:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, August 23, 2009

- Diari Ramadhan (1) -


Salam Ramadhan to all of you...

Alhamdulillah...Ramadhan yang pertama untuk tahun ini dirasakan sangat berbeza dari tahun-tahun lepas. Inilah Ramadhan pertama yang kami sambut selepas mendirikan rumahtangga. So sweet :) Pagi Ramadhan kami bangun tepat jam 4pagi. Memulakan awal pagi dengan Solat Tahajjud, Taubat dan seterusnya Solat Hajat. Kemudian sama-sama menolong umi memanaskan lauk-pauk malam tadi.

Suami, abah, umi dan adik ipar Ummi Na solat Subuh berjemaah di surau, namun Ummi Na solat di rumah sahaja. Konon-kononnya nak menghabiskan 1 juzuk Al-Quran untuk Subuh ni. Baru baca 2 muka surat, dah tersengguk-sengguk. Mata pun dah kuyu dan layu hehehe. Entahlah, memang hari ni rasa letih sangat. Leepas sahur tadi pun rasa pening semacam, nak muntah pun ada. Loya sungguh. Akhirnya, baca 3 muka surat Ummi Na terus melelapkan mata seketika. Hajatnya sekejap ajelah, dalam 15 minit gitu. Tapi, TERLAJAK hingga jam 9 lebih :) Ya Allah...bangun-bangun tengok umi takde. Abah dengan iwe je yang ada. Rupa-rupanya umi belum balik dari bertadarus di surau. Malunya Ummi Na dengan umi..hehehe. Ni menantu macam mana ni??

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami ke Klinik Mardhiah untuk check-up mengandung Ummi Na. Aduhai, tekanan darah masih tinggi 140/90. Kebetulan air kencing kotor. Dua hari lepas masa Ummi Na check, air kencing okey...tak ada apa-apa. Macam mana ni? Doktor pulak kata, kalau tekanan darah masih tak turun lepas 2-3 kali check lagi, kemungkinan kena rujuk di hospital dan masuk wad. WAD? Ni yang Ummi Na malas ni...lemah betul bila dengar perkataan wad ni. Huhuhu. Dah cuba macam-macam bagi tekanan darah ni turun, tapi masih belum turun-turun lagi. Jus epal hijau? Dah berapa gelas Ummi Na minum...

Petang tu lepas mengaji, Ummi Na rehat sekejap. Rasa mengah, letih, semput ditambah pulak dengan sakit kepala. Aduhai, dugaan...dugaan. Seharian ni banyak rehat aja. Maklumlah, bawa kandungan 8bulan ni, memang letih rasanya. Ummi Na cakap kat baby, "Sabar ye sayang. Lagi berapa jam aja lagi kita nak berbuka. Anak ummi ni kan baik. Baby pun puasa macam ummi hari ni. Baby kena kuat tau,". Gerakan baby yang kerap tu, menandakan dia setuju dengan kata-kata umminya tu :) Dan...Alhamdulillah. Ummi Na berjaya puasa penuh sehari ni.

Untuk berbuka, kami masak simple aja. Sayur campur, ikan bakar tawar dan ikan masak asam pedas. Rupa-rupanya abah tak berbuka di rumah sepanjang puasa. Umi bagitahu abah berbuka di masjid sebab nak solat berjemaah. Alhamdulillah, dapat berbuka dengan umi, Ababh Yie dan Sue Chah (mak sedara). Malam tu Ummi Na solat di rumah sahaja. Kepala dan kaki masih sakit lagi. Mujur ada Sue temankan di rumah ni. Selepas Solat Tarawih, barulah lega sikit kepala Ummi Na ni.

Moga-moga esok pagi dapatlah Ummi Na menjalani ibadah di bulan puasa ni dengan lebih bersemangat lagi. Insya-Allah :) Harapnya takde halangan terutama dari segi kesihatan ni. Sama-samalah kita doa ye....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...