Alhamdulillah. Tinggal lagi beberapa hari aja baki Ramadhan untuk tahun ini. Pejam celik pejam celik, sekejap sangat rupanya masa berlalu, kan? Makin nak tamat Ramadhan ni, makin kurang berselera ummi nak makan v__v.
Biasanya, kalau bersahur dan berbuka abah auni suka sangat makan nasi. Dah memang nasi tu makanan ruji yang tak boleh dipisahkan dari hidup dia hehe. Mesti kena ada nasi. Lauk pauk pula, tak kisahlah apa-apa aja. Telur goreng semata-mata pun takpe hihi. Sangat mudah kan?
Ummi? Makan nasi sekali sahaja iaitu waktu berbuka. Kalau bersahur, ummi hanya minum shake + 3 biji kurma. Shake herbalife tu biasanya ummi campur dengan nestum 3 in 1. Tak pun masukkan i-Food @ susu kambing. Nasi memang tak jamah langsung. Cuma lebihkan minum air masak. Biasanya waktu bersahur, ummi akan minum 3L air masak ye.
Waktu berbuka pula, ummi akan makan 3 biji kurma + shake Herbalife. Shake tu ummi bland dengan kurma + nestum 3in1 @ air soya @ i-Food @ susu kambing. Lepas solat Maghrib barulah ummi jamah sesenduk nasi dengan lauk pauk. Lebihkan minum air masak.
Alhamdulillah, ummi baru turun hampir 5kg (^__^)
Anda pula bagaimana?
Tahniah berjaya turun berat bdn, akak tak nak turun tapi nak naikkan sikit lagi berat. Puasa ni tak tahu la turun ke maintain tak timbang hihi
ReplyDeleteterima kasih kak :) bila dah start turun ni, makin bersemangat nak turunkan berat lagi hehe
Deletewah^^ pencapaian yang bagus=) mesti cantik anggun raya nanti.hehe..mama Aufa pulak nak tambah berat badan ni,BMI still x stabil.huhu,tp susah sbb makan banyak pun berat susah naik.
ReplyDelete^__^ mama aufa pun apa kurangnya....
Delete* nak tambah berat badan? apakata makan Herbalife ^__^