:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, May 08, 2015

Roti Berinti Daging

Alhamdulillah.
Asal cuti je rajin ke dapur. Asal ke dapur je rajin masak. Asal masak je rajin westernfood haha.Tapi cuti kali ni ummi buat Roti Berinti Daging ala kadar. Bahan-bahan tak cukup, ambil yang mana ada dalam peti sejuk je hehe. Roti ni dah banyak versi ummi buat sebenarnya. 

Boleh rujuk link ni juga untuk Roti Berinti Daging Ala Lasagna hehe : http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/09/roti-berinti-daging-alalasagna.html


Bahan-bahan inti : 
- 1/2 tiub daging kisar (nak guna ayam kisar pun boleh)
- 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 sudu besar sos prego
- 1 sudu besar sos cili
- sedikit serbuk oregano
- sedikit minyak zaitun
- garam dan serbuk perasa (ummi guna kohilal)

Cara-cara :
1- Tumis bawang besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga layu. Ummi tambah 1 sudu butter.
2- Masukkan daging/ayam kisar. Masak hingga daging bertukar warna
3- Masukkan sos prego, sos cili, oregano dan perasakan dengan garam/serbuk perasa.
4- Ok siap :)


Step seterusnya untuk roti :
Kali ni ummi buat 1/2 daripada yang asal sebenarnya.
1- Pukul 3 biji telur dengan sedikit susu cair
2- Celupkan satu persatu roti ke dalam telur dan susun dalam loyang.
3- Tuang inti ke atas roti untuk lapisan pertama. Ratakan
4- Ulang lagi dengan celupkan roti ke dalam telur dan susun atas inti tadi.
5- Tuang inti untuk lapisan seterusnya dan ratakan.
6- Taburkan keju di atas inti tadi. Kali ni ummi guna keju Mozzarela :)
7- Kalau nak cantik, taburkan sedikit serbuk oregano atas keju tadi hehehe
8- Ummi masukkan loyang tadi ke dalam pemanggang ajaib dan masak hingga keju tadi bertukar warna keperangan.

 beli loyang ni di Salamku.
Memang muat bila masukkan dalam pemanggang ajaib (Generation 3)


Asyik makan je......bila ntah nak diet v__v 





Monday, February 03, 2014

Menternak Lemak

 bisnes baru TM
Kek Tiramisu

Nampaknya ummi 'menternak' lemak dalam badan haha


bahan-bahan :-
- Cream Cheese
- Whipping Cream
- Gula
- Kek Chiffon
- Biskut Marie

akan menyusul...cara2 nak buat Kek Tiramisu (^__^)

Friday, October 25, 2013

Cara Buat Flash Banner


Perasan tak blog kami berwajah baru? ^__^
Warna tema tetap sama, tak berubah. Oh ya, sila KLIK SINI juga untuk cuci mata hihi.
Okey, kali ni untuk pertama kali dan julung-julung kalinya ummi berjaya buat Flash Banner. Alhamdulillah. Puas godek-godek dalam google. Ummi rujuk di blog khaiangel.com untuk tutorial kali ni. Jom singgah!


Thursday, September 05, 2013

Family Day MTS 2013 @ Sutra Beach Resort

Tarikh : 31.08.2013 & 01.09.2013
Lokasi : Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu

Jika tahun lepas kami ke Pulau Lagenda, tahun 2013 ini kami ke tempat yang dekat sempena Hari Keluarga Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah. Kami ke negeri seberang je...Ganu Kita. Berukhuwwah mahabbah bersama warga MTS di Sutra Beach Resort, Merang. Pertama kali ni kami ke sini.
* cerita Sutra Beach Resort akan menyusul....

Kami bertolak pada pukul 11.30pagi dari Kubang Kerian. Kiranya sambut merdeka di jalan raya hehe. Kira-kira jam 2 petang kami selamat sampai di Sutra Beach Resort. Subhanallah, memang sangat cantik dan tenang. Pemandangan yang sangat indah. Selepas check in di bilik yang disediakan, kami solat dan berehat melepaskan lelah. Kak Long pula tak sabar nak mandi laut katanya. Tetapi kawasan pantai ditutup. Jadi, mandi kolam ajalah jawabnya.


Sekitar jam 5 petang, kami pun turun ke kawasan kolam dan menyertai ahli keluarga MTS yang lain. Seronok dan ceria wajah Kak Long dapat mandi kolam. Amboi, siap angkut abah masuk kolam ya. Ummi jadi jurugambar aja hari tu, segan nak masuk kolam sama hehe.


Baju renang ni nenek Shah Alam yang hadiahkan. Terima kasih nenek, memang berbaloi Kak Long pakai. Kak Long nak belajar berenang!

Memang puas dia dapat berenang dalam kolam petang tu. Sampaikan keletihan dan tertidur. Lepas mandi sekali lagi dalam bilik air, tukar baju kurung, dia pun beradu lah sekejap atas katil tu. Malam tu diadakan makan malam bersama semua warga MTS. Masing-masing pakat bawa suami/isteri dan anak-anak berhimpun di dewan makan.

Jom bergambar sekejap!
Sebenarnya sepanjang makan malam tu ummi terpaksa pangku Kak Long yang tertidur keletihan. Memang tak bangun langsung sepanjang 2 jam majlis tu. Abah pula jadi pengacara majlis malam tu. Naik kebas ummi pangku anak dara ni.

Ini hadiah yang kami dapat dalam acara tukar-tukar hadiah.

Ini pula hadiah untuk anak staf yang lahir pada bulan Ogos dan September. Kak Long pun dapat hadiah ni sebab 29 Ogos 2013 merupakan hari lahirnya yang keempat. Dalam ni ada sapu tangan kecil, set alatulis dan bekas letak pensil atau pen.

Esok paginya baru aktiviti sukaneka diadakan. Itupun sedikit lewat kerana ramai kanak-kanak bermandi-manda di dalam kolam termasuk Kak Long. Untuk acara mewarna memang Kak Long tak masuk pun. Tetapi dia masuk acara tiup belon sampai pecah. Naik lucu juga melihat dia meniup belon. Tak pecah pun.

Cuba cari mana Kak Long?

Ini pula muka sedih kerana hanya mendapat 2 biji gula-gula ketika acara
 'rebut gula-gula' hehe.
Sedihnya...dia kata "ummi, sikit je Kak Long dapat gula-gula. Nak banyak"

abah yang steady dengan anakanda tersayang.

Ini acara akhir yang Kak Long join. Cari gula-gula dalam tepung. Abah terpaksa pimpin dia sebab Kak Long malu yang teramat. Tapi tiup tepung ajalah, gula-gulanya tak dapat.

Petang tu kami check out kira-kira jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah, memang berbaloi pergi hari keluarga kali ini sebab ummi dapat berehat banyak sikit. Duduk tepi kolam sambil tengok-tengokkan Kak Long mandi kolam aja pun hihi.

Tahun depan nak ke mana pula kita?

Wednesday, September 04, 2013

Wordless Wednesday @ Family Day MTS 2013

Family Day MTS 2013

Seronok dan ceria wajah si solehah dapat berenang dengan abah dalam kolam mandi.
Cerita akan menyusul....











Monday, August 26, 2013

Romantika Home Decor

"MACAM-MACAM, CANTIK-CANTIK, MURAH-MURAH"

Ya, benarlah slogan di atas. Slogan Romantika Home Decor. Dah lama ummi nak mencari barang-barang untuk hiasan rumah. Kebetulan kawan ofis ajak keluar mencari barang hiasan rumah tengahari tadi. Maka dibawanya ummi ke Romantika Home Decor yang terletak bertentangan Tesco Kota Bharu.

Ummi tak pernah ke sini pun dan sejujurnya tak 'terperasan' pun akan kewujudan RHD ni huhu. Nampak sangat tak ambil pusing walaupun dah beberapa kali lalu sekitar Tesco. Sekali masuk dalam tu, TERGAMAM TAK TERKATA. Macam-macam ada, cantik-cantik pula tu, dan harganya murah-murah! Alamak, dah rambang mata.

Dalam kepala ni cuma nak beli bunga dan lilin. Sebab bajet pun tak banyak mana. Ummi pada awalnya cuma nak meninjau-ninjau harga hehe. Di RHD ni semua barang hiasan rumah ada. Bunga, lampu, gelas, alas kaki, pasu, jam, lilin wangi, sarung bantal, alas meja, aksesori dapur dan macam-macam lagi. Semuanya konsep Inggeris.

 Tinjau sana, tinjau sini, naik atas dan pusing-pusing. Aish, memang rambang mata ni. Semua nak beli kalau boleh. Okey, bertenang ummi. Jangan ikut 'nafsu membeli' tu sangat. Beli mana yang perlu dulu ya. Akhirnya ummi ambil beberapa barang setelah ambil kira pandangan kawan ummi.

* almari kecil 2 tingkat beli di Perabot Sayang Pasir Mas
RM69.00


1- Pasu beserta bunga.
Harganya RM29.00 (Clearance Stock)

2- Piring hiasan bunga
Harganya RM7. Ummi beli 2, jadi harganya RM14.00

 3- Bunga dalam cawan comel
Harganya RM10.00

* piring belakang tu hadiah abah dan pewangi Glade tu beli di Mydin. Harap maklum

 Yang ini ummi letak atas rak buku.
Maaf, gambar penuh rak tidak diambil...

nampak tak pasu hujung tu ^__^

* ummi ada beli juga alas kaki berharga RM13.00 (tiada dalam gambar)

Alhamdulillah, abah bagi keizinan untuk beli bunga lagi. Kali ni nak letak di sudut tangga untuk ke tingkat atas.


Sunday, June 02, 2013

Chef Cilik



Assalamu'alaikum semua. Petang ini Kak Long nak buatkan ummi mee goreng basah. Dah lama Kak Long tak masak untuk ummi. Mee, udang, ayam, sayur sawi dah ada ni. Kesian ummi, sakit perut dari pagi tadi. Jadi, hari ini Kak Long akan ambil alih tugas ummi di dapur.

* semoga ummi cepat sembuh ya. Love you ummi ♥

Tuesday, May 21, 2013

Kenangan PRU13 @ Shah Alam

 emak, adik dan babah

 abang ummi sebagai petugas - menjaga keselamatan
hihihi....

 tak aci, calitan dakwat kekal di jari atok babah sangatlah sedikit...

pasangan pengantin baru
Acik Ocob dan Acik Bada

 bersama adik-adik ipar 

 Pekena sate...sedap!

 Makan tauhu bakar di Pantai Morib

 Mereka kesayanganku...

konvoi PRU13 
Ini Kalilah!



Tuesday, February 26, 2013

Episod 3 - Berkelah di Sungai Pinang, Batang Kali

Ini adalah perancangan di akhir waktu. Malam semasa kami menziarahi sahabat-sahabat lama, rupanya adik ummi dah plan nak mandi air terjun. Tetapi masing-masing belum beri keputusan. Masih 50-50. Esok pagi ketika sarapan, ummi beria-ia pujuk atok babah dan yang lain pergi mandi air terjun. Puas juga lah ummi memujuk atok babah yang pada awalnya tak nak pergi atas alasan nak siapkan kerja ofis. Namun kesudahannya, seperti biasa ummi yang menang hehe.

Destinasi pilihan kami adalah Sungai Pinang di Batang Kali (jalan nak ke Genting Highlands). Ummi pun pertama kali sebenarnya ke sini. Adik ummi yang duduk Damansara bertolak dari sana. Ummi, abah, auni, Acik Ocob dan Ayah Su gerak dulu sebab nak singgah Giant mencari makanan untuk bekalan. Roti, tuna, biskut, coklat, puding antara yang ummi beli. Sempat juga ummi dan abah sambar sandal baru semata-mata nak mandi air terjun haha.


Lihatlah aksi anak dara solehah ni yang amat manja dengan pak sedara dia. 
Gelak - merajuk tu dah biasa bila dengan pak sedara dia.


Kami sampai di Sungai Pinang sebelum zohor. Subhanallah, memang tenang je perasaan tu bila sampai sini. Walaupun ramai pengunjung, tetapi ummi tetap rasa tenang. Airnya sejuk je. Sementara tunggu sebuah kereta lagi sampai, kami mengambil kesempatan rendam kaki dulu. Auni yang paling tak sabar nak mandi. Cepat-cepat dia ajak ummi mandi hehe.


Bila atok and the gang dah sampai, terus kami mula memasang khemah dan susun alatan memasak. Wah, siap bawa cerek air dan pemanggang ajaib. Rupa-rupanya atok dan nenek singgah kedai beli pelbagai jenis ikan untuk dibakar. Daging burger dan sosej adik ummi beli awal-awal lagi. Tugasan dah diagih awal-awal. Ada yang masak air, bakar ikan, bakar burger dan sosej. Ummi dan adik ipar buat sandwich tuna. Sampah-sampah memang kami masukkan dalam plastik sampah hitam yang besar tu. Memang seronok aktiviti ni.


Sementara tunggu ikan masak, kami terjun dan mandi sekali lagi. Anak manja abah tu sampai ketar-ketar menahan sejuk hehe. Biru je bibir dia huhu. Ummi dan abah pun berendam dalam air yang sejuk grrr... Adik-adik dan abah ummi pandai berenang, seronok aja tengok diorang berenang. Rasa cemburu pula huhu. 
Psst, abah auni tak pandai berenang tau..hehe.

Lepas mandi tu kami naik untuk makan. Sedapnya! Walaupun tanpa nasi, ia tetap sedap. Ada ikan kembong, ikan bawal, ikan terubuk. Adik ummi buat air asam sebagai pencicah. Lepas makan tu masing-masing mencari batu dan kawasan yang sesuai untuk solat zohor. Adik-adik ummi solat di atas batu besar yang rata aja. Manakala yang perempuan solat di sebelah khemah.


Selepas solat, kami berendam untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang hehe. Kali ni Auni dah surrender awal-awal. Dia duduk diam-diam aja dengan Acik Dana. Ummi dan abah berendam puas-puas. Entah bila kami dapat mandi-manda dengan family macam ni lagi. Tak lama lepas tu barulah kami naik dan tukar baju dalam khemah. Siap sedia untuk pulang ke rumah setelah puas berendam. Esok pagi tu memang lenguh satu badan ni sampai nak bangun pun tak larat rasanya hehe.

Episod seterusnya : Tautan Mahabbah di Cheras


Thursday, February 14, 2013

Promo : Cuti-Cuti Shah Alam 2013


Assalamu'alaikum. Kami bersiaran dari Shah Alam ye kawan-kawan. Hari ni masuk hari keempat kami di Shah Alam. Sebenarnya kami bermusafir sejak hari Jumaat lepas. Nanti ummi cerita sebab panjang lebar episod percutian kami kali ni hehe.

Hingga jumpa lagi (^__^)

Sunday, January 27, 2013

Cuti Maulidur Rasul

Dr. Auni Nafeesa
Malam Khamis baru ni, ummi duduk bersantai dengan auni sementara abah ke masjid. Ummi bersembang dengan si cilik ni. Memang seronok betul sebabnya cara Auni bercakap tu mengalahkan orang dewasa hehe. Antara perbualan ummi dan auni :

ummi : bila besar nanti, adik nak jadi apa?
auni : doktor
ummi : doktor? jadi cikgu lah ya?
auni : doktor lah..
ummi : kenapa adik nak jadi doktor?
auni : sebab...adik boleh 'check' ummi. Ummi kan selalu sakit

Saat itu, ummi terus peluk anakanda solehah. Ya Allah, anak aku nak jadi doktor rupanya. (Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ummi ni bila dia kata nak check ummi T_T). Gambar di bawah menunjukkan kesungguhannya nak jadi seorang doktor.


 Dr. Auni Nafeesa sedang merawat pesakitnya, 'Asim (^__^)
Ummi doakan auni menjadi seorang doktor yang solehah, hafizah, jameelah (^__^)


Masakan Abah
Okey, pagi kelmarin pula, abah dengan penuh sukacita menawarkan diri untuk buat sarapan. Alhamdulillah.....

*

*

*

*

Abah yang teringin nak makan nasi goreng hehe. Gara-gara ummi goreng nasi malam sebelum tu sempena meraikan kedatangan Acik Edil & Acik Ayu ke Teratak Mawaddah. Sarapan pun lewat, sekitar jam 11.00 pagi hehe. Tiba-tiba ummi mengidam nak makan Tom Yam abah hihi.

Cuti 3 hari ni, kami tak ke mana pun. Malam tadi balik dari rumah tokmi, ummi sangat teringin nak makan donut di Big Apple. Pujuk-pujuk abah, akhirnya abah setuju. Tetapi, sampai sahaja di Big Apple....alamak! Dah habis sob..sob...sob. Ada 4 ketul aja yang tinggal. Tengok jam, pukul 10.00malam. Patutlah huhu.....Tak apalah, kiranya sampai jugalah hajat ummi nak makan donut.

Apa cerita hujung minggu anda?





Tuesday, November 06, 2012

Cerita kami di TM : biasa-biasa aja


Assalamu'alaikum...............

MasyaAllah...sawang yang menyemakkan pemandangan. Huhu...Rindu pada laman sesawang yang banyak meninggalkan nostalgia ni ^__^. Ummi pun dah lama tak BW. Maklumlah, dah jadi usahawan wanita ni..."usahawan lah sangat ye"

Ummi kurang arif nak bahagikan masa huhu. Nak urus bisnes, nak update blog. Banyak masa ummi dengan update FB kerana ummi berbisnes melalui fb je hehe. Namun kalau kalian ada berminat nak beli t-shirt, boleh aja sms/email ummi ye. T-shirt pun ada lagi beberapa helai aja. Ummi pun baru order yang baru. Bolehlah kalian singgah fb ummi : Mawaddah e-Store.

Sekian, update untuk hari ini. InsyaAllah ummi akan update lain hari pula.

Friday, October 12, 2012

Pesta Konvo UIAM - Tahniah adik-adikku

Lama membiarkan laman sesawang ini menyepi. Kali ini kami mengimbau nostalgia lalu. Di Taman Budi dan Ilmu, yang mempertemukan ummi dan abah ^__^. Sempena Konvokesyen kali ke-28 tahun baru-baru ini, kami menjejakkan kaki ke sana bagi meraikan adik ummi dan adik abah. Adik ummi telah menamatkan pengajian dalam bidang Engineering manakala adik abah dalam bidang Nursing. Mari kita layankan beberapa keping gambar konvo Acik Ocob dan Ayah Din :

Auni paling semangat pagi tu. Awal-awal lagi ajak ummi dan abah tengok ikan. Tapi tak nampak pun ikan dalam tasik tu hihi. Kami berkampung di UIA seharian tau. Tokmi, Ayah Chik dan Ayah We ikut sekali. Ayah Din dan Acik Ain lewat sedikit kerana bertolak dari Nilai. Nak dijadikan cerita, adik ummi terlewat sampai di UIA disebabkan jalan sesak. Mujur masih boleh masuk dewan, berdebar dah ummi sebelum tu. Kami? Ronda-ronda dan berehat di masjid sementara menanti Acik Ocob siap.

Selepas dah siap tu, sesi bergambar lah pula bersama keluarga. Masa ni memang cuaca redup. Cuma tengahari tu panas sekejap lah juga. Alhamdulillah, satu kenangan manis yang takkan dilupakan.

Ayah Din pula konvo sesi petang. Tokmi dan Acik Ain yang masuk dewan. Kami yang lain ni ronda-ronda lagi sekitar UIA. Ummi juga sempat jumpa kawan baik yang dah lama tak jumpa. Kawan ummi ni sambung Phd, dan bakal ke Syria bulan 2 tahun depan. Konvo petang tu habis sekitar jam 5.45 petang. Tak ambil gambar mana pun sebab ummi dan abah mengejar masa nak balik kampung jenguk nenek yang sedang tenat.

Alhamdulillah, ummi tak terkilan sangat kerana dapat jumpa nenek buat kali terakhir. Ummi sempat bacakan Yaasin dan suapkan 3 sudu nestum. Nenek ummi memang dah lama sakit tua. Untuk makluman, ummi ziarah nenek ummi pada 09/10/2012, dan sehari kemudian beliau telah kembali menemui Ilahi. Al-fatihah untuk arwah nenda yang disayangi.

Esok pagi pula, kami bertolak pulang ke Kelantan menaiki 2 buah kereta. Sempat juga ambil gambar untuk kenangan sebelum pulang. Singgah sebentar di UIA Kuantan untuk solat dan makan. Entah bila lagi dapat balik Shah Alam agaknya :) Hingga jumpa lagi ya................


Sunday, October 07, 2012

Berlibur Di Pulau Lagenda - Episod Akhir

Habis dah pun entry ini hehe. Memang kami cuma 3H 2M di sana. Masih belum puas sebab banyak tempat tak pergi lagi. Lain kali nak ajak adik-adik kami pergi pula. Hari terakhir tu kami naik feri kira-kira jam 1.00 petang. Sebelum tu, mengabadikan kenangan bersama warga MTS di hadapan hotel. Memang seronok lah. Pemandangan yang.....................sangat cantik sepanjang perjalanan pulang. Subhanallah. Tiba-tiba ummi terfikir, macam mana andai ditakdirkan feri yang kami naiki karam di tengah laut?? Allah............. (v__v)

Balik tu kami masih berkonvoi lagi, namun akhirnya cuma tinggal 7 buah kereta yang berada dalam kumpulan kami hehe. Yang lain mungkin dalam kumpulan sendiri, biasalah kalau dah konvoi tak sah kalau tak ada yang tercicir. Singgah solat di RnR Gurun dan sebelum Tasik Banding. Ikut laluan Gerik malam-malam memang sedikit 'mengerikan' bagi ummi hihi.

** entry ni ringkas disebabkan kami sedang berkejar nak ke Gombak. Adik ummi dan adik abah konvo hari Isnin ni. Doakan kami selamat pergi dan pulang (^__^)

Berlibur di Pulau Lagenda - Episod 2

Hari kedua di Langkawi adalah hari jalan-jalan, makan angin sampai kembung perut tu :) Alhamdulillah, memang seronok pergi ramai-ramai macam ni. 

Auni pagi-pagi lagi dah bangun. Tengok tu, siap duduk atas meja telefon tu semata-mata nak cari posisi sesuai. Sebenarnya abah dah tapau nasi lemak awal-awal lepas solat subuh di masjid. Itu yang masa bas berhenti untuk sarapan, kami tak makan pun. Cuma minum air teh. Kemudian kami bergerak ke Sireh Lagenda. Haaa...nampak tak abah masukkan tangan dalam minyak gamat tu? Memang tak panas langsung abah kata. Ummi memang tak masukkan jari ummi ni. Takut :p Di sini kami cuma beli 10 botol minyak gamat untuk diagih-agihkan kepada orang-orang kat rumah tokmi dan kawan-kawan ummi.

Kemudian, kami pergi di Gedung Bayu Enterprise. Kain Batik Jawa banyak di sini. Kami tak turun pun hehe. Orang lain duk sibuk shopping itu ini, ummi melayan auni main tab dengan kawan-kawan baru dia. Lagipun kain batik-kain batik ni dah banyak kat rumah. Ada lagi yang belum jahit. Semua tu hadiah kahwin 4 tahun lepas. Bayangkanlah...........

Destinasi seterusnya adalah Makam Mahsuri. Ummi memang tak masuk dah sebab dah masuk sebelum ni. Abah pula awal-awal memang dia cakap tak nak masuk. Makanya kami bergambar ajalah di luar tu. Kalau nak masuk dalam ni kena bayar RM5.00 ye. Auni suka sangat dapat tengok ikan kat kolam tu. Sungguh excited sekali (^__^)

Seterusnya kami ke Underwater World. Wah, memang teruja juga nak masuk sebab pertama kali ni. Auni lagilah, awal-awal tu "Ummi, ikan besar mi...ikan besar". Tiket untuk masuk bagi dewasa adalah RM28.00, manakala kanak-kanak RM18.00. Sebelum masuk tu kami bergambar beramai-ramai di hadapan UW. Ini baru sebahagian warga MTS. Dalam UW ni memang berbeza berbanding Aquaria. Di sini banyak section. Auni takut sungguh bila lalu di hadapan ikan yang saiznya jauh lebih besar berbanding dia hehe. Ada sekali ummi suruh abah ambilkan gambar, auni siap nangis-nangis tarik tangan ummi. "Ummi tepilah, ikan besar tu nak makan ummi. Tepilah ummi". Sungguh-sungguh dia tarik ummi. Tapi secara peribadi, ummi lebih suka Aquaria hihi

Tak lengkap rasanya kalau tidak menaiki Cable Car. Maka, destinasi seterusnya adalah bercinta di puncak tinggi hehe. Harga tiket untuk dewasa RM15.00 manakala kanak-kanak RM10.00. Seronoknya, sebab masa ni angin memang kuat dan kabus tebal. Sejuk grrr............Auni tak gayat pula masa ni. Siap makan aiskrim di puncak tu. Subhanallah, memang indah sungguh pemandangan dari puncak tu. Saujana mata memandang.

Sebelum balik hotel, kami shopping di Haji Ismail Group yang dekat sangat dengan hotel. Gambar takde sebab letih ye, harap maklum. Malam tu memang lena sungguh tidur, dan awal pula tu. Auni lepas solat Maghrib memang terus 'pengsan'. Kami cuma beli coklat, kacang cerdik dan halwa jambu. Tak borong mana pun sebab takde duit hehe. Jumpa di episod akhir pula.............


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...