:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, January 19, 2012

Puding Laici Berkuah Kastard

 Fasa i : Tanpa sebarang warna, nampak pucat-manja hehe

v

v

v

v

v

v

 Fasa ii : susu + merah bandung :)

Bahan-bahan :
  • ·         1 peket agar-agar urat/tali (ummi guna 30gm jenama Kijang)
  • ·         1 tin susu cair
  • ·         1 tin laici
  • ·         1300ml air
  • ·         4 sb gula (kalau nak manis, lebihkan gula dan begitu juga sebaliknya)
  • ·         Sedikit pewarna merah / sirap
  • ·         1 sk esen vanilla

  1. Rendam agar-agar urat/tali lebih kurang 2 @ 3 jam (tujuannya supaya agar-agar cepat larut ketika masak nanti)
  2. Panaskan 1300ml air + air laici dalam tin + gula tadi di dalam periuk
  3. Apabila air hampir mendidih, masukkan agar-agar
  4. Dengan api yang sederhana, kacau agar-agar tadi perlahan-lahan hingga agar-agar larut
  5. Masukkan hirisan buah laici ke dalam periuk, gaul lagi semua bahan
  6. Apabila agar-agar dah larut, masukkan susu cair dan esen vanilla
  7. (Perlahankan api untuk langkah seterusnya J ) – jangan tutup api, Cuma kacau perlahan-lahan
  8. Tuang agar-agar ke dalam mould/acuan yang dikehendaki. Tuang separuh sahaja untuk lapisan pertama
  9. Masukkan pewarna merah/sirap ke dalam lebihan agar-agar.
  10. Ulangi langkah 8 : tuang agar-agar ke dalam mould/acuan untuk lapisan yang ke-2
  11. Bila dah sejuk, baru masukkan dalam peti ais





Bahan-bahan untuk kuah kastard :
  • 1 tin susu cair *
  • ½ tin susu segar *
  • 4 sb gula *
  • 1 sk esen vanilla *
  • 1 biji kuning telur * (dipukul sedikit dengan garfu)
  • 1 sb tepung kastard * (larutkan dengan sedikit air)



Cara membuat :

Masukkan semua bahan (*) ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Kacau hingga kuah sedikit pekat, tutup api dan biarkan sejuk



 enak bila dimakan dengan buah-buahan koktail :)

v

v

v

v

21 comments:

  1. Replies
    1. waktu rajin memang rajin, tapi bila datang penyakit MALAS, memang jadi malas hehe

      Delete
  2. mabeles... tp anak2 kakyong tak suka makan puding.. kalo buat, ibunya jer yg layan sensorang... sudahnya sedekah kat jiran..

    ReplyDelete
  3. yummy nye.....antala sini sikit.. :)

    rajinnye dia... auni makan x?

    ReplyDelete
  4. wah,sedaaaapnya ummi na...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik as pun boleh buat yang lebih sedap dari ni hihi.....

      Delete
  5. Replies
    1. cubalah kak :) puasa2 ni mmg sedap nak makan kan

      Delete
  6. Replies
    1. hehe...bila dah cuba, jgn lupa pos kat sini sekali :)

      Delete
  7. Wah...sedapnya. ..sangat mengujakan...yummy...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...