Alhamdulillah.
Asal cuti je rajin ke dapur. Asal ke dapur je rajin masak. Asal masak je rajin westernfood haha.Tapi cuti kali ni ummi buat Roti Berinti Daging ala kadar. Bahan-bahan tak cukup, ambil yang mana ada dalam peti sejuk je hehe. Roti ni dah banyak versi ummi buat sebenarnya.
Boleh rujuk link ni juga untuk Roti Berinti Daging Ala Lasagna hehe : http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/09/roti-berinti-daging-alalasagna.html
Bahan-bahan inti :
- 1/2 tiub daging kisar (nak guna ayam kisar pun boleh)
- 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 sudu besar sos prego
- 1 sudu besar sos cili
- sedikit serbuk oregano
- sedikit minyak zaitun
- garam dan serbuk perasa (ummi guna kohilal)
Cara-cara :
1- Tumis bawang besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga layu. Ummi tambah 1 sudu butter.
2- Masukkan daging/ayam kisar. Masak hingga daging bertukar warna
3- Masukkan sos prego, sos cili, oregano dan perasakan dengan garam/serbuk perasa.
4- Ok siap :)
Step seterusnya untuk roti :
Kali ni ummi buat 1/2 daripada yang asal sebenarnya.
1- Pukul 3 biji telur dengan sedikit susu cair
2- Celupkan satu persatu roti ke dalam telur dan susun dalam loyang.
3- Tuang inti ke atas roti untuk lapisan pertama. Ratakan
4- Ulang lagi dengan celupkan roti ke dalam telur dan susun atas inti tadi.
5- Tuang inti untuk lapisan seterusnya dan ratakan.
6- Taburkan keju di atas inti tadi. Kali ni ummi guna keju Mozzarela :)
7- Kalau nak cantik, taburkan sedikit serbuk oregano atas keju tadi hehehe
8- Ummi masukkan loyang tadi ke dalam pemanggang ajaib dan masak hingga keju tadi bertukar warna keperangan.
beli loyang ni di Salamku.
Memang muat bila masukkan dalam pemanggang ajaib (Generation 3)
Asyik makan je......bila ntah nak diet v__v
nampak sangat sedap nnti bole cuba mesti anak2 suka =)
ReplyDelete