:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Majlis Pelancaran Butik Modest Culture


Bagi anda yang berkelapangan, bolehlah pergi ke Majlis Pelancaran Butik Modest Culture ya.

Tarikh : 18 Mei 2013 / 9 Rejab 1434h
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : 28G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Majlis akan dirasmikan oleh Prof. Dr. Muhaya Haji Mohamad

Sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, sila sms/email 010-2880241 (Cik Hanisah) / contact@modestculture.com


Saturday, April 20, 2013

Modest Culture : Sinonim Dengan Wanita Muslimah


"Modest Culture bukan hanya produk muslimah semata-mata, namun nama Modest Culture dipilih bersesuaian dengan konsep wanita timur yang cukup sinonim dengan wanita muslimah"

*************************************
Ummi pernah buat entry berkaitan Modest Culture (MC) sekitar bulan Mac yang lalu. Bagi anda yang belum pernah membacanya, boleh KLIK SINI untuk ketahui dengan lebih lanjut. Alhamdulillah, memang ramai yang teruja dengan koleksi MC ni kerana MC mendapat ranking paling tinggi setiap minggu di Teratak Mawaddah =p

Jika dalam entry sebelum ini ummi sertakan link FB Modest Culture, kali ini ummi sertakan pula laman web MC. Jom kita layari modestculture.com sekarang. Ummi telah singgah di laman web tersebut dan wow! Banyaknya koleksi/produk MC ni. Ada Modest Collection, Nursing Mothers, Prof Muhaya's Signature dan Tudung Bercorak. Bagi anda yang sememangnya minat dengan Prof Muhaya, inilah masanya untuk anda tampil bergaya penuh sopan dan menawan namun dalam masa yang sama sopan menutup aurat.  Jangan lupa singgah SINI untuk melihat video cara pemakaian MC ya.


* p/s : rambang mata.....hehe



Monday, December 31, 2012

Blog bisnes kami : Mawaddah e-Store


Alhamdulillah
Ummi berjaya juga buat blog untuk bisnes baru ni.
Moga ada rezeki ummi di sini ^__^
Dengan segala hormatnya, kami menjemput semua Sahabat Mawaddah dan juga pengunjung Teratak Mawaddah singgah ke blog kami

Nikmati harga hebat yang pasti menjanjikan kepuasan untuk anda.
Ada CLEARANCE STOCK ya
Jemput singgah

* blog Me-S masih dalam penambahbaikan. Harap maklum


Saturday, September 22, 2012

Pemenang 3rd Birthday Giveaway

Alhamdulillah.

Selepas musyawarah dengan abah dan auni, berikut merupakan pemenang 3rd Birthday Giveaway yang kami anjurkan baru-baru ini. Sebelum itu kami mohon maaf kerana lewat mengumumkan nama pemenang. Terlalu banyak tuntutan kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Harap semua peserta faham situasi kami (macam ramai je peserta hehe)



Pemenang Tempat Pertama :



V

V

V

Pemenang Tempat Kedua :



V

V

V

Pemenang Tempat Ketiga :





2 orang pemenang saguhati pula ialah :


Diharap semua peserta dapat memberikan nama penuh, no. telefon dan alamat untuk urusan penghantaran hadiah. E-mailkan ke alamat : semanisk2011@gmail.com. Namun, awal-awal ummi minta maaf kerana hadiah akan dipos minggu hadapan (v__v) Ini kerana pada minggu ini ummi terlibat dalam banyak aktiviti. 

Ahad (esok) = Kejohanan Bowling anjuran ofis
Isnin = Ujian Memandu JPJ
Selasa = Mesyuarat
Khamis-Sabtu = Family Day sekolah abah di Langkawi.

InsyaAllah hadiah menarik dari Langkawi akan diberikan juga kepada semua peserta.

Sunday, September 16, 2012

Tamat Sudah 3rd Birthday Giveaway

Alhamdulillah....syukur.

Berakhir sudah 3rd Birthday Giveaway. Macam-macam rintangan nak buat GA kali ni hehe. Terima kasih kepada anda yang sudi singgah ke TM. Terima kasih juga kepada 5 orang peserta GA untuk kali ini. InsyaAllah anda semua bakal mendapat hadiah. Selain 3 orang pemenang, 2 orang peserta juga akan mendapat hadiah daripada kami. InsyaAllah pemenang akan diumumkan dalam waktu terdekat. Walaupun GA kali ini, penyertaannya cuma 5 orang kami tetap berpuas hati ^__^

Cerita menarik di TM akan menyusul kemudian. Nantikan ya!


Thursday, August 09, 2012

Qiam With Me

sila skrol ke bawah untuk entry terkini


Qiyamullail Perdana bersama Sultan Kelantan
&
Moreh Minda bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI)

*********************************************
09/08/2012 @ 20 Ramadhan 1433h
Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian

Jom beramai-ramai................


* mujur rumah tokmi belakang istana aja. Harap2 ummi dapat pergilah ^__^



Friday, August 03, 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Mari kita ramai-ramai memeriahkan lagi majlis ilmu ini
Jom Gi Kuliah bersama USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)

****************************************


Monday, July 30, 2012

Pakej Ramadhan 2012 @ Rangnok Restaurant

Masih ingat pasal Rangnok Restaurant yang ummi tulis dahulu? Kalau belum KLIK SINI cepat-cepat

Musim Ramadhan ni, memang ramai yang mengambil kesempatan nak berbuka di luar kan? Sepanjang bulan Julai ini, ramai juga yang mencari Rangnok Restaurant hehe. Memang tak rugi anda ke sini tau. Makanan memang sedap-sedap belaka ^__^ 

Tadi pagi ummi tengok, ada ucapan "Terima Kasih" daripada Rangnok Restaurant. Eh, betul ke ni? Entah siapa-siapa lah ye agaknya hehe. Maka, nak memastikan betul ke RR yang hantar mesej, ummi singgah di web tersebut. Wah...memang betullah!!

*
*
*
*

Sempena Ramadhan ni, RR menyediakan 3 Pakej Lengkap untuk berbuka. Anda boleh pilih yang mana berkenan di hati. Bermula serendah RM120.00 hingga RM200.00.
Apa lagi? Jom pakat pi Rangnok Restaurant ni.

Sunday, March 04, 2012

Pemenang 28th Birthday Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini kami mengumumkan 3 pemenang utama
28th Birthday Giveaway

v

v

v

v

v

v

Tempat Pertama

v

v

v

v

v

 Tempat Kedua

v

v

v

v

 Tempat Ketiga


~ TAHNIAH kepada semua pemenang ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada pemenang, sila e-mailkan nama, alamat dan no. telefon anda 
untuk urusan penghantaran hadiah :
e-mail ummi : semanisk2011@gmail.com

(^__^)
p/s : pening kepala juga nak menentukan pemenang ni hihi

Saturday, March 03, 2012

Hanya Yang Terbaik

mood : 10 senarai terbaik, hanya 3 menjadi pilihan

Sedang musyawarah untuk menentukan 3 yang terbaik.
Imam TM telah menyenaraikan 10 pilihan terbaik
bagi 28th Birthday Giveaway.
Jadi kepada anda, nantikan keputusannya
(^__^)
insyaAllah akan diumumkan pada
04/03/2012 @ 5.00 petang

Wednesday, February 29, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012

untuk entry terkini, sila skrol ke bawah


24 & 25 Mac 2012
Putrajaya International Convention Center
klik SINI untuk maklumat lanjut


Antara barisan panel ialah :
  1. Prof Dr. Muhaya Mohamad
  2. Prof Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
  3. Dato' Siti Nur Bahyah Mahmood
  4. Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
  5. Dr Niki Shuhada Shukor
  6. Ummi Roses Raudhatul Sakinah
  7. Datin Zaleha Omar
  8. Dr Rubiah K. Hamzah
  9. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
  10. Catriona Norhayati Ross Bahrin
  11. Nora
  12. Irma Hasmie Ibrahim
  13. Ustazah Amie Sofie Ahmad (Juara Solehah)
  14. Ustazah Firus Akhtar Mohamad Bokhari (Juara Ustazah Pilihan)
  15. Fatimah Syarha Mohd Noordin
  16. Puan Jamilah Samian (Pengarah Parenting Terkenal)
  17. Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasas Yusmira)
  18. Puan Rozita Ibrahim (Pengasa Sendayu Tinggi)
  19. Dato' Azlina Hj Che Abdulla (Pengasas DCL)

Tuesday, November 01, 2011

Anda Mencari Suria Homestay?

  1. homestay kubang kerian
  2. suria homestay kubang kerian
  3. suria homestay
  4. kubang kerian homestay
Apa persamaan antara keempat-empat kata kunci di atas? (^_^) Tengok sepintas lalu pun dah tahu kan? Ramai yang mencari Suria Homestay atau homestay di Kubang Kerian. Ummi perasan sejak sebulan dua ni memang ramai yang mencari SH ni (^_^). Dan ummi dimaklumkan oleh tuan punya homestay ni bahawa kebanyakan penyewa di SH ni mengaku mereka mengetahui SH ni melalui blog Teratak Mawaddah. Wah...kagumnya ummi :p

Cuti sekolah ni, apakata anda yang ingin melancong ke Terengganu atau Kelantan bermalam di Suria Homestay? Selesa, murah dan yang pasti lokasi sangat strategik. Tak percaya? Apakata anda singgah SINI sebentar.

Jom, kita CUTI-CUTI MALAYSIA...tapi jangan lupa singgah di Suria Homestay Kubang Kerian sebentar hehe.

Saturday, September 17, 2011

Berita Terkini dari TM

Berita Terkini dari Teratak Mawaddah :-

"Dilaporkan bahawa KEMUNGKINAN BESAR Pn. M dan Cik A tidak dapat ikut serta ke Kedah seperti yang dijadualkan pada 04/10/2011 hingga 07/10/2011 ini. Hal ini berlaku disebabkan ada sedikit masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Pn. M. Maka, En. F akan berangkat ke Kedah sendirian tanpa ditemani oleh isteri dan anak beliau. Adakah ia benar-benar berlaku? Kita nantikan perkembangan selanjutnya pada minggu hadapan"

Hingga jumpa lagi ~

Tuesday, August 16, 2011

jumpa lagi

Pasir Mas --------------------------------------------------------> Shah Alam


(insyaAllah akan bertolak jam 3.00 petang ini. Doakan segalanya dimudahkan)


* maaf lama tak berblogging sebabnya............................................broadband tak bayar huhu


Jumpa lagi bila ummi bersiaran dari SA ye (^_^)

Friday, August 12, 2011

Ada hikmahnya

~ setahun yang lalu ~
(sekadar gambar hiasan)

**************************************
Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat dalam hidup ini. Belajarlah untuk menerima hakikat dan redholah atas apa yang terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang terjadi. Sabar...sabar...sabarlah wahai HATI.

OH, MACAM SAYU AJA BUNYINYA KAN (^_^)...

Untuk makluman kepada semua Sahabat Mawaddah yang dikasihi fillah, kami TAK JADI balik Shah Alam raya ketiga ini. Rupanya abah auni hanya bercuti selama seminggu bermula 26/08/2011 - 03/09/2011 sahaja. Bila dapat tahu je berita tu, abah balik sekolah terus kami duk meja bulat buat rundingan damai - eheh, takdelah. Kami bermusyawarah. Kami adakan SWOT. Lagipula ummi dah batalkan cuti yang ummi ambil 28/08/2011 baru ni. Konon nak bawa cuti tu ke 04/09/2011 lah (kes excited nak beraya Shah Alam) hehe.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA...

Kami akan balik Shah Alam minggu depan (^_^) Alhamdulillah.......................
Minggu depan Kelantan cuti sempena Nuzul Al-Quran (17/08/2011-Rabu). Sekolah abah cuti Rabu&Khamis. (Jumaat memang Kelantan cuti, harap maklum). Jadinya ummi cuma ambil Cuti Rehat hari Khamis tu. Akhirnya, dapat juga nak merasa berpuasa di Shah Alam setelah hampir 3 tahun tak dapat merasa berpuasa bersama keluarga sana. Ini pula pengalaman pertama abah auni nak berpuasa dan berterawih kat sana :p Alhamdulillah...

Balik sana nanti, ummi nak bawa mesin pengadun kek ummi tu :p Kononnya raya tahun ni ummi nak buat kek dan biskut raya. Siap cari semula koleksi resepi dalam folder kat laptop ummi tu. Tapi tak tahulah jadi ke tidak ni nanti biskut raya tu hehe. Sebabnya, ada seorang lagi chef hebat nak bersilat kat dapur tu. Dia memang pantang nampak ummi kat dapur. Kalau dia ada, dia seorang ajalah yang mengusai dapur tu (^_^)

APA KHABAR ORANG SHAH ALAM..............?

Tuesday, August 09, 2011

ada harapan

"Ok, abg ada mesyuarat td. Nnt abg beli. Cuti raya abg mula 26 hb hngga 4 hb 9"

~ maknanya...harapan nak balik Shah Alam BAKAL menjadi kenyataan (^_^*). Baru sebentar tadi abah mesej ummi hihi..


Monday, August 08, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara kerajaan

Dipetik dari Berita Harian Online :-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA


Saturday, August 06, 2011

Ihya' Ramadhan di Serambi Mekah

Ihya' Ramadhan di
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan
1 Ramadhan 1432h - 1 Syawwal 1432h

Jom!!
untuk mengetahui Taqwim induk Ihya' Ramadhan.

* malam tadi tidak berkesempatan nak ke sana huhu

Friday, August 05, 2011

D'Mawaddah


Dengan sukacitanya kami menjemput anda ke D'Mawaddah
Sempena kedatangan Ramadhan ini, anda boleh dapatkan pelbagai barangan berasaskan madu, habbatus sauda' dan sejadah berenda daripada kami.
Pilihan di tangan anda.
Apa tunggu lagi?

* inilah projek Teratak Mawaddah yang ummi katakan itu. Masih dalam ubahsuai dan nak masukkan barangan Smart Herbs pula selepas ini (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...