:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, August 20, 2009

- ceritera -

(ni baju baby yang kami beli kat Pantai Timur Pasir Mas hehehe)

(nilah barang-barang baby yang sudah siap disusun kemas)

Salam menghitung hari menjelang Ramadhan :)

Alhamdulillah...pagi tadi Ummi Na dikhabarkan lagi satu berita gumbira. Berbunga hati ni dapat perkhabaran terbaru. Cuba teka apa dia?? Hehehe... Alhamdulillah, sepasang suami isteri (sahabat kami) telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka tanggal 18 Ogos 2009 baru-baru ini. Puteri tercinta yang dinamakan sebagai Mardhiyyah dilahirkan kira-kira jam 5.15 pagi. Tahniah untuk Luqman dan Saaidah :) Moga diberkati dan dikurniakan kebaikan darinya. Dan juga moga ikatan antara kalian semakin erat dan subur mewangi dengan kehadiran cahaya mata ini.

Hehehe...Ummi Na saje letak gambar barang-barang baby ni. Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran cahaya mata kami pula. Insya-Allah, lebih kurang sebulan lebih je lagi ni. Ummi Na kalau takde halangan nak puasa penuh sebulan ni. Moga2 kesihatan Ummi Na semakin baik.

Kelmarin Ummi Na check-up untuk kali kedua dalam bulan 8 ni. Terkejut sungguh bila Doktor Asliza memaklumkan bahawa tekanan darah Ummi Na tinggi 140/90. Uiih,tingginya. Selalu Ummi Na check, tekanan darah 100/70 atau 100/90 je. Tak cukup dengan tu, berat Ummi Na naik 4kg dalam masa 2 minggu. Ya Allah, berat betul. Sekarang ni berat Ummi Na 63kg. Bukan sahaja doktor yang risau, malah kami sekeluarga pun risau juga. Mulai semalam Ummi Na kena check tekanan darah dan air kencing kat klinik selang sehari. Tadi doktor bekalkan ubat darah tinggi.

Erm, mak sedara Ummi Na cadangkan minum jus epal hijau sebiji sehari. Nenek pula suruh blander pegaga dicampur dengan air. Semua tu cara tradisional untuk kurangkan tekanan darah tinggi. Ummi Na baru minum segelas jus epal. Minta-mintalah istiqomah selain berdoa agar keadaan Ummi Na dan baby ni sihat. Abah pula suruh jaga pemakanan, makan ubat dan ikut nasihat doktor. Ummi Na kalau bab makan ubat ni memang cukup2 lemah. Kadang-kadang dua hari tak makan ubat. Kalau rajin, memang tak pernah tinggal pun makan ubat dari hospital. Sekarang ni dah kurangkan sikit minum soya. Bukan apa, Ummi Na kalau minum soya memang banyak. Kalau boleh, sekotak besar tu nak habiskan dalam sehari je. Itulah pasal berat badan naik mendadak kot :) Hehehe, agaknyalah.

Okeylah...Ummi Na nak rehat dulu. Itu sahajalah untuk kali ini. Salam Ramadhan untuk semua.

"Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna"


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...