:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, August 07, 2013

Baik, ummi!


Alhamdulillah. Tahun depan anakanda solehah dah 5 tahun usianya. Ummi dan abah bercadang nak hantar Dr. Auni ke PASTI berdekatan sekolah abah. Mudah untuk abah hantar dan ambil Dr. Auni. Melihat perkembangan bakal doktor dan hafizah ini, syukur alhamdulillah...hanya itu yang mampu ummi katakan.

Biasanya kalau ummi bawa Kak Long ke ofis, memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik suka berborak dengan Kak Long. Ramai yang tidak percaya dan terkejut bila ummi beritahu Kak Long baru 4 tahun usianya. Kata mereka Kak Long peramah =)

Di sekolah, ummi dikhabarkan oleh pengasuh bahawa Auni memang aktif. Semua aktiviti dia turut serta. Alhamdulillah, Kak Long boleh bercerita dan boleh jawab bila diasak dengan soalan. Cuma, Kak Long agak pemalu orangnya. Jika pengasuh meminta Kak Long menyanyikan lagu nasyid, terus dia diam sambil senyum malu. Mulut terus senyap. Nampaknya ummi kena galakkan lagi Kak Long supaya berani berucap depan orang ramai.

Sekarang ni, kalau ummi meminta dia buat sesuatu seperti menyusun barang-barang mainan, jawapan yang keluar dari mulutnya ialah "baik ummi".

"Kak Long, tolong simpan barang mainan lepas main ya"
"Baik, ummi"
"Kak Long, tolong ambilkan air masak"
"Baik, ummi"
"Kak Long, tolong masukkan kain kotor dalam bakul"
"Baik, ummi"
"Kak Long, tolong kejutkan ummi kalau dah azan ya"
"Baik, ummi"

Alhamdulillah. 
Memang sejuk hati ummi. Nak "marah" pun tak jadi kalau ini jawapan yang keluar dari mulutnya. Moga-moga Kak Long istiqomah rajin menolong ummi ya sayang.

Setiap hari, menjadi satu kemestian ummi memeluk anakanda solehah. Andai ummi terlupa, Kak Long ingatkan ummi. "Ummi, kita belum peluk lagi hari ni. Meh lah kita peluk sama-sama". Memang sungguh-sungguh dia peluk ummi.

Jom kawan-kawan, kita peluk anak dan pasangan kita setiap hari kerana ada auranya yang tersendiri di samping pelukan dapat mengeratkan lagi kasih-sayang antara kita dengan anak dan pasangan. =)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...