:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 07, 2012

Berlibur di Pulau Lagenda - Episod 2

Hari kedua di Langkawi adalah hari jalan-jalan, makan angin sampai kembung perut tu :) Alhamdulillah, memang seronok pergi ramai-ramai macam ni. 

Auni pagi-pagi lagi dah bangun. Tengok tu, siap duduk atas meja telefon tu semata-mata nak cari posisi sesuai. Sebenarnya abah dah tapau nasi lemak awal-awal lepas solat subuh di masjid. Itu yang masa bas berhenti untuk sarapan, kami tak makan pun. Cuma minum air teh. Kemudian kami bergerak ke Sireh Lagenda. Haaa...nampak tak abah masukkan tangan dalam minyak gamat tu? Memang tak panas langsung abah kata. Ummi memang tak masukkan jari ummi ni. Takut :p Di sini kami cuma beli 10 botol minyak gamat untuk diagih-agihkan kepada orang-orang kat rumah tokmi dan kawan-kawan ummi.

Kemudian, kami pergi di Gedung Bayu Enterprise. Kain Batik Jawa banyak di sini. Kami tak turun pun hehe. Orang lain duk sibuk shopping itu ini, ummi melayan auni main tab dengan kawan-kawan baru dia. Lagipun kain batik-kain batik ni dah banyak kat rumah. Ada lagi yang belum jahit. Semua tu hadiah kahwin 4 tahun lepas. Bayangkanlah...........

Destinasi seterusnya adalah Makam Mahsuri. Ummi memang tak masuk dah sebab dah masuk sebelum ni. Abah pula awal-awal memang dia cakap tak nak masuk. Makanya kami bergambar ajalah di luar tu. Kalau nak masuk dalam ni kena bayar RM5.00 ye. Auni suka sangat dapat tengok ikan kat kolam tu. Sungguh excited sekali (^__^)

Seterusnya kami ke Underwater World. Wah, memang teruja juga nak masuk sebab pertama kali ni. Auni lagilah, awal-awal tu "Ummi, ikan besar mi...ikan besar". Tiket untuk masuk bagi dewasa adalah RM28.00, manakala kanak-kanak RM18.00. Sebelum masuk tu kami bergambar beramai-ramai di hadapan UW. Ini baru sebahagian warga MTS. Dalam UW ni memang berbeza berbanding Aquaria. Di sini banyak section. Auni takut sungguh bila lalu di hadapan ikan yang saiznya jauh lebih besar berbanding dia hehe. Ada sekali ummi suruh abah ambilkan gambar, auni siap nangis-nangis tarik tangan ummi. "Ummi tepilah, ikan besar tu nak makan ummi. Tepilah ummi". Sungguh-sungguh dia tarik ummi. Tapi secara peribadi, ummi lebih suka Aquaria hihi

Tak lengkap rasanya kalau tidak menaiki Cable Car. Maka, destinasi seterusnya adalah bercinta di puncak tinggi hehe. Harga tiket untuk dewasa RM15.00 manakala kanak-kanak RM10.00. Seronoknya, sebab masa ni angin memang kuat dan kabus tebal. Sejuk grrr............Auni tak gayat pula masa ni. Siap makan aiskrim di puncak tu. Subhanallah, memang indah sungguh pemandangan dari puncak tu. Saujana mata memandang.

Sebelum balik hotel, kami shopping di Haji Ismail Group yang dekat sangat dengan hotel. Gambar takde sebab letih ye, harap maklum. Malam tu memang lena sungguh tidur, dan awal pula tu. Auni lepas solat Maghrib memang terus 'pengsan'. Kami cuma beli coklat, kacang cerdik dan halwa jambu. Tak borong mana pun sebab takde duit hehe. Jumpa di episod akhir pula.............


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...