:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, October 26, 2009

- Auni kembali -

Salam to all of you...

Wah, dah lama Auni sekeluarga tak update Teratak Mawaddah ni. Mesti semua tertanya-tanya mana Auni pergi, kan? Rindunya Auni kat Teratak Mawaddah ni :) Erm, Auni tak nak cerita banyak2 lah...sebabnya sekarang ni Auni rasa letih hehehe.

Sebenarnya Auni balik Shah Alam (rumah atok & nenek). Banyak sangat cerita menarik kat sana. Auni dapat jumpa family Shah Alam, atok-nenek sedara, sepupu2 Auni...bestnya. Ummi, bila lagi kita nak balik Shah Alam? Auni nak main dengan Sarah laa...

Masa kat Shah Alam, Auni dapat banyak hadiah. Mama Ya bagi baju pink, kasut dan barangan mandian :) Meksu bagi beg, Acik Jun pun sama bagi beg fiffy, Acik Zura pula bagi baju warna pink. Tapi sayangnya, Auni tak dapat jumpa Acik Nor dan Acik Zul :(

Apa kata kita tengok gambar2 ni aja? Jom...


gambar family Shah Alam masa raya baru2 ni
insyaAllah...tahun depan adalah gambar kami bertiga

Abah Auni konvo tau...sayangnya Auni tak dapat ikut
(ummi ni tak acilah...tak nak masukkan gambar2 dengan sedara-mara yang lain)

Wah...tak percayanya. Auni semakin tembamlah...hehehe. Comel tak macam ni?

Waaa...Auni sedihlah. Kakak Aisyah dah balik Mesir, Auni tak sempat jumpa Kakak Aisyah, Ayah Long dan Mak Long. Rindunya dengan Kak Aisyah :) Bilalah Kakak Aisyah nak balik sini semula? Tak sabar nak main dengan Kak Aisyah dan adik Kak Aisyah nanti.

nilah Kak Aisyah yang Auni sayang...

baju ni Mama Ya bagi...topi pulak hadiah dari abah dan ummi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...