:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label family dan sanak-saudara. Show all posts
Showing posts with label family dan sanak-saudara. Show all posts

Friday, August 06, 2021

Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Keluarga Bin Bilan

Alhamdulillah.
Malam tadi telah diadakan majlis perjumpaan keluarga besar sebelah mak akak.
Keluarga besar Bin Bilan menghimpunkan 4 generasi.
Syukur dapat join program malam tadi walaupun dibuat secara maya.

Bacaan Yaasin diketuai oleh Imam Muda Fikry 


Terima kasih semua dapat join majlis malam tadi.
Terima kasih kepada penganjur otai2 bin bilan.
In shaa Allah lain kali kita buat lagi dan harapnya bertambah ramai penglibatan ahli hehe.

Sama2 doa supaya kita dapat berkumpul ramai2 sambil makan Nasi Ambeng lepas Yasinan.

Tak puas rasanya berborak tanpa jumpa depan-depan hehe. Rindu nak masak sama-sama, nak bergossip haha, nak menyakat, nak bergurau-senda sampai bingit rumah nenek.



Semoga Covid ni cepat-cepat pergi.

Dah terlalu lama tak dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga

Sunday, June 11, 2017

PERTAMA KALI


Syawal 1430h

Tahun pertama...
Pertama kali beraya sebagai suami isteri
Pertama kali beraya sebagai abah & ummi

Masa ni baru 22 hari melahirkan k.long hehe
Memang tengah dalam pantang sangat

Tapi...

tak boleh ank duduk diam
sibuk juga ikut beraya kat rumah pak sedara abang
sebuah rumah je...

Nampak tak degilnya k.mar ni?
Orang suruh pantang elok-elok kat rumah
kita sibuk nak gi rumah orang lain hahaha

Thursday, June 08, 2017

Ramadhan 1438h di Shah Alam (1)

Minggu lepas kami sekeluarga balik Shah Alam.
Sambut Ramadhan dengan family k.mar hehe. Sebab tahun ni tak dapat balik Shah Alam raya nanti. So, kita ambil cuti smbut Ramadhan kat Shah Alam.

Macam biasa, bila dah balik ramai-ramai ni..
adalah pembahagian tugas haha. Ada yang kena gi pasar cari lauk, ada yang buat air, ada yang masak itu ini. K.mar kali ni kena buat Ayam Goreng Berempah. Alahaiii, mudah je haha.

persiapan

(menu malam tu Shell Out, Ayam Goreng Berempah, Begedil,
Sup Kosong, Jus Mangga, Air Asam Boi) 

Memang happy dapat berkumpul semua adik beradik ni.
8 beradik, 6 ipar duai dan 10 orang anak sedara.
Gegak gempita rumah atok dan nenek haha.
Mujur rumah mak abah dah besar sikit sebab tambah ruang tamu dan bilik lagi satu.

 abang dan adik
baju pink tu Mia comeyyy.
Geram tau dengan budak kecit ni

 hambikkk
Shell Out penuh satu dulang. Kejap je licin hihi. 
Sempat makan sikit je sebab duk layan kerenah anak buah ni hah
Tapi memang TERBAIK Shell Out ni tau. Sedap!!

 semua tak sabar nak serbu hahaha
Yang baju pink siap tadah tangan tu....

sebahagian dari 26 orang haha
Puas hati sebab sama-sama masak dan sama-sama makan miahahaha

Okey, nanti kita sambung tengok gelagat anak sedara pulak.


Monday, February 16, 2015

Kembali bersiaran

Lama sungguh kami menyepi :( memang lama berbulan-bulan. Banyak entry yang ummi hutang dalam ni huhu. Okey, sebelum ummi coret lebih banyak kisah suka-duka dalam ni, moh layan 3 keping gambar ni :-

Shake N Take.
Memang +++ terbaik dan mudah nak buat jus.

Jemput/cucur bilis resepi mak yang super duper yummy!! Kalau makan ni confirm tak sedar mertua lalu kat belakang haha

Save Gaza. Save Palestine.
Dinner awal tahun 2015.

Semuanya akan kembali menemui anda hihi ;)

Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday - Labbaikallahumma labbaik!


rindunya kat tokmi dan tokbah
dah hampir seminggu tokmi dan tokbah berangkat ke tanah suci
semoga sihat untuk beribadah di sana dan semoga mendapat haji mabrur


Saturday, August 17, 2013

Syawal 1434h - Edisi MHI 12/08/2013

Alkisah, pada hari Ahad 11/08/2013 kami sekeluarga pulang ke kampung sebelah ummi di Tanjong Karang. Tanjong Karang memang terkenal dengan sawah padi yang menghijau. Dalam kepala ummi ni memang dah nampak satu je - Outdoor Photoshoot di sawah - yeay!!

Dalam perjalanan tu, ummi sempat buka FB sekejap. Tergerak hati nak buka FB MHI.
"Rakan-rakan MHI yang mempunyai gambar-gambar menarik di hari raya untuk dikongsikan, sila hantar ke inbox kami untuk disiarkan esok pagi. Jangan lupa, sertakan ucapan raya anda sekali"

Teruja sekejap. Nak hantar lah gambar nanti.
Okey, dah terbayang gambar di sawah padi yang menghijau tu.
Petang sebelum sampai ke rumah nenek, kami semua sepakat bergambar di sawah padi.
Tetapi tidak semua adik-beradik ummi ada. Abang sulong beraya di rumah mertua dan adik lelaki ummi lagi seorang kerja. Dah kurang 3 orang di situ.


Malam tu berbincanglah kami adik-beradik, ipar-duai bersama emak dan abah. 
Mana satu gambar terbaik yang kita nak hantar ke MHI ni?
Abah ummi siap buat puisi bagai.
Abah pula mengarang pantun.
Ummi?
Ummi tulis ucapan ringkas aja hehe.

Dan...gambar di atas ini lah gambar yang kami sepakat nak hantar ke FB MHI TV3.
Abah ummi kata, rating gambar ni memang tinggi.
Berlatar belakang kan sawah padi yang menghijau, wajah-wajah ceria kami sekeluarga di tambah pula dengan ucapan yang kami hantar. (ada harapan untuk keluar dalam MHI esoknya haha)

Seawal jam 7 pagi semua duduk berkumpul di depan tv.
Sambil sediakan sarapan, ada yang masih belum memberus gigi, ada yang sedang mandi...namun semuanya nak tunggu muka masing-masing keluar tv (amboiiii...).
Akhirnya, lebih kurang jam 7.45 pagi, keluarlah gambar dan ucapan raya kami di MHI 12/08/2013 (^__^)


(Buktinya...hihi)


kami bertiga - tema pink tahun ini


 babah dan emak yang ceria dengan kehadiran cucu dan menantu baru tahun ini

masih bujang =)

Anda boleh layari tonton.com.my ya untuk lihat siaran ulangan MHI 12/08/2013 tu hehe. Cari di Channel - TV3 - MHI 2013 - bertarikh 12 Ogos 2013 (episod 157) kalau tak silap.

Thursday, July 04, 2013

Menantu Oh Menantu

29.06.2013
Kami menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Adik perempuan ummi selamat mendirikan masjid bersama pilihan hatinya. Alhamdulillah, ummi mendapat seorang lagi adik ipar. Satu-satunya adik ipar lelaki hehe. Majlis kenduri malamnya selepas akad niqah selepas Maghrib. Sekaligus merupakan Majlis Sambut Menantu adik ipar ummi yang baru bernikah bulan April hari tu. Tahun ini (setakat ini), kami menerima 2 orang ipar dalam keluarga.

Alhamdulillah, dapat pulang meraikan hari bahagia adik-adik. Syukur sangat kerana dapat juga menyumbangkan tenaga dan masa bersama-sama keluarga menjayakan majlis bersejarah ini. Ummi bahagian hias bilik pengantin dan makan beradab hehe.

 Pengantin Baru

Sobrie Shah & Nor Badariah (purple)
*****
Saida Diyana & Azrul Hairi (pink)

Kami bersama pasangan masing-masing.
(adik ummi lagi seorang dan pasangan tiada dalam gambar kerana adik ipar baru bersalin)
* Mama dan papa baby Adam....

5 orang telah berkahwin, ada lagi 3 orang belum mendirikan masjid..

Wednesday, July 03, 2013

Cucu Atok (2)

* dedikasi istimewa buat adinda2 yang dikasihi, 
Mohd Aidil dan Intan Nurul Hikmah

 Assalamu'alaikum semua.
Nama saya Adam Al-Mujahid.
Saya lahir pada 27 Jun 2013 yang lalu.
Hari ini saya genap berusia 7 hari

 Saya bersama Abi Sob, Ummi Na dan Ummi Bada di rumah nenek
Mereka semua Pak Sedara dan Mak Sedara saya

 Kak Long Auni memang sayangkan saya.
Dia suka dengan boboiboy

 Kak Long Auni sempat buat 'peace'

 Doakan saya agar faqih dalam agama, menjadi pejuang agama satu hari nanti, dan menjadi anak soleh buat mama dan papa saya ya

Love you Kak Long Auni =)

Auni Nafeesa vs Adam Al-Mujahid

Thursday, June 27, 2013

Cucu Atok


Alhamdulillah.
Sepasang sudah.
Nanti ummi akan cerita ya....
(^__^)

Wednesday, June 26, 2013

Yang Pertama


Yang Pertama....

In shaa Allah esok, kami sekeluarga bakal menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga (^__^) Sangat teruja.Anak buah ummi yang pertama yeay. Baby yang bakal lahir esok ni merupakan cucu kedua dalam keluarga ummi. Adik ipar ummi yang berada di Putra Medical Centre sekarang ni bakal melahirkan baby boy secara pembedahan. Kalau tak silap ummi, uri berada di bawah. Memang sebelum ni adik ipar ummi ni dah banyak kali bleeding dan pernah masuk ke PMC.

Terujanya nak sambut baby baru. Dijadualkan adik ipar ummi akan masuk ke bilik bedah sekitar jam 2 petang esok. Semoga baby dan mamanya sihat dan selamat hendaknya. Oh ya, kami sekeluarga juga bakal menerima kehadiran adik ipar baru dalam keluarga. Satu-satunya adik ipar lelaki ummi. In shaa Allah Sabtu ini adik ummi akan mendirikan masjid. Dua kali ganda seronoknya!

Doakan yang baik2 ya.

* Baby.....Kak Long Unni, Ummi Na dan Abah Yie tak sabar nak jumpa kamu sayang!

Tuesday, May 21, 2013

Mujahid Soleh

 copy paste dari FB adik ipar ummi

Ini anak buah Ayah Ngah dan Mak Ngah yang ke-4.

 Subhanallah, comelnya dia suka =)

Nama saya Muhammad Muntaseir
Panggil saya MUHAMMAD

Kak Long Auni sayang Adik Muhammad

Kenangan PRU13 @ Shah Alam

 emak, adik dan babah

 abang ummi sebagai petugas - menjaga keselamatan
hihihi....

 tak aci, calitan dakwat kekal di jari atok babah sangatlah sedikit...

pasangan pengantin baru
Acik Ocob dan Acik Bada

 bersama adik-adik ipar 

 Pekena sate...sedap!

 Makan tauhu bakar di Pantai Morib

 Mereka kesayanganku...

konvoi PRU13 
Ini Kalilah!



Monday, April 29, 2013

Baarakallahu lakuma!

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

27 April 2013 adik ummi selamat diijabkabul bersama cinta hatinya dan cinta hati kami seisi keluarga =) Sebak, gembira, terharu, sedih semuanya bercampur menjadi satu. Inilah adik yang paling rapat dengan ummi. Kami memang berkongsi suka duka bersama. Agak sedih juga kerana tidak dapat bersama meraikan hari bahagia adik ummi huhu.

 wajah ceria dalam debaran menanti saat untuk lafaz sakinah (^__^)

 Syukur alhamdulillah....sah dengan sekali lafaz

kasihku amanahmu
semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga

Sobrie Shah bin Mohd Mohtar
&
Nor Badariah bt Ismail

ihsan foto : pakcik ummi =)


Tuesday, February 26, 2013

Episod 3 - Berkelah di Sungai Pinang, Batang Kali

Ini adalah perancangan di akhir waktu. Malam semasa kami menziarahi sahabat-sahabat lama, rupanya adik ummi dah plan nak mandi air terjun. Tetapi masing-masing belum beri keputusan. Masih 50-50. Esok pagi ketika sarapan, ummi beria-ia pujuk atok babah dan yang lain pergi mandi air terjun. Puas juga lah ummi memujuk atok babah yang pada awalnya tak nak pergi atas alasan nak siapkan kerja ofis. Namun kesudahannya, seperti biasa ummi yang menang hehe.

Destinasi pilihan kami adalah Sungai Pinang di Batang Kali (jalan nak ke Genting Highlands). Ummi pun pertama kali sebenarnya ke sini. Adik ummi yang duduk Damansara bertolak dari sana. Ummi, abah, auni, Acik Ocob dan Ayah Su gerak dulu sebab nak singgah Giant mencari makanan untuk bekalan. Roti, tuna, biskut, coklat, puding antara yang ummi beli. Sempat juga ummi dan abah sambar sandal baru semata-mata nak mandi air terjun haha.


Lihatlah aksi anak dara solehah ni yang amat manja dengan pak sedara dia. 
Gelak - merajuk tu dah biasa bila dengan pak sedara dia.


Kami sampai di Sungai Pinang sebelum zohor. Subhanallah, memang tenang je perasaan tu bila sampai sini. Walaupun ramai pengunjung, tetapi ummi tetap rasa tenang. Airnya sejuk je. Sementara tunggu sebuah kereta lagi sampai, kami mengambil kesempatan rendam kaki dulu. Auni yang paling tak sabar nak mandi. Cepat-cepat dia ajak ummi mandi hehe.


Bila atok and the gang dah sampai, terus kami mula memasang khemah dan susun alatan memasak. Wah, siap bawa cerek air dan pemanggang ajaib. Rupa-rupanya atok dan nenek singgah kedai beli pelbagai jenis ikan untuk dibakar. Daging burger dan sosej adik ummi beli awal-awal lagi. Tugasan dah diagih awal-awal. Ada yang masak air, bakar ikan, bakar burger dan sosej. Ummi dan adik ipar buat sandwich tuna. Sampah-sampah memang kami masukkan dalam plastik sampah hitam yang besar tu. Memang seronok aktiviti ni.


Sementara tunggu ikan masak, kami terjun dan mandi sekali lagi. Anak manja abah tu sampai ketar-ketar menahan sejuk hehe. Biru je bibir dia huhu. Ummi dan abah pun berendam dalam air yang sejuk grrr... Adik-adik dan abah ummi pandai berenang, seronok aja tengok diorang berenang. Rasa cemburu pula huhu. 
Psst, abah auni tak pandai berenang tau..hehe.

Lepas mandi tu kami naik untuk makan. Sedapnya! Walaupun tanpa nasi, ia tetap sedap. Ada ikan kembong, ikan bawal, ikan terubuk. Adik ummi buat air asam sebagai pencicah. Lepas makan tu masing-masing mencari batu dan kawasan yang sesuai untuk solat zohor. Adik-adik ummi solat di atas batu besar yang rata aja. Manakala yang perempuan solat di sebelah khemah.


Selepas solat, kami berendam untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang hehe. Kali ni Auni dah surrender awal-awal. Dia duduk diam-diam aja dengan Acik Dana. Ummi dan abah berendam puas-puas. Entah bila kami dapat mandi-manda dengan family macam ni lagi. Tak lama lepas tu barulah kami naik dan tukar baju dalam khemah. Siap sedia untuk pulang ke rumah setelah puas berendam. Esok pagi tu memang lenguh satu badan ni sampai nak bangun pun tak larat rasanya hehe.

Episod seterusnya : Tautan Mahabbah di Cheras


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...