:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, August 26, 2013

Romantika Home Decor

"MACAM-MACAM, CANTIK-CANTIK, MURAH-MURAH"

Ya, benarlah slogan di atas. Slogan Romantika Home Decor. Dah lama ummi nak mencari barang-barang untuk hiasan rumah. Kebetulan kawan ofis ajak keluar mencari barang hiasan rumah tengahari tadi. Maka dibawanya ummi ke Romantika Home Decor yang terletak bertentangan Tesco Kota Bharu.

Ummi tak pernah ke sini pun dan sejujurnya tak 'terperasan' pun akan kewujudan RHD ni huhu. Nampak sangat tak ambil pusing walaupun dah beberapa kali lalu sekitar Tesco. Sekali masuk dalam tu, TERGAMAM TAK TERKATA. Macam-macam ada, cantik-cantik pula tu, dan harganya murah-murah! Alamak, dah rambang mata.

Dalam kepala ni cuma nak beli bunga dan lilin. Sebab bajet pun tak banyak mana. Ummi pada awalnya cuma nak meninjau-ninjau harga hehe. Di RHD ni semua barang hiasan rumah ada. Bunga, lampu, gelas, alas kaki, pasu, jam, lilin wangi, sarung bantal, alas meja, aksesori dapur dan macam-macam lagi. Semuanya konsep Inggeris.

 Tinjau sana, tinjau sini, naik atas dan pusing-pusing. Aish, memang rambang mata ni. Semua nak beli kalau boleh. Okey, bertenang ummi. Jangan ikut 'nafsu membeli' tu sangat. Beli mana yang perlu dulu ya. Akhirnya ummi ambil beberapa barang setelah ambil kira pandangan kawan ummi.

* almari kecil 2 tingkat beli di Perabot Sayang Pasir Mas
RM69.00


1- Pasu beserta bunga.
Harganya RM29.00 (Clearance Stock)

2- Piring hiasan bunga
Harganya RM7. Ummi beli 2, jadi harganya RM14.00

 3- Bunga dalam cawan comel
Harganya RM10.00

* piring belakang tu hadiah abah dan pewangi Glade tu beli di Mydin. Harap maklum

 Yang ini ummi letak atas rak buku.
Maaf, gambar penuh rak tidak diambil...

nampak tak pasu hujung tu ^__^

* ummi ada beli juga alas kaki berharga RM13.00 (tiada dalam gambar)

Alhamdulillah, abah bagi keizinan untuk beli bunga lagi. Kali ni nak letak di sudut tangga untuk ke tingkat atas.


5 comments:

  1. Replies
    1. tunggu rumah sa siap, akak tolong bagi idea untuk deko hehe

      Delete
  2. Cantik. Rmh saya takde bunga. Ada org tak suka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? hehe, teratak kami ni pun baru je ada bunga. Sebelum ni memang kosong....

      Delete
  3. momoy juga suka pergi shopping sana. tapi kena pilih teliti sbb x suka konsep inggeris

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...