:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, January 05, 2012

Nasi Goreng Tom Yam


Menu makan malam semalam. Sejak dua menjak ni ummi  "gila suka sangat dengan nasi goreng". Kenapa agaknya? ;p Kali ini ummi buat Nasi Goreng Tom Yam. Petik jari aja nak buat ye kawan-kawan, sebabnya cuma guna Serbuk Perencah Nasi Goreng Tom Yam jenama Adabi hehe. Boleh juga rujuk SINI untuk nasi goreng yang ummi buat sebelum ni.

Bahan-bahan :
- nasi putih
- 1/2 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- sayuran (lobak merah, brokoli, kobis bunga, sawi)
- seketul dada ayam 
- 7 ekor udang
- sedikit lada benggala (merah/kuning/hijau)
- 1 biji telur
- 1/2 Serbuk Perencah Nasi Goreng Tom Yam
- 1 sk serbuk perasa kohilal
- 1/2 sudu kecil lada hitam


Cara-cara :
1- tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak. Ummi guna minyak zaitun.
2- masukkan ayam dan udang serta lada hitam yang ditumbuk kasar.
3- Masukkan sayuran dan lada benggala, gaul mesra semua bahan. Dalam waktu yang sama masukkan serbuk perencah Nasi Goreng Tom Yam dan serbuk perasa.
4- Masukkan nasi, pecahkan telur dan gaul semuanya hingga masak.
5- sedia dihidang


Selamat mencuba. Ummi tak guna garam langsung kalau goreng nasi dengan serbuk perencah nasi goreng ini.

3 comments:

  1. lama dah tak ber'tom yam' , biasa guna perencah tomyam biasa je tak pernah guna perencah tom yam khas tuk nasi goreng

    ReplyDelete
  2. pernah guna perencah nasi goreng nih.. tp kureng menepati citarasa.. jd dah bertahun x guna perencah dlm peket utk nasi goreng..

    ReplyDelete
  3. ummi na, boleh as cuba lah camni.hehe... bagus! ada resepi terkini ummi na kongsi lagi ye.;)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...