:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, August 15, 2009

- menghitung hari -


Kemuliaan Ramadhan
Munsyid : UNIC feat In-Team
http://liriknasyid.com

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya Ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya Ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya Ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan Lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan


Ramadhan bakal menjelma. Ah, semakin tak sabar untuk bertemu Ramadhan kali ini. Minggu ini sahaja, sudah ramai sahabat mengucapkan Salam Ramadhan di Facebook dan Friendster :) Entah kali ini dapat aku berpuasa penuh seperti tahun lepas?

** Aku menghitung hari menanti hadirnya Ramadhan kali ini. Moga diberi kesempatan untukku berada dalam bulan yang penuh berkat ini tanpa sebarang masalah...ameen.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...