:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, August 04, 2012

Puding Triffle


Alhamdulillah =)

Hajat nak buat Puding Triffle sebagai pencuci mulut petang sejak berkurun lamanya tercapai jua. Petang semalam ummi 'paksa' abah belikan bahan-bahan nak buat puding ni hehe. Kebetulan ummi hanya sempat buat puding ni selepas Asar. Resepi? Ummi rasa ramai dah buat resepi ni, dan tahu macam mana nak buat ^__^

Bahan2 :-
- kek gulung
- 1 tin buah-buahan koktail (besar)
- 1 tin susu cair *
- 2 sb tepung kastard *
- 1 bijing kuning telur *
- 1sk esen vanilla *
- 4 sb gula pasir *
- 1 kotak serbuk Jelly (ummi guna jenama Nona perasa strawberry)

Cara2 :-
- Potong kek gulung dan susun dalam bekas lutsinar seperti gambar di atas agar nampak cantik hehe
- Basahkan sedikit kek gulung tadi dengan jus buah-buahan koktail (tak perlu banyak)
- Sementara itu, campurkan bahan2 bertanda * ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga likat. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Kemudian bila dah suam curahkan ke atas kek hingga rata.
- Tabur buah-buahan koktail yang telah diasingkan airnya ke atas bancuhan kastard tadi
- Masak serbuk jelly mengikut arahan di kotak tersebut
- Curahkan jelly cair yang suam ke atas buah-buahan koktail tadi

sila abaikan rupa bahagian atas yang kurang cantik itu

Selamat mencuba ^__^

7 comments:

  1. Bestnya Puding triffle, akak pernah buat 5 tahun yg lepas je pastu dah tak buat-buat lagi dah

    ReplyDelete
  2. Sedapnya na, last kzefa buat raya thn lepas. Hehe.. Raya thnni insyaAllah buat (kalau rajin) :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) sama lah kita hehe. InsyaAllah raya tahun ni nak buat puding triffle ni juga..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum.. nyam3x.. sedap.. tp, mak tak buat puding.. mak wat koktail triffle... guna whipping cream.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam =)

      wah...itu lagi sedap nampaknya ... bolehlah kami di TM ni nak try lepas ni

      Delete
  4. Akak dah buat beberapa hari lepas.. Pinjam resepi dr sini. Tq

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...