:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, October 12, 2012

Pesta Konvo UIAM - Tahniah adik-adikku

Lama membiarkan laman sesawang ini menyepi. Kali ini kami mengimbau nostalgia lalu. Di Taman Budi dan Ilmu, yang mempertemukan ummi dan abah ^__^. Sempena Konvokesyen kali ke-28 tahun baru-baru ini, kami menjejakkan kaki ke sana bagi meraikan adik ummi dan adik abah. Adik ummi telah menamatkan pengajian dalam bidang Engineering manakala adik abah dalam bidang Nursing. Mari kita layankan beberapa keping gambar konvo Acik Ocob dan Ayah Din :

Auni paling semangat pagi tu. Awal-awal lagi ajak ummi dan abah tengok ikan. Tapi tak nampak pun ikan dalam tasik tu hihi. Kami berkampung di UIA seharian tau. Tokmi, Ayah Chik dan Ayah We ikut sekali. Ayah Din dan Acik Ain lewat sedikit kerana bertolak dari Nilai. Nak dijadikan cerita, adik ummi terlewat sampai di UIA disebabkan jalan sesak. Mujur masih boleh masuk dewan, berdebar dah ummi sebelum tu. Kami? Ronda-ronda dan berehat di masjid sementara menanti Acik Ocob siap.

Selepas dah siap tu, sesi bergambar lah pula bersama keluarga. Masa ni memang cuaca redup. Cuma tengahari tu panas sekejap lah juga. Alhamdulillah, satu kenangan manis yang takkan dilupakan.

Ayah Din pula konvo sesi petang. Tokmi dan Acik Ain yang masuk dewan. Kami yang lain ni ronda-ronda lagi sekitar UIA. Ummi juga sempat jumpa kawan baik yang dah lama tak jumpa. Kawan ummi ni sambung Phd, dan bakal ke Syria bulan 2 tahun depan. Konvo petang tu habis sekitar jam 5.45 petang. Tak ambil gambar mana pun sebab ummi dan abah mengejar masa nak balik kampung jenguk nenek yang sedang tenat.

Alhamdulillah, ummi tak terkilan sangat kerana dapat jumpa nenek buat kali terakhir. Ummi sempat bacakan Yaasin dan suapkan 3 sudu nestum. Nenek ummi memang dah lama sakit tua. Untuk makluman, ummi ziarah nenek ummi pada 09/10/2012, dan sehari kemudian beliau telah kembali menemui Ilahi. Al-fatihah untuk arwah nenda yang disayangi.

Esok pagi pula, kami bertolak pulang ke Kelantan menaiki 2 buah kereta. Sempat juga ambil gambar untuk kenangan sebelum pulang. Singgah sebentar di UIA Kuantan untuk solat dan makan. Entah bila lagi dapat balik Shah Alam agaknya :) Hingga jumpa lagi ya................


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...