:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label sudut ilmu. Show all posts
Showing posts with label sudut ilmu. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

RINDU


Sangat rindu
dekat pantai ;p

ketika kalian singgah di teratak kami ni
....suka ummi nak maklumkan bahawa...
ketika ini kami mungkin berada di pantai yeay!!

6.50 a.m : sedang menaip entry ini...dan akan bertolak ke Bachok sekitar pukul 7.30 a.m hehe

Tuesday, April 17, 2012

Rahsia Isteri Anda


RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU
sumber : Excel Qhalif


" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. 

Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "


" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. 

Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "


" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. 

Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "


" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. 

Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "


" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. 


Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "






Wednesday, November 02, 2011

Maruah ANAK, Maruah KITA

sekadar hiasan


Angkat tangan siapa yang TAK SETUJU dengan kenyataan di atas?

Takde? Nampaknya semua setuju dengan pandangan di atas,kan? Jom kita berdiskusi sebentar. Tajuk yang menarik, harap-harap kupasannya pun menarik :p

Kenapa ummi tulis Maruah Anak, Maruah Kita? "Kita" di sini bermaksud kita sebagai ibubapa, mummydaddy, ummiabi, emakabah, mamapapa dan seumpamanya. Ummi cuma nak mengingatkan kita bahawa, jagalah maruah anak kerana dalam waktu yang sama anda menjaga maruah anda. Ops! Maruah KITA (ibubapa). Ummi sangat TIDAK SETUJU dengan ibubapa yang sewenang-wenangnya memarahi/memalukan/meremehkan/merendahkan anak-anak di hadapan orang lain atau saudara-mara. Sebagai ibubapa, kita seharusnya menjadi role model bagi anak-anak.

Pernah tak kita terfikir, kalau kita marahkan anak-anak di hadapan orang lain perkara ini akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak kita? Anak-anak juga punya hati dan perasaan.

Sebagai contoh :
Seorang anak berusia 4 tahun memukul kepala kawannya.
Ibu : Apasal pukul kepala kawan tu!?Pergi sana! Kalau nak pukul-pukul kepala, jangan main dengan kawan
Si anak tidak mendengar malah terus memukul kepala kawannya
Ibu : Amin, ibu cakap apa? Pergi sana kan? Apa perangai macam ni? Elok sangat buat macam tu!
Anak : dia ambil mainan Amin
Ibu : Isy, degil sungguh. Tak dengar orang cakap. Ibu tampar nak?

Apa pandangan anda terhadap ibu itu?
Apa perasaan si anak apabila dimarahi di hadapan kawannya?
Apa perasaan si anak mendengar setiap butir bicara ibunya?

Kalau kita marahkan anak sekalipun, anak kita nakal sekalipun, JANGAN sesekali marahkan anak atau memalukan anak di hadapan orang lain. Setiap butir perkataan malah tindak-tanduk ibubapa akan diperhatikan oleh anak-anak dan tersemat kukuh dalam minda mereka. Anak-anak akan rasa rendah diri dan mungkin EGO.

Kalau sikap dan perangai anak tu baik/buruk, kita sebagai ibubapa juga yang mendapat tempiasnya. "Anak siapa tu yang nakal dan tak dengar kata?" "Anak Timah tu lah/anak Abu itu lah" ataupun "Baik budak tu, cakap pun sopan, pandai hormat orang tua. Anak siapa ye tu?" "Anak Bedah lah tu/anak Mamat lah tu" Bukan ke itu juga maruah kita?

Seeloknya, tegurlah anak secara baik.

"Amin budak baik, bagi kawan pinjam mainan Amin tu ye?
"Anak ibu baik, dia suka kongsi mainan dengan kawan"
"Amin, tak baik pukul kawan. Tak elok sikap tu. Anak ibu baik kan? Dengar cakap ibu,kan?"

AMIN BUDAK BAIK. Alangkah sejuk hati anak-anak apabila dipuji di hadapan kawan. Ummi sendiri pun kadang-kadang ada juga tertinggi suara bila kesabaran tu dah hujung-hujung je huhu (jangan contohi sikap yang tak baik untuk kesihatan ni). Tapi bila istighfar, ambil wudhuk perasaan marah tu reda. Oh, anak aku kecil lagi. Dia tak tahu apa-apa. Cepat-cepat ummi cium dan peluk auni : "Adik, ummi minta maaf ye. Ummi bukan marahkan Auni, ummi sayang Auni" - kadang-kadang menangis juga ummi (v_v)

Ingat ye, MARUAH ANAK, MARUAH KITA!
Jadi, kita jagalah maruah anak, insyaAllah maruah kita akan terjaga.
* sentiasa bercakap positif di hadapan anak-anak (^_^)

Sekian, perkongsian ringkas dari Teratak Mawaddah.

Saturday, September 24, 2011

Panduan Elak Obesiti

Panduan elak obesiti di kalangan anak anda :-
  1. Jangan makan di depan televisyen (depan laptop atau komputer pun sama juga ye)
  2. Sarapan PENTING (mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat dan mampu memberi manfaat)
  3. Bekalan berkhasiat
  4. Pelbagaikan makanan anak (ibu bapa perlu lebih kreatif ya)
  5. Kurangkan pengambilan gula
  6. Makanan tinggi kalori (pastikan makanan anak anda TIDAK tinggi kalori)
  7. Makanan segera (tabiat makanan segera perlu dibuang agar pemakanan anak lebih terjaga)
  8. Bijak membeli (berhati-hati ketika memilih makanan dan pastikan rendah kalori)

** Untuk keterangan lebih lanjut, boleh rujuk Majalah Pa&Ma keluaran Oktober 2011 (^_^)

Wednesday, September 21, 2011

Teman Sejati

Selain dari Dr. Muhaya, ummi suka sangat kata-kata motivasi dari Dr. Fadzilah Kamsah ni.

Untuk mendapatkan teman sejati :

1- Jadilah orang yang baik dan kawan yang baik
2- sanggup korban
3- utamakan kawan daripada diri
4- pendam perasaan untuk jaga hati kawan
5- hebahkan yang baik dan pendam yang buruk tentang kawan
6- doakan, maafkan dan bantu kawan untuk berjaya dan berubah jadi positif

Jom kita berusaha untuk jadi KAWAN SEJATI (^_^)

Monday, July 18, 2011

20 Muhasabah Harian

Adakah anda...?

  1. Beristighfar/bertasbih setiap hari?
  2. Berzikir mengingati Allah?
  3. Solat 5 waktu?
  4. Berpuasa sunat?
  5. Mengerjakan solat-solat sunat?
  6. Berselawat kepada Rasulullah?
  7. Bersyukur di atas nikmat Allah?
  8. Bertawakkal/berserah kepada Allah atas setiap urusan?
  9. Memaafkan kesalahan orang lain?
  10. Menghubung silaturrahim?
  11. Memberi nasihat yang baik kepada manusia?
  12. Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri?
  13. Menziarahi orang sakit/miskin?
  14. Menziarahi kubur untuk mengambil ikhtibar?
  15. Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar?
  16. Mencegah kemungkaran bila melihatnya?
  17. Sentiasa berfikir dan bergerak ke arah kebaikan?
  18. Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya?
  19. Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia?
  20. Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah?

Sama-sama kita renungkan.

Tuesday, July 05, 2011

- ID Follower -

CONTOH :

Nama/ID Follower : ummu auni
klik Follow this blog
akan tertera seperti berikut :


kalau dah menjadi follower Teratak Mawaddah/Sahabat Mawaddah,
tak perlu sign in bahagian Followers tu ya (^_^)

ID Followers

Kalau cara ummi =>

Lihat anak panah merah di atas. Tertera nama "wardah" kalau kita letak cursor di situ kan? Itulah ID Followers kita. (ummu wardah, ummi pinjam wat demo jap hehe)

Ataupun senang cerita, nama yang kita guna masa nak jadi follower blog orang. Lihat gambar atas sekali.

Kalau ummi silap tolong beritahu ya (^_^). Ada cara lain juga kan? Siapa tahu? siapa tahu...?

Sunday, June 26, 2011

- kenapa perlu minum banyak air masak? -

Setiap hari ummi akan pastikan yang ummi akan minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. 3 LITER ya.. Banyak mana agaknya? Paling tidak 2 botol mineral yang setiap satu tu 1.5 liter. Tahu kan? Kalau di ofis, memang ummi dah terkenal dengan botol air tutup hijau yang besar tu.

"Besarnya botol air ina. Habis ke ni?"
"Ina minum air ni sampai petang? Habis ke?"
"Baguslah minum air masak banyak. Buang toksin dalam badan. Akak ni kurang minum air"
"Akak tak boleh minum banyak ni, mesti nak membuang aja lah nanti"

Itulah antara kata-kata yang ummi dengar awal-awal dulu. Tapi sekarang ni dah takde lah kata-kata tu lepas ummi ceritakan serba ringkas kepentingan minum air masak ni. Sebenarnya memang dah lama ummi minum banyak air masak, cuma dulu jarang-jarang minum hehe. Kadang-kadang banyak (3 liter atau lebih), kadang-kadang tak sampai 2 liter pun sehari.

Sejak ummi ambil produk Shaklee (lecithin, alfalfa, vitamin c dan b complex), memang ummi minum banyak air masak. Lagipun, memang k.cery dan hadha pesan kena minum banyak air masak. Tak boleh kejap banyak, kejap sikit. MESTI banyak (^_^)

Apa faedahnya ya?

1- mengekal dan meningkatkan kesihatan
2- mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara 79% dan kanser pundi kencing 59%
3- melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang
4- buang LEMAK. Bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan, banyak minum air masak adalah jalan yang terbaik


Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)



Banyak lagi sebenarnya...kalau nak tahu lebih lanjut, singgahlah ke blog k.cery ya (^_^). Anda boleh juga membeli produk Shaklee atau minta pandangan daripada k.cery. Singgah jangan tak singgah!

Wednesday, January 19, 2011

- susah tidur? ini jawapannya -

PANDUAN MELATIH ANAK TIDUR
  1. Ajak mereka bermain hanya pada siang hari dan bukannya pada waktu malam...auni siang main, malam pun nak main jugak.
  2. Letakkan anak di tempat tidur apabila sudah mengantuk dan jangan sesekali biarkan dia tidur di atas pangkuan anda, di ruang tamu ataupun di ruang lain selain bilik tidurnya...auni takde bilik tidur, tapi katil ada hehe.
  3. Matikan lampu utama dan nyalakan lampu tidur yang bercahaya malap bagi mengelakkan tidur anak terganggu...auni pasang lampu atau tak, dia tetap tidur kalau dah ngantuk.
  4. Anak anda mungkin terjaga ketika tidur. Oleh itu ajar dia kembali tidur. Jangan sesekali memasang lampu sebaliknya tenangkannya dengan kata-kata lembut dan tinggalkan dia sendirian untuk kembali tidur....Auni kalau bangun malam-malam, abah suakan botol susu dalam mulut hehe
  5. Menetapkan waktu tidur mereka dan pastikan tidak tersasar umpamanya 9.00 hingga 10.00 malam...Auni biasanya tidur lepas maghrib :)
  6. Cuba ajar anak tidur sendirian di bilik mereka, latih mereka tidur sendiri secara berperingkat supaya mereka boleh tidur secara sendiri dan jangan kunci pintu supaya mereka yakin yang anda tidak jauh dari mereka...Kalau balik Kubang Kerian, Auni biasanya tidur dengan tokmi :)
  7. Hiaskan dengan cantik bagi menarik perhatian mereka tetapi pastikan tiada televisyen, permainan video atau terlalu banyak mainan yang boleh melekakan mereka...mujur Auni takde bilik lagi hihi :)
* Auni, kesimpulannya....kita minta abah buatkan bilik untuk Auni nak? (^_^)
** Ummi ambil sumber maklumat dari Diari Perancangan Eksekutif Islam 1431h-1432h

Saturday, February 27, 2010

- hari membaca -

Salam...

Selamat Hari Membaca! Wah, awal-awal lagi dah ucap selamat ni ada apa ye? Hehehe. Secara rasminya Ummi Na umumkan hari ini dan hari-hari seterusnya merupakan hari membaca untuk kami sekeluarga khususnya diri Ummi Na sendiri. (nampak sangat macam tak pernah baca buku). Ops, salah ye. Ummi Na ni rajin baca buku (dululah..hehehe). Selepas bersalin ni, entah kenapa macam 'malas' je rasanya. Nak habiskan sebuah buku dalam masa seminggu pun tersangkut-sangkut. Kalau dulu, mungkin masih ada sedikit ruang untuk Ummi Na membaca. Maklumlah, dulu zaman 'anak dara' lagi, sekarang ni dah jadi 'mak dara' hehehe.

Kalau dulu, adakala baca buku bolehlah dapat 2 buah buku seminggu. Tak termasuk majalah la. Biasanya sesuatu bahan bacaan tu (buku ilmiah, majalah, novel) Ummi Na akan belek-belek depan, tengah dan belakang dulu. Baca sekali imbas, kemudian baru baca betul-betul.

Majalah 'wajib' untuk dibeli tiap-tiap bulan adalah Pa&Ma dan Anis. Kalau novel tu, sebulan sekali belum tentu. Ummi Na biasanya beli novel karangan Ramlee Awang Murshid dan H.M Tuah Iskandar. Ada juga novel karangan Ustaz Habiburrahman yang Ummi Na beli.

Sekarang ni Ummi Na sedang baca buku karangan Zamri Mohamad dan Imran Yusof yang bertajuk 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah'. Wah, tengok tajuk aja pun dah tak sabar nak baca, kan? Ummi Na tak boleh nak buat ulasan tentang buku ni, sebabnya belum khatam lagi. Namun yang pasti buku ini menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat. Keluaran PTS Millenia Sdn. Bhd. yang berharga RM19.50 ini mampu menjawab segala persoalan yang selalu bermain di minda teruna dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom membaca!! Jadikan membaca amalan kita.


** Promosi buku ni hehehe. ** Sebenarnya, dah lama beli buku ni. Masa Ummi Na mengandung 5 bulan dulu, tapi asyik tak menyempat nak baca huhuhu.

Wednesday, June 03, 2009

- 20 Muhasabah Harian -





















20 MUHASABAH HARIAN
ADAKAH ANDA…


1-Beristighfar/bertasbih setiap hari
2-Berzikir mengingati Allah
3-Sembahyang 5 waktu
4-Berpuasa sunat
5-Mengerjakan solat-solat sunat
6-Berselawat kepada Rasulullah
7-Bersyukur di atas nikmat Allah
8-Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
9-Memaafkan kesalahan orang lain
10-Menghubung silaturrahim
11-Memberi nasihat yang baik kepada manusia
12-Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
13-Menziarahi orang sakit/miskin
14-Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
15-Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
16-Mencegah kemungkaran bila melihatnya
17-Sentiasa berfikir dan bertindak kearah kebaikan
18-Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
19-Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
20-Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah

Tuesday, May 26, 2009

- SIAPAKAH KITA? (2) -


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata, ” Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.” Lalu sambil berkata, ”Ya Rabbi aku reda dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyum.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya, lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Thursday, May 21, 2009

- SIAPAKAH KITA? (1) -


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan, iaitu Allah Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan lanit pada Tuhan kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun berasa tidak apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkanya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...