:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, January 29, 2012

Apa? Kutu...alamak!

Cik "K" yang paling saya kurang suka

Baru-baru ni ummi tergerak hati nak belek-belek rambut Auni. Manalah tahu, kutu-kutu beranak pinak kat situ. Memang betul! Belek-belek, tiba-tiba ada 2-3 ekor kutu tengah merayap kat kulit kepala dia. Haaaa!? Menjerit ummi bagai nak rak.

Belek sebelah kanan, waaaaaa....ada telur kutu. Belek kiri, depan, belakang...apa dah jadi ni dik? Banyaknya telur kutu huhuhu. Emo juga sekejap tu. Geram punya pasal, ummi buang telur kutu satu..satu. (tak habis lagi pun). Mesti anak-anak kutu dah merayap sana-sini kan?

Cakap dengan abah, petang nanti nak potong pendek lagi rambut Auni dan nak pergi klinik ambil ubat kutu (v__v)

Untuk petua tradisional, anda boleh singgah sini dan sini ya.

* ummi tak pernah lagi guna petua tradisional tu. Anda pernah mengalami situasi seperti ini tak?

1 comment:

  1. anak kak ita pun ada si arisya..nak potong rambut..papanya tak kasi..nak cari..bukan dia boleh duk lama2...boring..risau sangat...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...