:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::
Showing posts with label habibi. Show all posts
Showing posts with label habibi. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

- sepasang kekasih sedang mabuk -

"Kekasih Halal Sedang Mabuk"

*

*

*


Ya Allah...
satukanlah hati kami dalam mencintai

Semoga rindu yang Allah kurniakan kepada kita akan kembali semula kepadaNya

Cinta itu milik Allah. Dia yang mencampakkan cinta dalam hati kita. Maka pohonlah agar cinta kita itu disuburkan dalam keimanan dan mekarnya dibajai taqwa.

"Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan"

Hargailah sesuatu yang berharga dan janganlah engkau lepaskan kerana
belum tentu ia datang buat kali yang kedua.

dia isteriku, dia suamiku

* mengimbau nostalgia kelmarin....baru muhasabah diri


Tuesday, February 15, 2011

- Hero Kami -

p/s : sediakan tisu secukupnya kerana entry ini akan membuatkan air mata anda gugur membasahi pipi ....


Dahulunya "dia" hanya seorang budak kecil...
yang belum dan tidak mengerti apa-apa...masih hingusan.
Dunianya hanya makan+main+tidur ... makan+main+tidur
Namun, masa terus berlalu..
"dia" juga turut berubah...
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun.....

di kalangan teman, "dia" cukup dikenali....
Kebajikan teman-teman dijaga melebihi kebajikan sendiri...
Seorang pendengar yang cukup setia..
Tempat teman-teman mencurahkan segala masalah...
"dia" tidak pernah mengecewakan sebagai insan bernama SAHABAT

"dia" seorang abang yang penyayang...
"dia" juga seorang adik yang pengasih...
adik-beradik yang lain cukup menghormati apatah lagi menyayanginya,
sama sepertimana "dia" menyayangi mereka..

"dia" seorang anak yang taat akan perintah orang tuanya..
"dia" seorang menantu yang sangat pandai mengambil hati mertua..
beruntunglah kedua ibubapa yang mendidik dirinya
kerana "dia" insan istimewa...

"dia" abah yang TIDAK PERNAH meninggikan suara terhadap anaknya..
"dia" abah yang tak pernah jemu melayan kerenah anaknya...
"dia" abah yang sangat menitikberatkan kebajikan anaknya..
"dia" abah yang pandai mendidik anaknya..

"dia" sahabatku..
"dia" kekasihku...
"dia" suamiku...
"dia" yang tak pernah jemu menasihati ummi
"dia" yang tak pernah jemu mendengar luahan hati ummi
"dia" yang tak pernah jemu mendidik ummi
"dia" yang tak pernah jemu menyayangi ummi...

kerana "dia" adalah.......

~ IMAM KAMI ~

.: SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN - 27 :.
15/02/1984 - 15/02/2011

- Terima kasih atas segala kasih-sayang dan nasihat yang telah abang berikan selama ini...
~ Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjaga kebajikan kami...
~ Terima kasih kerana sentiasa sabar dalam mendidik kami...
~ Terima kasih kerana sentiasa ada di kala kami memerlukan abang...



** ummi sebak menulis entry ni..............

Monday, July 26, 2010

- berTUAHnya saya... -

- ini SUAMI saya -


Alhamdulillah...syukur sangat2 kerana Ummi Na mendapat seorang suami seperti Abah Yie. Buktinya? Cukup kalau Ummi Na katakan, keSABARan Abah Yie yang luar biasa dalam menjaga Ummi Na yang kerap sakit dan keSABARAnnya ketika mendidik Ummi Na. Memang Ummi Na tak pernah jumpa lagi seorang suami seSABAR Abah Yie setakat ini. Mungkin ada di luar sana yang lebih baik, malah jauh lebih baik dan sabar daripada Abah yie. TAPI, bagi Ummi Na, dialah suami yang paling baik sekali (bukan nak puji suami sendiri, tapi inilah hakikatnya).

Tak pernah, ulang sekali lagi TAK PERNAH pun Ummi Na terdengar rungutan keluar dari mulutnya semasa Abah yie menjaga Ummi Na yang sering sakit2. Malahan, kata-kata yang sering diucapkannya adalah "Ina kena banyak bersabar. Abang tahu ina kuat, jangan mudah putus asa. Ina kena lawan. Tak ada satu pun yang berkuasa melainkan Allah".

Saya berBANGGA dapat bersuamikan dia
Saya berTUAH dapat menjadi temannya
Saya berSYUKUR dapat bertemu dengannya

Saya berBANGGA, berTUAH & berSYUKUR dapat berada di samping seorang lelaki, sahabat, kekasih dan suami yang bernama MOHD FIKRY BIN MOHAMED (^_^)

** For the rest of my life
I'll be with you
I'll be stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you...loving you
"my abang" - gelaran untuk Abah Yie :p


Tuesday, February 16, 2010

- Selamat Hari Lahir abang -

MOHD FIKRY BIN MOHAMED ... sahabatku, kekasihku, suamiku...

15 Februari 2010, genap 26 tahun usia suamiku, Mohd Fikry bin Mohamed. Hanya selang 6 hari dari tarikh aku dilahirkan. Angka 26, di usia ini...apa lagi yang diharapkan oleh abang? (^_^) Mungkin masih ada beberapa hajatnya yang masih belum kesampaian. Oleh itu, sempena hari lahir abang, ina doakan abang mendapat segala apa yang abang inginkan dalam hidup ini. Aameeen....

Mana satu suamiku? Oh...itu dia, yang sedang menjilat jari-jemarinya

Moga ikatan ini kekal hingga ke syurga abadi

Abang,

Selamat Hari Lahir yang ke-26 abang. Semoga abang menjadi suami dan abah yang penyayang, dapat mendidik kami dengan penuh sabar, dan berjaya dunia akhirat. Semoga bertambah iman dan amal.

Semoga menjadi seorang ayah yang mithali

** hadiah untuk abang adalah sebuah DOMPET (^_^)

Wednesday, October 07, 2009

- menggamit memori -

selepas akad nikah di Shah Alam

Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih-sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
kerana kau isteriku


Romantika di Sudara Beach Resort

Wah, feeling sungguh bila dengar lagu Kopratasa ni. Lagu ni memang betul-betul menggamit memori lalu. Nak tahu? Inilah lagu kegemaran Ummi Na. Lagi ini khas untuk Ummi Na sebenarnya (pas kahwin lah...) Terharu sungguh bila dengar Abah Yie nyanyikan hehehe...

Kali ni saje nak letak gambar2 yang kat atas tu. Walaupon belum sampai anniversary kami lagi, tapi Ummi Na suka. Tiba-tibalah pula malam semalam nak buat suprise untuk husband. Ni dia tak tahu lagi posting terbaru Ummi Na. Pas dah siap ni, suruh dia baca malam nanti hehehe.

Sebenarnya, angka 2 banyak memainkan peranan dalam hidup kami. Tak dirancang, tapi mungkin satu kebetulan. Nak tahu apa dia?

1- Kami berDUA adalah anak ke-2 dalam keluarga
2- Kami berDUA lahir pada bulan 2, Ummi Na 09/02/1984 dan Abah Yie 15/02/1984 (juga dua-dua tahun yang sama)
3- Kami berDUA ada 2 orang adik-beradik perempuan
4- Mak kami berDUA sama-sama cikgu
5- Rumah kami berDUA lebih kurang sama : Taman Desa Paduka & Taman Desa Kemuning
6- Kami berDUA belajar di UIA
7- Kami berkahwin pada 20/12/2008 dan Auni lahir pada 29/08/2009 (tak cukup bulan...)

Hehe, itu je. Ada lagi yang lain, tapi macam dah lupalah pulak. Nanti kalau ingat, Ummi Na tambah okey. Erm, itu aja nak bagitahu pon.....

* Abang, silalah pasang lagu kumpulan Kopratasa ni selalu ye....macam dah lupa je tu

Saturday, August 15, 2009

- Pening-pening Langau -

(Abang tengah pening-pening langau menyiapkan RPP)

(Jangan pening-pening langau bang :)

Salam to all of you....

Kesiannya kat suamiku :) kerja sekolah tak siap-siap lagi walaupun sudah dua hari bersengkang mata membuat semua tugasan tersebut (ye ke bersengkang mata?) hehehe. Malam ni entah dapat siapkan sebelum pukul 12 malam atau tidak, itu tak pasti. Nampak gaya macam tak siap jugak ni. Dahlah lepas Maghrib nak pergi rumah Sue Chah (Mak Sedara), nak makan buah tangan dari Cameron Highlands hehehe.

Apalah Ummi Na, tak tolong pon suami dia buat kerja. Hello, tolong ye. I ada tolong jugak, selalu I ingatkan dia supaya buat kerja-kerja tu. Lagipun RPP ni takleh tangguh-tangguh. Berdasarkan pengalaman Ummi Na yang pernah bergelar pendidik selama 4 tahun, kalau dua-tiga hari masih tak buat RPP maka "kelam"lah sedikit minggu-minggu akan datang. Bukan apa, dah jadi malas nanti. Mulalah gelabah kalau dengar Nazir nak datang lawat sekolah, lagi-lagi kalau datang mengejut. Kecut perut dibuatnya....fuh!!

Takpe abang, chayok..chayok! Insya-Allah sempat siap tu.

** Petang tadi pulak, cadangnya nak pergi rumah Uncle Asy (Asyraf), nak ziarah Cik Din dan Cik Mah. Tapi last-last tak jadi sebabnya Cik Mah pergi Kuala Lumpur. Nampak gaya kalau minggu depan ni tak jadi pergi juga, pergi masa walimah Uncle Asy lah jawabnya :)

Friday, July 24, 2009

- dua hati -


(bergambar di hadapan rumah)


(kenangan di Ulu Dong - Family Day IA-Tech)


(Romantika di Pantai Irama, Bachok)

(Bergambar di rumah Shah Alam)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...