Salam Ramadhan kembali...
Entah apa yang Ummi Na mimpikan hinggakan terlewat bangun pagi ni. Sedar-sedar jam handset menunjukkan pukul 4.50 pagi. Alamak, boleh terlewat pula tu. Apa yang membuatkan Ummi Na kelam-kabut tu, sebab terdengar bunyi periuk belanga tu. Nampaknya umi dah siap masak. Aduhai...
Selepas menolong apa-apa yang patut, bersahur dengan ala kadar..kami bersiap-siap untuk Solat Subuh. Seperti biasa, Abah Yie dan umi solat di surau manakala Ummi Na solat sendirian di rumah. Alhamdulillah, pagi ni dah dua juzuk bacaan Al-Quran, masuk juzuk yang ketiga. Ini pun baca agak lambat sebab nafas Ummi Na agak semput. Asyik mengah aje ni...
Aktiviti hari ni biasa sahaja. Abah Yie dan umi pergi ke Kota Bharu menemani Sue yang mencari barang-barang untuk hantaran walimahnya nanti. Ummi Na tak larat nak ikut. Nanti tak pasal-pasal berbuka di tengah jalan hehehe. Di samping membaca majalah PA&MA serta Anis sambil merehatkan badan, adalah jugak terfikir nak masak apa untuk juadah puasa petang ni. Nak masak apa ya?
Alhamdulillah, walaupun benar-benar letih namun Ummi Na berjaya berpuasa hingga akhir waktu. Syukurlah. Petang tu kami cuma buat nasi goreng dan dimakan bersama telur rebus. Seperti biasa Ummi Na masak air barli. Bukan apa, kebetulan kencing kotor, jadi air barli ni memang sesuai sangat untuk mencuci air kencing yang kotor tu. Insya-Allah. Tiap-tiap hari Ummi Na minum 2 gelas besar air barli. Itu belum lagi jus epal dan susu :) Air masak lagi.
Solat Tarawih hanya sendirian di rumah. Mungkin pertengahan Ramadhan nanti baru Ummi Na akan ikut umi ke surau. Maklumlah, sekarang ni saf penuh sangat, ditambah lagi keadaan Ummi Na yang sukar untuk solat sambil berdiri/duduk ni. Umi risau juga tu. Maka, Ummi Na solat sendirian di rumahlah...dengan bacaan surah-surah lazim sahaja. Itupun, kejap-kejap pening kepala. Perut pun rasa sakit sebab baby Ummi Na ni kerap sangat gerak dalam perut. Dia sukalah tu dapat solat sama-sama dengan umminya hehehe.
Alhamdulillah, sebelum masuk tidur sempatlah Ummi Na baca Al-Quran hingga juzuk tiga. Harap-harap esok masuk yang ke-4 dan ke-5. Malam ni kena tidur awal supaya esok boleh bangun awal. Tapi boleh tidur ke? Sebabnya sekarang ni tiap-tiap malam Ummi Na tak cukup tidur. Yelah, kerap ke tandas buang air kecil. Aduhaii......

No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)