Selangor, Pahang dan Kelantan...

15- Ummi suka tengok perlawanan bola sepak dan badminton kat tv...

16- Usia? Ummi tak pernah berahsia (^_^) tentunya 26 tahun...

17- Majalah yang mesti ummi beli tiap-tiap bulan adalah ANIS & PAMA...ummi suka baca 2 majalah ni..

18- Mesti masukkan RM1 dalam tabung setiap hari..

19- Makan nasi cuma sekali sehari je...tapi kalau balik Kubang Kerian, tiba-tiba boleh jadi 2 kali sehari :)

20- Cita-cita ummi pada asalnya nak jadi Pensyarah...tapi tak kesampaian. Sebab tu, ummi hari-hari asyik bersyarah kat auni dan abah hehehe...

21- Ummi dah hampir 2 tahun duduk di Kelantan...makin jatuh cinta dengan Serambi Mekah ni :)

22- Hidup ummi banyak dilingkungi dengan angka "2" ...

23- Buka je internet, ummi akan ke blog sarakids dulu eheh....

24- Ummi tergolong dalam golongan yang tidak cukup ketinggian :) hehe...rendang je...

25- Panggilan keluarga kat ummi : ina, manakala kawan2 ada yang panggil ina dan saida. Ummi suka kalau kawan2 panggil ina sebab ummi rasa lagi mesra...

Alamak, nak kena tag orang pulak. Kawan ummi tak ramai sangat. Kira bolehlah kalau ummi tag tak cukup 25 orang? Okeylah ye....


Ummi tak ingat sama ada kawan2 ummi yang kena tagged ni dah buat assignment ni ke belum hehe. Okey, jom kita pakat2 wat assignment. Okey mommy icha, selamat berkenalan! (^_^)

* bila ummi nak kemas baju ni kalau asyik ngadap laptop? amboi2 ummi....

Thursday, November 04, 2010

- 10 hari kena tinggal -

Sedihnya ummi...
Minggu depan ummi kena pergi Melaka
Kursus Induksi Umum..
08/11 hingga 15/11 ni..
Bertolak hari Ahad 07/11 ni
10 hari juga lah ummi tinggalkan abah dan auni
Mesti ummi rindu...sob sob...
Auni tinggal dengan abah dan tokmi
Jangan nakal2 ye :)
Anak ummi budak baik dan solehah...
Dengar cakap abah dan tokmi tau..

Nota buat abah :
Jangan lupa......
- ajar auni baca buku jawi waktu pagi dan malam'
- ajar auni mengaji Al-Furqan lepas maghrib
- pasangkan kaset zikir, Al-Quran dan nasyid Al-Furqan
- ajar auni baca doa dan solat ya!
- bagi auni pegang kain ummi sebelum dia tido

(banyaknye pesanan ummi kat abah...................)

- Burger Sri Mawaddah -

Assalamu'alaikum semua :)

Sebelum ummi nak cerita perkembangan terbaru, apa kata kita tengok resepi baru ummi.

Ni sarapan pagi tadi. Simple sangat.


BURGER SRI MAWADDAH (macam lucu je namanya...)

Penuh dengan lada hitam....

yummy!


Bahan2 :
5 keping Roti burger (Gardenia)
2 ketul sosej (dihiris nipis)
2 biji tomato (sederhana) dipotong dadu
1 labu bawang merah (sederhana besar) dipotong dadu
sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
sedikit garam / serbuk perasa (ummi tak letak)
1 sudu planta


Cara-caranya :
1- Panaskan kuali, masukkan planta. Tumis bawang besar hingga layu
2- masukkan sosej yang dihiris nipis tadi. Gaul lagi...api sederhana je.
3- masukkan tomato, kacau sekejap
4- masukkan lada hitam, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati dengan semua bahan.
5- Sementara tu bolehlah panaskan roti atas tempat pemanggang (cara ummi).
Pastu sapukan sedikit planta atas roti, dan tuangkan bahan2 tadi ke atas roti. Kalau nak lagi pedas, tambah lagi sos cili atau sos lada hitam (^_^)

Simple aja kan...?

Pastu sosej ayam tadi, ada yang lebih. Ummi kelar sosej tu, ummi lumurkan dengan lada hitam. Pastu ummi panggang hingga masak. Dah siap, kita curah dengan sos lada hitam.

** boleh juga nak campurkan telur sekali :)

Tuesday, November 02, 2010

- perkataan baru -

Suka tengok mukanya di cermin ...

Semalam Auni ada 2 perkataan baru :

1- ane = mana?
2- nah = nah

Malam tadi ummi minta tolong auni ambilkan tuala.

"Auni, tolong ambil tuala tu," ummi tunjuk tuala mandi auni.
Auni pandang ummi, terkebil-kebil.

"Tuala tu," ummi tunjuk tuala auni sekali lagi.

"Ane (mana) ?" tanya auni sambil melihat kepada tuala mandi dan tudung ummi.

"Tu, yang warna oren. Tuala mandi auni. Bagi kat ummi," pinta ummi sekali lagi.

"Ane (mana) ?" tanya auni kali kedua. Ummi tunjuk lagi tuala mandi auni sambil
katakan padanya "warna oren tu, ambilkan"

Dia cepat-cepat ambil tuala mandi warna oren tu lalu
bangun dan beri kat ummi sambil berkata "Nah (nah) ,".

Pandainya anak ummi dan abah ni...semakin bijak...cepat faham (^_^)

*******************************************

Namun...
sekarang ni auni suka buka tudung.
Kalau ummi dan abah pakaikan tudung, tangan dia cepat je pecat tudung tu semula.
Dia marah juga kalau abah dan ummi nak pakaikan tudung.
Tapi...
senang je nak umpan dia pakai tudung :)
beri biskut atau susu, bila kita pakaikan tudung...dia diam je. Tak pecat pun tudung tu (^_^)

** nak hantar auni ke sekolah mana nanti? Pastinya PASTI......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...