:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, January 09, 2012

D' Klasik White Coffee

ini kisah pagi Sabtu lepas ye


Pagi sabtu lepas, ummi dan abah keluar mencari barang-barang rumah lagi (^_~). Sambil nak mencari kasut ummi dan abah. Lepas singgah Pasaraya Nirwana (wah, ada jualan murah tau. 20% - 80% tu. Kasut, beg, seluar, baju jenama Polo) kami ke Kemudi Timur untuk mencari peti ais. Erm, takde yang berminat sebab hanya ada sebuah peti ais je kat situ. Yang lain sangat mahal dan tak mampu milik (v_v)

Perut rasa berkeroncong, ummi ajak abah makan (^_^) Maka, kami singgah di D'Klasik White Coffee tu. D'Klasik ni sederet dengan Kemudi Timur ye. Bagi anda yang duduk di Kelantan, terutamanya sekitar Kubang Kerian pasti anda tahu. Ini pertama kali ummi dan abah ke sini.

 memang banyak pilihan, sampai jadi rambang mata nak pilih mana. Lama juga pelayan tu tunggu ummi nak ambil pesanan (^_~) Ummi pesan Nasi Sup Ayam aja heheh. Harganya RM6.00

 abah pula pesan Nasi Ayam.........ummi tak ingat ayam apa :p

untuk air pula ummi pilih Sirap Bandung Cincau (RM6.00 kalau tak silap) ,
 abah Sirap Limau (RM2.50).

Ummi bedal aja makanan tu walaupun abah kata makanan tu kurang menepati citarasa abah. Abah kata "sedap lagi sayang masak nasi goreng kat rumah" . Dalam kata lain abah nak cakap "lain kali kita makan kat rumah, jangan makan sini" hehehe.

Apa pun, bagi anda yang nak mencuba makanan di sini, bolehlah datang sini. Harga? Okeylah juga.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...