:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, January 01, 2012

Restoran WAU

Lamanya tak dating berdua dengan abah. Sejak Auni ada, memang ummi perasan tiada masa berdua seperti dulu-dulu :p Abah pun jarang ajak ummi dating sob..sob..sob. Maka, pada minggu lepas abah ajak ummi makan di WAU yang terletak di Jln. Tg. Semerak, Kota Bharu ye. Auni kami tinggalkan kat rumah tokmi dengan sepupu-sepupunya tu. Maghrib tu kami solat di Masjid Kubang Kerian, lepas tu terus ke Kota Bharu. Tapi sebelum tu kami singgah di Giant nak mencari meja belajar dan rak tv.

 Suasana dalam WAU yang memang nampak macam mewah. Ummi suka hiasan dalam ni. Eksklusif!

 tak berapa jelas lampu atas tu. Restoran ni banyak cermin, bolehlah kalau nak berperasan dengan membelek-belek muka di cermin tu :)

 untuk air, ummi dan abah order Jus epal + susu. Asalnya abah order A.B.C, tapi dah habis. 
Kempunan nak minum ABC huhu. Harga jus ni RM5.00/gelas

 ini ummi punya :)
Jus epal+susu dan Mee Ladna aja :) Sedap sangat, ummi pun suka dengan cara hiasan makanan ni. 
Memang terbaiklah. Harga Mee Ladna RM5.50/pinggan

 ops, belakang tu hiasan di dinding ye :) Macam-macam ada

 mula-mula abah tak nak makan. Ummi pujuk juga, akhirnya abah order Nasi Goreng Paprik.
Sedap! Hiasan pun dapat 5 bintang kalau ikut ummi. Hehehe (tapi yang ini kurang jelas gambarnya ye) Harga Nasi Goreng Paprik RM7.00/pinggan

 nampak tu, cermin besar dan antara menu yang ada dalam ni.
Ada masakan tradisional, makanan barat, ice blended, jus, minuman panas.
Sebut aja, pasti ada di sini...insyaAllah :)

inilah dia Restoran WAU tu.
Memang besar tempatnya dan sangat sesuai kalau anda nak makan ramai-ramai kat sini.
Bawa ramai ahli keluarga, maka bajet anda pun kenalah banyak juga :p

* pada ummi, harganya sangat berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang sedap+hiasan menarik+tempat selesa.
Harga semua sekali malam itu adalah RM22.50

4 comments:

  1. waaa..sedapnya.. =) bleh try ni

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala makan berdua. romantik gitew.. :D

    ReplyDelete
  3. ummu mawar > mmg sedap...

    k.zefa > hehe, sesekali makan berdua tanpa auni :) banyak benda boleh dibincangkan hehe

    ReplyDelete
  4. bestnye..bilelah nak sampai kelantan nih... T_T

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...