Alhamdulillah. Ini pertama kali ummi join Family Day (FD) sekolah abah. Tahun ini FD sekolah abah diadakan di Pulau Langkawi. Dapat juga ummi ke sana sekali lagi. Jom layan 'cerita pendek' ummi berpandukan gambar2 yang ada di bawah ni :)
Kami bertolak pada hari Khamis 27/09/2012 yang lalu. Seramai 28 buah keluarga mengikuti program ni. Bayangkan 28 buah keluarga bermakna 28 biji kereta berkonvoi di atas jalan raya. Sangat meriah dan seronok okey.
Ini merupakan 'sticker' yang harus dilekat di cermin kereta ya. Bahagian hadapan dan belakang cermin kereta. Abah lekat masa di tengah jalan.
Ini pula riben yang harus diikat menandakan anda adalah peserta konvoi hehe.
Subhanallah....cuaca pada pagi tu sangat sejuk dan redup. Kami enjoy dalam perjalanan. Ummi langsung tak pakai 'mata belalang' hari tu :p
Singgah sebentar di Puncak Titiwangsa kira-kira jam 10.15 pagi. Kat sini memang ramai yang dah sampai. Semua ambil peluang nak tangkap gambar. Udara cukup segar dan sejuk. Kira-kira setengah jam kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.
Anak dara ni asyik dengan tab aja. Dia layan lagu-lagu nasyid kesukaannya sepanjang perjalanan. Mujur kali ni tak merengek nak duduk atas riba ummi. Kami berhenti rehat dan solat di RnR Gurun. Masa tu hujan lebat dah.
Alhamdulillah, selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi ni betul-betul selepas azan Maghrib berkumandang. Auni teruja sungguh sebab pertama kali naik feri. Asyik sebut "fuyyoo...wow...!" Tak tidur langsung sepanjang perjalanan tu hehe.
Angkut barang naik bas semua, alhamdulillah kami tiba di hotel penginapan. Eagle Bay Hotel ye. Sangat teruja bila masuk bilik kami hehe.
- gambar hotel tak ambil dek keletihan :)
* bersambung di episod akan datang........................
boleh rujuk SINI kalau anda bercadang untuk ke Pulau Langkawi
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)