:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, May 05, 2016

Teruja & Tercabar

Ampunnn Ummu Muhammad, akak pinjam gambar ni hehehe
 
Teruja dan tercabar!
 
Hahah....apa benda yang membuatkan saya teruja dan tercabar ni? Aisehhhh. Dah lama saya blogwalking..blogwalking...blogwalking tak henti-henti ke Bayt Al-Iman ni tau. Saya teruja sebab Ummu Muhammad berjaya menurunkan berat badan beliau. Lebih kurang 10kg beliau buang berat badan tu hihi. Memang teruja bila saya baca kisah beliau JOM KURUS.
 
Tapi, kena saya rasa tercabar? Hehe...tercabar sebab UM istiqomah dalam menurunkan berat badan. Sedangkan saya? Hangat-hangat tahi ayam je. Awal tahun baru ni gigih saya berdiet, jaga pemakanan, bersenam untuk mengurangkan berat badan. Alhamdulillah, 2 bulan tu berat badan saya berkurangan. Memang rasa ringan je badan ni. Alhamdulillah...

Tetapi sudah hampir sebulan saya kembali malas untuk meneruskan diet ini hehe. Apabila penyakit M mula menguasai diri, memang agak sukar untuk hapuskannya. Kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kini, saya kembali bersemangat untuk meneruskan misi mengurangkan berat badan. Target awal, nak turunkan 10kg dahulu. Jom kita nantikan apa yang akan terjadi.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...