:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, September 05, 2013

Family Day MTS 2013 @ Sutra Beach Resort

Tarikh : 31.08.2013 & 01.09.2013
Lokasi : Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu

Jika tahun lepas kami ke Pulau Lagenda, tahun 2013 ini kami ke tempat yang dekat sempena Hari Keluarga Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah. Kami ke negeri seberang je...Ganu Kita. Berukhuwwah mahabbah bersama warga MTS di Sutra Beach Resort, Merang. Pertama kali ni kami ke sini.
* cerita Sutra Beach Resort akan menyusul....

Kami bertolak pada pukul 11.30pagi dari Kubang Kerian. Kiranya sambut merdeka di jalan raya hehe. Kira-kira jam 2 petang kami selamat sampai di Sutra Beach Resort. Subhanallah, memang sangat cantik dan tenang. Pemandangan yang sangat indah. Selepas check in di bilik yang disediakan, kami solat dan berehat melepaskan lelah. Kak Long pula tak sabar nak mandi laut katanya. Tetapi kawasan pantai ditutup. Jadi, mandi kolam ajalah jawabnya.


Sekitar jam 5 petang, kami pun turun ke kawasan kolam dan menyertai ahli keluarga MTS yang lain. Seronok dan ceria wajah Kak Long dapat mandi kolam. Amboi, siap angkut abah masuk kolam ya. Ummi jadi jurugambar aja hari tu, segan nak masuk kolam sama hehe.


Baju renang ni nenek Shah Alam yang hadiahkan. Terima kasih nenek, memang berbaloi Kak Long pakai. Kak Long nak belajar berenang!

Memang puas dia dapat berenang dalam kolam petang tu. Sampaikan keletihan dan tertidur. Lepas mandi sekali lagi dalam bilik air, tukar baju kurung, dia pun beradu lah sekejap atas katil tu. Malam tu diadakan makan malam bersama semua warga MTS. Masing-masing pakat bawa suami/isteri dan anak-anak berhimpun di dewan makan.

Jom bergambar sekejap!
Sebenarnya sepanjang makan malam tu ummi terpaksa pangku Kak Long yang tertidur keletihan. Memang tak bangun langsung sepanjang 2 jam majlis tu. Abah pula jadi pengacara majlis malam tu. Naik kebas ummi pangku anak dara ni.

Ini hadiah yang kami dapat dalam acara tukar-tukar hadiah.

Ini pula hadiah untuk anak staf yang lahir pada bulan Ogos dan September. Kak Long pun dapat hadiah ni sebab 29 Ogos 2013 merupakan hari lahirnya yang keempat. Dalam ni ada sapu tangan kecil, set alatulis dan bekas letak pensil atau pen.

Esok paginya baru aktiviti sukaneka diadakan. Itupun sedikit lewat kerana ramai kanak-kanak bermandi-manda di dalam kolam termasuk Kak Long. Untuk acara mewarna memang Kak Long tak masuk pun. Tetapi dia masuk acara tiup belon sampai pecah. Naik lucu juga melihat dia meniup belon. Tak pecah pun.

Cuba cari mana Kak Long?

Ini pula muka sedih kerana hanya mendapat 2 biji gula-gula ketika acara
 'rebut gula-gula' hehe.
Sedihnya...dia kata "ummi, sikit je Kak Long dapat gula-gula. Nak banyak"

abah yang steady dengan anakanda tersayang.

Ini acara akhir yang Kak Long join. Cari gula-gula dalam tepung. Abah terpaksa pimpin dia sebab Kak Long malu yang teramat. Tapi tiup tepung ajalah, gula-gulanya tak dapat.

Petang tu kami check out kira-kira jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah, memang berbaloi pergi hari keluarga kali ini sebab ummi dapat berehat banyak sikit. Duduk tepi kolam sambil tengok-tengokkan Kak Long mandi kolam aja pun hihi.

Tahun depan nak ke mana pula kita?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...