:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, October 06, 2009

- banyak cerita = cerita banyak -

keterangan :
1- inilah ikan haruan yang baru nak dibakar
2- sayur sawi ni dah siap masak...(umi yang masakkan ;p)
3- yang sedap ni namanya "kek gulung" (iye ke?)
4- ubat kahak Auni punya...
5- sodapnya air susu ni...jenama Anmum :)

Salam to all of you...
Kali ni Ummi Na saje nak letak gambar2 ni. Nampak sedap je kan semua tu? Memang sedap pun. Ummi Na akan story sket berkenaan gambar2 ni...okey? Sila baca dengan telitilah ye...

1. IKAN HARUAN
Ikan ni selalunya ramai yang tokleh makan kan? Especially orang yang bersalin. Entahlah, mungkin sebab rasanya...atau sebab ikan ni bau hanyir? Ummi Na makan tau...selalunya ikan ni dibakar atau dibuat sup. 2 pilihan ni jelah yang ada pon. Tapi sangatlah sedap jika dibuat sup. Masa awal2 after bersalin dulu, umi yang tolong masakkan. Tapi lama-lama Ummi Na masaklah sendiri...takkan nak suruh mertua kita masakkan,kan? Macam manalah nak dapat gelaran "menantu mithali" kalau bakar ikan pon nak suruh umi masak? hehehe

2. SAYUR SAWI
Hah...mujur Ummi Na makan semua jenis sayur. Sawi, labu, lobak, kangkung, peria (wah, lama x makan peria ni...), petola, kobis dan sebagainya. Memang bsgus untuk kesihatan dan kecantikan kita ni...Lepas bersalin ni lagilah berselera Ummi Na makan. Selalunya sawi ni Ummi Na masak "air" je. Tumbukkan bawang putih dan lada hitam je dah cukup. Tak perlu letak ikan bilis...fuh, sedapnya. (pagi tadi sekali laginya umi tolong masak sayur ni hehehe)

3. KEK GULUNG
Actually, Ummi Na terliur sangat nak makan kek dari Secret Recipe tu :) Ntah, tiba-tiba masa balik dari klinik semalam rasa macam nak makan kek. Terliur sangat kek coklat tu...huhuhu. Tapi kedai tu dah terlepas. Mujur ada kedai roti dan kek, kami singgah beli. Sebenarnya kan, mana boleh makan kek. Bukan ke ada telur? Telur tu kan gatal...dahlah Ummi Na ni operate. Camana tu? Tapi dah terliur sangat, makan jelah sikit hehehe. Ni kalau umi tahu, habislah....alamak!!!

4. UBAT KAHAK
Sebenarnya Ummi Na perasan yang Auni nampak macam susah nak bernafas tiga-empat hari ni. Bila hisap susu tu, nampak macam termengah-mengah dan tercungap-cungap juga. Risau betul ummi dia ni. Kadang nampak macam hidung tersumbat, kadang tu nampak macam ada kahak kat kerongkong dia. So, petang semalam kami pi Klinik Mardhiah, klinik yang Ummi Na selalu pergi. Memang benar tekaan Ummi Na, ada sedikit kahak di kerongkong Auni. So, doktor Asliza tu bagi ubat kahak untuk Auni. Masalahnya punyalah payah si Auni nak minum. Dia muntahkan semula ubat tu. Adoila...habis baju dia kena ubat. Camana ni, bila nak keluar kahak tu ye?

5. SUSU ANMUM
Inilah susu yang Ummi Na minum setiap pagi dan malam. Kalau masa mengandung dulu minum Anmum Materna. Sekarang after bersalin minum Anmum Lacta (khas untuk ibu yang menyusukan anak). Selain susu Anmum, Ummi Na minum susu kambing jenama HR. Kadang tu minum madu dengan air suam, juga makan Pati Gamat Plus. Juga yang paling penting Jus Oren jenama Marigold atau Sunkist. Fuh, banyaknye saya minum sampaikan air masak pon minum kurang sangat-sangat hehehe

Okeylah...ini je yang nak dicerita kali ni. Nanti sambung semula. Bye...

** Auni nangis tu masa ummi nya sedang menaip, mujur ada Ayah Long dia yang baik hati mendodoikan Auni. Thanks Ayah Long (^_^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...