:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, January 14, 2012

Di mana ada kesungguhan, di situ ada kejayaan

rentetan kisah semalam

Semalam ummi bertolak dari rumah kira-kira jam 2.45 petang. Wah, masuk-masuk myspeed tu memang dah ramai sangat orang dalam tu. Penuhnya. Dalam hati sedikit lega juga sebab ada masa nak baca buku lagi ni (^__^) Lepas letak kad pengenalan dalam bakul yang disediakan, ummi dan kak long berdiri sambil membaca buku (tiada kerusi kosong).

Tunggu punya tunggu, sampai letih berdiri. Tapi tak lama lepas tu baru dapat duduk. Lama menunggu giliran dipanggil huhu. Kira-kira pukul 4.45 barulah giliran kami. Tapi bukan masuk bilik ujian lagi, cuma tangkap gambar dan daftar je dulu (-_-)

Dalam pukul 5.15 barulah giliran Kak Long. Tiba giliran ummi masuk dalam bilik ujian. Masa ni entah kenapa berdebar semacam ;p walhal bukan nak ambil SPM hehe. Jawab soalan yang mudah dulu, yang nampak macam sukar tu ketepikan dulu.

Akhirnya!!

v


v


v


v


v

Yeay, syukur alhamdulillah.
(^___^)
Dalam masa 20 minit 53 saat
ummi berjaya jawab
47/50 soalan

~ alhamdulillah, Allah permudahkan ~
(baca buku di saat akhir)

3 comments:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...