:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, January 25, 2011

- masih seperti ini -

- sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan tajuk hihi _
(semoga Auni jadi muslimah solehah ya!)


25/01/2011
8.18 mlm
Rumah Kubang Kerian

Pagi tadi ummi dah hantar borang cuti rehat (^_^) Ummi ambil cuti hari Ahad 06/02/2011 ni. Abah sayangkan cuti rehatnya, itu sebab abah tak ambil cuti hehe. Kenapa ya ummi ambil cuti?

InshaAllah...minggu depan keluarga Shah Alam nak datang rumah Pasir Mas ni :) Adik ummi yang nombor 4 nak bertunang dengan orang Bachok. Nampak gaya, menantu-menantu abah dan mak Shah Alam ni semuanya orang Kelantan kot hihi. Family Shah Alam nak tidur sini 3 malam. Kebetulan Selangor cuti hari Khamis dan Jumaat. Senang sikit...itu pasal ummi ambil cuti hari Ahad tu. Dapatlah hari Sabtu bawa family ummi ronda-ronda Kota Bharu dan Rantau Panjang ke...ummi pun dah lama tak window shopping (^_^)

Alhamdulillah...pening2 dan pitam2 ummi dah kurang sikit. Cuma sekarang ni ummi sakit tekak sangat2. Waktu pagi okey...boleh telan makanan dan minuman. Tapi start petang hingga pagi esoknya...sakit sangat sampaikan nak telan air liur pun sakit. Apatah lagi nak telan makanan dan minuman :( Semua ni ujian untuk ummi. Doakan moga ummi cepat sembuh ya.

** Auni dah sebut "ta-ta" sambil lambaikan tangan bila nak balik atau pergi mana-mana (^_^)

6 comments:

  1. Ummi.. Nt ble2 g klantan jemput la ke Kuala Krai..
    tmpt klahiran sy.. hehe.
    Tp mslhnya, sy plak yg skg ni kt Parit Buntar.. huhu.^_^.

    ReplyDelete
  2. ummi..umi preggy 2nd baby ke? hehe,,,
    sian ummi tak sihat lagi...semoga cepta2 sihat yea..

    ReplyDelete
  3. ummi,
    penin + pitam2 tu ada makna auni nak jd kakak ker ? ;)

    ReplyDelete
  4. (^_^) x tahulah ni tanda2 auni nak dpt adik atau belum lg hehe. blm check lagi...tapi alhamdulillah, skrg semua sakit kepala+pening+nak pitam+sakit tekak dah baik.....lega rasanya

    ReplyDelete
  5. semoga ummi cepat sembuh yer....amin

    ReplyDelete
  6. mcm ada tanda2 auni nak dapat adik je..bestnye=)semoga cepat sembuh..(^^) auni kena belajar nak jd kakak lak tao^^

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...