:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, January 04, 2018

Resepi Pasta Spiral

 Alhamdulillah.
Berkesempatan nak buatkan sarapan untuk abah dan k.long sejak 1 Januari 2018.
Sebelum ni ada juga tak sempat buatkan sarapan yang heavy hihi.
Semalam buat Pasta Spiral + Chicken Egg Drop Soup.
Ahahhhh...nama sangat kerlass hihi.

Bahasa senangnya pasta dan sup ayam.
Boleh tak? Kikiki.
Tak menggunakan minyak yang banyak. Abah dan k.long suka, katanya sedap
dan kena dengan tekak melayu diorang.

Pasta Spiral

Ni cara ummi yang mudah :

Pasta Spiral (belilah jenama apa pun)
- panaskan air dalam periuk.
- bila dah mendidih masukkan sesudu minyak zaitun dan secubit garam
- masukkan pasta spiral (separuh plastik atau ikut berapa ramai orang yang nak makan haha) , dah agak lembut angkat dan toskan air. Ketepikan

Chicken Egg Drop Soup
- Dada ayam dihiris halus-halus. Ikutlah nak letak banyak mana. Ummi letak memang banyak, sedap hihi
- 2 @ 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar atau cincang halus)
- brokoli (potong kecil-kecil) dan lobak merah (potong dadu - kecil2)
- 2 biji telur (dipukul sedikit di dalam mangkuk kecil)
- sedikit bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
- perencah kohilal, garam, (sedikit lada hitam ditumbuk kasar)

***********
1- Tumis bawang putih dengan minyak zaitun.
2- Masukkan air hingga separuh periuk.
3- Masukkan dada ayam, biar hingga mendidih.
4- Masukkan segala sayuran pilihan. Masukkan juga garam, perencah, lada hitam
5- Masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
6- Last sekali masukkan telur yang dah dipukul tadi. Angkat mangkuk tinggi sikit, dan curahkan ke dalam sup.
7- Sambil tu tangan sebelah kanan sentiasa kacau sup masa kita curah telur tu 

Ok, siap.
Nikmati sup dengan pasta spiral tadi.
Nak kuah banyak, kuah sikit...terpulang.



Thursday, June 25, 2015

Top 5 Senarai Juadah Berbuka dan Bersahur

8 Ramadhan dah hari ini...alhamdulillah :)

Anda mencari-cari resepi istimewa untuk juadah berbuka atau bersahur? Tak tahu nak masak apa? Mari ummi tolong anda hehe. Bukan tolong masakkan, tetapi ummi nak berkongsi resepi Dapur Mawaddah untuk anda semua.

Top 5 resepi istimewa yang seringkali diterjah oleh pengunjung di sini :-

1-  Kek Tiramisu ( update : 08 Mac 2014 )** hot..hot..hot
2- Nasi Ayam TM ( update : 27 April 2012 )
3- Roti Berinti Daging ( update : 08 Mei 2015 )
4- Puding Triffle ( update : 4 Ogos 2012 )
5- Moist Orange Chocolate Cake ( update : 18 Mei 2011 )

Harap-harap senarai ni dapat memberikan anda ilham hehe.
 

 

Tuesday, June 23, 2015

Ayam Madu Berempah



Psstt...pagi ni terlewat bangun. Jadi tak sahur huhu. Bangun tepat-tepat masa azan Subuh berkumandang ;)

Petang semalam ummi buat Ayam Madu Berempah.
Dah tak tahu nak buat apa. Kebetulan ada ayam kat peti ais, jadi paling mudah kita panggang aja. 

Bahan-bahan :
- 2 ketul peha ayam (macam dalam gambar)
- 3 ulas bawang putih (ummi suka lebihkan bawang putih) *
- 1 sk lada hitam *
- sedikit serbuk oregano
- sedikit serbuk rosemary
- 1 sk serbuk cili (nak lagi pedas, lebihkan serbuk cili)
- perasa kohilal
- 2 sb minyak zaitun
- sedikit kicap cair
- 3 sb madu

Cara-caranya :
1- Basuh ayam dan toskan airnya
2-Tumbuk bahan yang bertanda ( * )
3- Masukkan dalam bekas ayam. Masukkan oregano, rosemary, serbuk cili, perasa kohilal, minyak zaitun, kicap cair dan madu. Gaul rata biar sebati dengan ayam. Perap paling kurang 1 jam sebelum dibakar. (ummi tak sempat nak tunggu sejam pun semalam)
4- Bakar dalam pemanggang ajaib hingga masak.
5- Sedia dihidang (^__^)

Resepi Telur Dadar Cintahati akan menyusul.......

* tak perlu risau makan banyak sebab ummi makan herblax dan lecithin pula lepas tu. Detox semua yang tak diperlukan oleh badan haha..........
 * mari whatsapp ummi untuk dapatkan supplemen yang sesuai 019-7289397

Friday, May 08, 2015

Roti Berinti Daging

Alhamdulillah.
Asal cuti je rajin ke dapur. Asal ke dapur je rajin masak. Asal masak je rajin westernfood haha.Tapi cuti kali ni ummi buat Roti Berinti Daging ala kadar. Bahan-bahan tak cukup, ambil yang mana ada dalam peti sejuk je hehe. Roti ni dah banyak versi ummi buat sebenarnya. 

Boleh rujuk link ni juga untuk Roti Berinti Daging Ala Lasagna hehe : http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/09/roti-berinti-daging-alalasagna.html


Bahan-bahan inti : 
- 1/2 tiub daging kisar (nak guna ayam kisar pun boleh)
- 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 sudu besar sos prego
- 1 sudu besar sos cili
- sedikit serbuk oregano
- sedikit minyak zaitun
- garam dan serbuk perasa (ummi guna kohilal)

Cara-cara :
1- Tumis bawang besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga layu. Ummi tambah 1 sudu butter.
2- Masukkan daging/ayam kisar. Masak hingga daging bertukar warna
3- Masukkan sos prego, sos cili, oregano dan perasakan dengan garam/serbuk perasa.
4- Ok siap :)


Step seterusnya untuk roti :
Kali ni ummi buat 1/2 daripada yang asal sebenarnya.
1- Pukul 3 biji telur dengan sedikit susu cair
2- Celupkan satu persatu roti ke dalam telur dan susun dalam loyang.
3- Tuang inti ke atas roti untuk lapisan pertama. Ratakan
4- Ulang lagi dengan celupkan roti ke dalam telur dan susun atas inti tadi.
5- Tuang inti untuk lapisan seterusnya dan ratakan.
6- Taburkan keju di atas inti tadi. Kali ni ummi guna keju Mozzarela :)
7- Kalau nak cantik, taburkan sedikit serbuk oregano atas keju tadi hehehe
8- Ummi masukkan loyang tadi ke dalam pemanggang ajaib dan masak hingga keju tadi bertukar warna keperangan.

 beli loyang ni di Salamku.
Memang muat bila masukkan dalam pemanggang ajaib (Generation 3)


Asyik makan je......bila ntah nak diet v__v 





Monday, February 16, 2015

Kembali bersiaran

Lama sungguh kami menyepi :( memang lama berbulan-bulan. Banyak entry yang ummi hutang dalam ni huhu. Okey, sebelum ummi coret lebih banyak kisah suka-duka dalam ni, moh layan 3 keping gambar ni :-

Shake N Take.
Memang +++ terbaik dan mudah nak buat jus.

Jemput/cucur bilis resepi mak yang super duper yummy!! Kalau makan ni confirm tak sedar mertua lalu kat belakang haha

Save Gaza. Save Palestine.
Dinner awal tahun 2015.

Semuanya akan kembali menemui anda hihi ;)

Saturday, March 08, 2014

Resepi Kek Tiramisu


Alhamdulillah.
Baru siapkan tempahan Kek Tiramisu & Cheesetum untuk cikgu sekolah abah =) Dah berbulan lamanya ummi kurang aktif dalam dunia blogging ni. Kesibukan kerja ofis sedikit-sebanyak menghadkan masa ummi untuk menulis seperti dulu. Okey, berbalik kepada resepi Kek Tiramisu, sebenarnya ummi banyak melihat resepi2 sifu masakan =)

Antara blog yang ummi rujuk untuk buat tiramisu ni :-

1- http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html
2- http://www.azlitamasammanis.com/2011/10/blueberry-tiramisu.html
3- http://www.secubitgaramnor67.com/2013/06/kek-tiramisu.html
4- http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2009/12/tiramisu.html


Sekarang kita tengok cara ummi pula hehehe.

Bahan2 :-

- 250gm cream cheese (ummi guna Tatura)
- 250ml whipping cream (ummi guna Anchor)
- 50ml fresh milk
- 5 sb gula
- 1 sk esen vanilla
- 1 sk serbuk nescafe/indocafe (bancuh dengan air 1/2 cawan)
- 3 sb serbuk Oligo + 1 sb serbuk indocafe
- kek gulung @ kek span (ummi pilih perasa kopi)
- biskut marie (ummi pilih biskut marie jenama LEE)


Cara-cara :-

1- Putar cream cheese + gula + esen vanilla hingga sebati dan gebu.
2- Masukkan whipping cream + fresh milk. Putar lagi. Guna kelajuan rendah dulu barulah ditingkatkan kelajuan.
3- Potong kek mengikut kesesuaian bekas. Susun kek dalam bekas dan lembapkan kek dengan bancuhan nescafe/indocafe tadi. Biasanya ummi guna sudu. Tuang sikit-sikit atas kek. (sekadar nak lembapkan kek)
4- Tuang bancuhan cheese tadi atas kek. Kemudian, tabur serbuk oligo+indocafe tadi atas lapisan cheese yang pertama. Pastikan guna penapis ya.
5- Celup laju-laju biskut marie dalam bancuhan air nescafe/indocafe tadi. Kemudian susun atas lapisan cheese yang pertama tadi. Biskut marie ni ummi buat 2 lapisan.
6- Tuang bancuhan cheese tadi atas lapisan biskut marie pula. Kemudian, tabur serbuk oligo+indocafe tadi atas lapisan cheese yang kedua pula.
7- Sejukkan dalam peti ais dahulu barulah makan. Peti ais bahagian bawah ya. Sedap makan sejuk-sejuk. Yummy!

Selamat mencuba! (^__^)


Sunday, July 14, 2013

Menu Sahur & Berbuka (2)

 ummi buka nuffnang, wahh...bulan puasa ni ramai yang godek-godek pasal makanan kan?
Tengok atas tu...ada pizza roti gardenia, ada puding laici, puding mangga...

bila buka blog, sama juga. Ramai yang mencari resepi untuk berbuka dan bersahur nanti. Di sini ummi sertakan link-link untuk anda yang masih mencari-cari resepi untuk berbuka dan bersahur ya :-

Untuk pencuci mulut, boleh singgah sini

Anda suka Nasi Ayam? Jom singgah sini

Jangan lupa buatkan anak-anak anda Pizza Roti Gardenia ya.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


Saturday, January 05, 2013

Nasi Mentega & Ayam Bakar Rosemary

Dah lama rasanya tak masak yang special hehe. Hari ni ummi masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Rosemary. Alhamdulillah, percubaan kali pertama buat Ayam Bakar Rosemary tu hihi. Dah lama sangat mengidam nak buat, asyik tak sempat je huhu. Pagi tadi sebelum abah keluar, ummi minta tolong abah belikan ayam. Sementara tunggu abah dan ayam balik, ummi menanak nasi.

 Nasi Mentega yang sangat mudah dan ringkas.
- Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bawang putih dengan sedikit mentega
- Bila naik bau, masukkan beras yang dah dibasuh terlebih dahulu
- Masukkan dalam rice cooker, tambah air seperti biasa
* masukkan juga 1 kiub ayam knorr

Untuk resepi, boleh rujuk SINI dan SINI ye =)
Tapi ummi ikut suka hati ummi je sebenarnya. Ambil mana yang ada di dapur je.

- 3 ketul paha ayam
- 3/4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar daun rosemary
- 1 sudu besar oregano
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar madu asli
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 3 biji ubi kentang, 1/2 biji lobak merah dan tomato baby secukupnya
(sukatan bahan ikut sendiri ye...ini agak2 ummi)

Cara :
- rebus ubi kentang 1/2 masak. Ubi kentang dipotong 4. Bila dah 1/2 masak, angkat dan toskan airnya. Lobak merah dipotong bulat.
- basuh ayam dan toskan airnya. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Kemudian, angkat dan tumbuk hingga lumut dengan sedikit garam.
- Masukkan pula halia, daun rosemary, oregano dan lada hitam. Tumbuk dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam
- Campurkan kicap, madu, gula dan minyak menggoreng bawang tadi dan lumurkan ke ayam hingga rata. Lebihan bahan perap ini boleh dilumurkan pula ke atas ubi, lobak dan tomato
- Perap paling kurang 1 jam sebelum dibakar
- Panaskan oven : 180 - 200 darjah celcius (ummi 190C)
- Susun ayam, ubi kentang dan lobak di atas dulang pembakar. Ummi lapik dengan aluminium foil terlebih dahulu
- Bakar selama 30 minit, kemudian keluarkan bekas dan curahkan sedikit bahan perapan tadi ke atas ayam. Tidak perlu banyak kerana ayam tadi akan keluarkan air dengan sendiri...eheh =)
- Pada waktu ini boleh masukkan tomato baby yang diperap tadi.
- Bakar lagi 30 minit atau sehingga ayam masak.
- Keluarkan dari oven. Ambil air yang keluar dari ayam tadi dan masukkan ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana (ummi tambah 1/2 sudu tepung gandum) dan masak hingga kuah pekat.
- Susun ayam, ubi kentang, lobak dan tomato baby ke dalam pinggan. Curahkan kuah tadi ke atasnya.

 

Selamat mencuba (^__^)

* nanti ummi upload gambar nasi dan sup......


Friday, January 04, 2013

Masakan Hujung Minggu @ Teratak Mawaddah

Hujung minggu tiba kembali. Waktu yang amat dinantikan setelah 5 hari berperang dengan kerja-kerja ofis hihi. Waktu untuk bersantai bersama abah dan auni solehah. Hujung minggu di tahun baru ini, sekitar jam 11.30pagi kami menerima kunjungan tetamu. Kawan abah di sekolah lama datang bersama isteri dan anak. Agak malu apabila kami hanya menghidangkan air teh, kek pisang dan biskut gula T_T. Tiada apa-apa dalam peti ais untuk dihidangkan kepada mereka huhu. Selalunya ummi ada juga bekalan mee dalam peti. Bolehlah buat mee sup ke, mee kuah ke, tak pun paling kurang mee goreng.

Hari ini ummi dan auni masak hihi. Dah lama tak masak rasanya. Jadi, hari ini kami masak yang ringkas. Ayam bakar dan sayur campur. Ayam tu ummi rebus sebentar sebelum bakar. Jadi, air rebusan ayam tadi ummi jadikan sup. Cuma tambahkan bawang besar yang dimayang, sedikit kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Mudah je kan?

 Alhamdulillah, hari ini unni berjaya masak. Yeay, thumbs up!

 kawan-kawan, ayam ini dibakar tidak terlalu kering ya. Bakar sebentar sahaja :
Bahan-bahan nak perap ayam adalah
- bawang putih
- halia
- lada hitam
- serbuk oregano
- garam
- madu
- kicap cair
- sedikit perahan limau kasturi/limau nipis

 ini pula sayur campur kesukaan auni (^__^)
- carrot
- brokoli
- kacang peas
- tomato baby (yeke? eja gini?)

* tumis dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit lada hitam. 
Ummi tambahkan 1/2 kiub tom yam

Alhamdulillah. Jemput makan kawan-kawan
* gambar sup tiada kerana ummi malas nak ambil dalam periuk hehe

pssst : jom cari buku resepi yang best-best



Friday, August 10, 2012

Nuffnang berwajah baru?

Eh, adakah ummi yang ketinggalan dan lambat mendapat tahu bahawa 
Nuffnang berwajah baru?
Oh...tiba-tiba rasa semangat berblogging makin tinggi pula bila lihat wajah baru Nuffnang.
Ummi suka sangat2 ^__^
Kemas!

Jom...siapa2 yang belum join Nuffnang, silalah berbuat demikian ye.
(ummi tak pandai nak komen sangat pasal wajah baru Nuffnang ni...anda2 sekalian,
 silalah komen ye)

 Ini pencapaian TM minggu ini
03.08.2012 - 08.08.2012
Semakin meningkat, dan masih boleh dipertingkatkan lagi nampaknya :)

Anda yang ingin mencuba Pizza Roti Gardenia, silalah klik link di bawah ini ye :-

  1. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/05/pizza-roti-gardenia.html
  2. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/09/roti-berinti-daging-alalasagna.html
  3. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/10/roti-berinti-dagingsekali-lagi.html
  4. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/01/roti-berinti-dagingkali-yang-ke-3.html
Selamat menjamu selera (^__^)



Saturday, August 04, 2012

Puding Triffle


Alhamdulillah =)

Hajat nak buat Puding Triffle sebagai pencuci mulut petang sejak berkurun lamanya tercapai jua. Petang semalam ummi 'paksa' abah belikan bahan-bahan nak buat puding ni hehe. Kebetulan ummi hanya sempat buat puding ni selepas Asar. Resepi? Ummi rasa ramai dah buat resepi ni, dan tahu macam mana nak buat ^__^

Bahan2 :-
- kek gulung
- 1 tin buah-buahan koktail (besar)
- 1 tin susu cair *
- 2 sb tepung kastard *
- 1 bijing kuning telur *
- 1sk esen vanilla *
- 4 sb gula pasir *
- 1 kotak serbuk Jelly (ummi guna jenama Nona perasa strawberry)

Cara2 :-
- Potong kek gulung dan susun dalam bekas lutsinar seperti gambar di atas agar nampak cantik hehe
- Basahkan sedikit kek gulung tadi dengan jus buah-buahan koktail (tak perlu banyak)
- Sementara itu, campurkan bahan2 bertanda * ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga likat. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Kemudian bila dah suam curahkan ke atas kek hingga rata.
- Tabur buah-buahan koktail yang telah diasingkan airnya ke atas bancuhan kastard tadi
- Masak serbuk jelly mengikut arahan di kotak tersebut
- Curahkan jelly cair yang suam ke atas buah-buahan koktail tadi

sila abaikan rupa bahagian atas yang kurang cantik itu

Selamat mencuba ^__^

Wednesday, August 01, 2012

Daging Kicap Madu

 Masakan yang tidak cukup bahan

Dah lama ummi tak makan daging. Memang dah lama pun TM tiada stok daging hehe. Pagi tadi, tiba-tiba rasa nak makan daging. Ummi kirim daging lembu RM5.00 dan hati lembu pun RM5.00 dari kawan opis yang kebetulan nak ke pasar. Cukuplah untuk 3 orang yang nak makan hehe. Boleh sampai ke sahur esok.

Fikir punya fikir nak masak apa daging ni agaknya. Balik rumah, tengok dalam peti ais, alamak....bahan-bahan tak cukup. Hajatnya nak buat Daging Hitam Berempah Madu macam Kak Ummi Kuantan buat tu. Tapi, bahan-bahan tak cukup. Kicap, serai, serbuk ketumbar, serbuk kari....tak cukup stok hehe. Jadi, ummi campak-campak mana yang ada je. Asal boleh dimakan...kan?


Bahan-bahan :- (sila agak-agak anda nak buat banyak mana lah ye.....)
(ummi tak tanya pula kalau daging RM5.00 tu berapa gram hihi)


- Daging lembu
- Hati lembu
- halia (diketuk)
- 1 ulas bawang putih (diketuk)
- sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
- 1 sb sos cili
- 1 sb sos tiram
- 2 sb madu
- 3 sb kicap cair
- 1 sk serbuk perasa Kohilal
- 1 sk gula
- 1/2 tangkai cili merah
- 1/2 labu bawang besar (dimayang kasar)
- 1/2 biji tomato (dipotong 4)


Cara memasak :-

- Potong daging sedikit nipis, rebus dengan sedikit air bersama halia dan bawang putih hingga empuk. Jangan buang air rebusan daging, bawang putih dan halia tadi.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia yang direbus tadi (ummi saje je tumis semula....)
- Masukkan hati lembu, goreng seketika dan kemudian masukkan daging tadi. Kacau rata.
- Masukkan pula sos cili, sos tiram, kicap, madu, garam, gula, serbuk perasa dan lada hitam.
- Bila hampir masak, masukkan pula bawang besar, tomato dan cili merah. Kacau rata biar bawang hampir layu dan tutup api.

p/s : auni suka makan kicap, jadi ummi lebihkan sedikit kuah ^__^

Murtabak maggi ~ akan menyusul kemudian ^__^

Monday, July 30, 2012

Telur Campur

Telur Campur ... mudah disediakan semudah 1 , 2 .... 3


Bahan-bahan :-

4 biji telur
1/2 peket ayam kisar ~ ummi guna jenama Saudi
1 cawan sayuran campur
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji tomato ~ dipotong dadu
1/2 biji cili merah ~ dihiris halus
1 sb sos cili
1 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 sb kicap cair

***************************


- Panaskan kuali dengan sedikit minyak
- Masukkan telur, terus kacau dengan sudip hingga telur hancur (tidak perlu terlalu masak)
- Angkat dan ketepikan.


- Kemudian, panasakan kuali dengan sedikit minyak zaitun
- Tumis tomato dan bawang besar hingga agak layu
- Masukkan pula ayam kisar
- Apabila ayam kisar hampir masak, masukkan pula sayuran campur, lada hitam, sos cili, kicap, hirisan cili merah, garam dan gula secukup rasa
- Akhir sekali masukkan pula telur tadi.
- Kacau rata dan boleh masukkan juga sedikit daun sup jika suka ^__^

Sunday, July 29, 2012

Ayam Goreng Daisy

Ayam Mentega Rangup @ Ayam Goreng Daisy

Ummi salin resepi ni dari Kak Ita di blog Masam Manis (^__^). Tetapi ummi olah ikut kesesuaian anak tekak. Kiranya ummi dah derhakakan sedikit resepi ni. Minta maaf kak :)


2 keping dada ayam ~ dihiris
2 tangkai daun kari ~ dihiris halus
4 biji cili padi ~ dicincang (ummi tak letak)
60gram mentega ~ boleh tambah jika ingin kuah lebih menyaluti ayam (ummi cuma guna 2sb planta Daisy)
1/2 biji bawang besar ~ dicincang (ummi guna bawang besar Holland tu)
Tepung jagung secukupnya (ummi guna tepung gandum sebab tepung jagung takde)
Minyak untuk menggoreng terendam
Sedikit gula

*******************************************
Bahan perap :-
1/2 sudu teh perencah Pati Ayam Tumix (ummi guna 1 sudu teh Perencah Kohilal)
2 sudu teh gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung * (ummi guna 2 sudu besar tepung gandum yang digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan perencah Kohilal)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada putih (ummi tak letak)
Garam secukup rasa
* ummi tambah 2 biji limau kasturi (diperah dan ambil airnya)


=> Gaul ayam bersama bahan perap dan perap selama lebih kurang 20 minit
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung
Kemudian goreng terendam
Setelah ayam masak kuning keemasan, angkat toskan minyak dan ketepikan

Dalam kuali cairkan mentega
Masukkan bawang, cili padi dan daun kari
Tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan ayam dan gula
Gaul sebati
Angkat dan sedia dihidangkan


Saturday, July 28, 2012

Puding Laici & Puding Mangga Berkuah Kastard

Alhamdulillah.

Hari ini sudah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Moga bulan Ramadhan ini dapat mengajar kita untuk lebih berjimat-cermat dalam amalan pemakanan seharian hehe. Sepatutnya, bulan Ramadhan ni lebih menjadikan kita sihat kekal cantik sepanjang masa. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Pergi pasar atau bazar, aroma nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, ayam percik, roti john, roti jala. Belum lagi mata kita ni rambang nak pilih kuih tepung pelita atau bingka ubi atau kasuwi atau rojak buah yang jadi pilihan. Sedar-sedar di penghujung Ramadhan, alamakkkkkkkkk! Beratku naik 5 kg v__v.

Panjang berjela betul mukaddimah kali ni ^__^

Yang sebenarnya, ummi saja nak share pemanis mulut untuk kita berpuasa hehe. Anda dah mencuba puding laici dan mangga yang ummi buat? Kalau belum, silalah cuba ye kerana 2 puding ini memang top dalam senarai pencarian.



*

*

*

Tetapi, kalau anda gemarkan Fruit Cocktail, bolehlah rujuk resepi ini ya




Friday, July 20, 2012

Puding Coklat Oreo

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung Teratak Mawaddah (^__^). Alhamdulillah, dapat bersua kembali. Seperti yang ummi janjikan, di sini ummi pamerkan pencuci mulut yang ummi buat. Puding Coklat Oreo. Ummi ambil resepi ni dari Kak Ummi Kuantan. Cuma, ummi olah sedikit mengikut kesesuaian anak tekak ummi hehe. Minta maaf Kak Ummi (^__^). Boleh singgah di SINI kalau nak resepi asal ye.


Bahan-bahan :-
  • 1 peket agar-agar stripe + 28gram (selalu ummi guna 30gram)
  • 12 keping biskut oreo (inti putih asingkan)
  • 7 sudu besar gula
  • 500ml air
  • 200ml susu segar Marigold (Goodday)
  • 600ml susu segar Coklat Marigold (Goodday)
Cara-cara :-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus.
  2. Rebus agar-agar bersama 500ml air hingga larut, kemudian masukkan gula.
  3. Blander halus biskut Oreo. (Masa buat kali pertama ni, ummi tak guna blander. Ummi hancurkan guna tangan dan sudu sebab blander dah rosak huhu, sebab tu tak berapa cantik puding tu)
  4. Masukkan susu segar dan susu segar coklat ke dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  5. Curah ke dalam acuan, tunggu hingga sejuk baru masukkan ke dalam peti.


percubaan pertama kali hehe

psst : Dalam minggu ini sahaja ummi dah buat Puding Coklat Oreo ni sebanyak 3 kali hehe.

Tuesday, June 05, 2012

Ayam Goreng Berempah + Telur Mata Kerbau

bersiaran dari RISTEC, Port Dickson

Mujur di RISTEC ni ada Wifi, maka dapatlah ummi online yuhuu

Semalam pakcik ummi sekeluarga datang dari Selangor. Mereka akan duduk rumah ummi sampai Rabu ni. Jom kita intai apa yang ummi masak kelmarin (^__^)

Ayam Goreng Berempah

ummi potong isi ayam tu kecil-kecil, dan goreng dengan tepung yang ummi buat sendiri.
Mudah dan yang penting, soooodap!
KLIK SINI untuk tepung tu

Telur Mata Kerbau masak sambal

sebenarnya, taklah masak sambal mana. Sambal guna sos cili je.
Bawang besar + cili merah + sos cili + kicap + buah tomato
Itu sahaja. Garam gula secukup rasa jangan dilupa.

Rindu pula dengan anakanda solehah dan abah (v__v) sob..sob..sob

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...