:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, August 15, 2009

- Pening-pening Langau -

(Abang tengah pening-pening langau menyiapkan RPP)

(Jangan pening-pening langau bang :)

Salam to all of you....

Kesiannya kat suamiku :) kerja sekolah tak siap-siap lagi walaupun sudah dua hari bersengkang mata membuat semua tugasan tersebut (ye ke bersengkang mata?) hehehe. Malam ni entah dapat siapkan sebelum pukul 12 malam atau tidak, itu tak pasti. Nampak gaya macam tak siap jugak ni. Dahlah lepas Maghrib nak pergi rumah Sue Chah (Mak Sedara), nak makan buah tangan dari Cameron Highlands hehehe.

Apalah Ummi Na, tak tolong pon suami dia buat kerja. Hello, tolong ye. I ada tolong jugak, selalu I ingatkan dia supaya buat kerja-kerja tu. Lagipun RPP ni takleh tangguh-tangguh. Berdasarkan pengalaman Ummi Na yang pernah bergelar pendidik selama 4 tahun, kalau dua-tiga hari masih tak buat RPP maka "kelam"lah sedikit minggu-minggu akan datang. Bukan apa, dah jadi malas nanti. Mulalah gelabah kalau dengar Nazir nak datang lawat sekolah, lagi-lagi kalau datang mengejut. Kecut perut dibuatnya....fuh!!

Takpe abang, chayok..chayok! Insya-Allah sempat siap tu.

** Petang tadi pulak, cadangnya nak pergi rumah Uncle Asy (Asyraf), nak ziarah Cik Din dan Cik Mah. Tapi last-last tak jadi sebabnya Cik Mah pergi Kuala Lumpur. Nampak gaya kalau minggu depan ni tak jadi pergi juga, pergi masa walimah Uncle Asy lah jawabnya :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...