:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, October 07, 2009

- menggamit memori -

selepas akad nikah di Shah Alam

Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih-sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
kerana kau isteriku


Romantika di Sudara Beach Resort

Wah, feeling sungguh bila dengar lagu Kopratasa ni. Lagu ni memang betul-betul menggamit memori lalu. Nak tahu? Inilah lagu kegemaran Ummi Na. Lagi ini khas untuk Ummi Na sebenarnya (pas kahwin lah...) Terharu sungguh bila dengar Abah Yie nyanyikan hehehe...

Kali ni saje nak letak gambar2 yang kat atas tu. Walaupon belum sampai anniversary kami lagi, tapi Ummi Na suka. Tiba-tibalah pula malam semalam nak buat suprise untuk husband. Ni dia tak tahu lagi posting terbaru Ummi Na. Pas dah siap ni, suruh dia baca malam nanti hehehe.

Sebenarnya, angka 2 banyak memainkan peranan dalam hidup kami. Tak dirancang, tapi mungkin satu kebetulan. Nak tahu apa dia?

1- Kami berDUA adalah anak ke-2 dalam keluarga
2- Kami berDUA lahir pada bulan 2, Ummi Na 09/02/1984 dan Abah Yie 15/02/1984 (juga dua-dua tahun yang sama)
3- Kami berDUA ada 2 orang adik-beradik perempuan
4- Mak kami berDUA sama-sama cikgu
5- Rumah kami berDUA lebih kurang sama : Taman Desa Paduka & Taman Desa Kemuning
6- Kami berDUA belajar di UIA
7- Kami berkahwin pada 20/12/2008 dan Auni lahir pada 29/08/2009 (tak cukup bulan...)

Hehe, itu je. Ada lagi yang lain, tapi macam dah lupalah pulak. Nanti kalau ingat, Ummi Na tambah okey. Erm, itu aja nak bagitahu pon.....

* Abang, silalah pasang lagu kumpulan Kopratasa ni selalu ye....macam dah lupa je tu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...