1- bilik solat TM
bilik bawah di hadapan ruang tamu ini kami jadikan bilik solat. Asalnya bilik ni adalah bilik belajar abah. Dalam bilik ni juga terdapat bilik mandi, memudahkan sesiapa sahaja untuk mandi, buang hajat mahupun berwudhuk. Bilik solat ni masih belum siap sepenuhnya kerana tikar buluh masih belum beli dan ada lagi barang-barang dalam bilik ni belum dialihkan ke bilik belakang.
2- Jamuan raya ofis (tingkat 2)
Dah lama dah jamuan ofis tingkat ummi diadakan. Inilah antara juadah utama masa jamuan tu. Meja ni penuh dengan nasi, lauk-pauk, ketupat, sate, rendang, nasi himpit....Memang kenyang
3- Reward untuk diri sendiri
Dah lama rasanya tak berbelanja untuk diri sendiri. Ada kesempatan, ummi pun cepat-cepat sambar durian crepe, pavlova dan 6 biji donut. Kebetulan harga durian crepe dan pavlova masa ni harga promosi RM6/sebekas. Selalunya RM10/sebekas. Ummi kalau berbelanja untuk diri sendiri, banyak beli makanan je hehe
4- Nasi Ayam TM
Nasi Ayam TM ni ummi masak ketika di rumah mertua baru-baru ni. Dah lama sangat tak makan nasi ayam sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Kebetulan balik rumah mertua, ummi masaklah untuk makanan tengahari.
5- Anak soleh/solehah
Ini gambar terbaru Kak Long dan Adik Muhammad =)
Tengok tu, Adik Mat dah pandai hisap jari kaki hehe. Anak soleh/solehah kesayangan ummi/Mak Ngah
6- Sesegar Air Sirap Bandung
Nampak sedap aja Kak Long minum air tu kan? Terima kasih abah, kerana belanja kami makan baru-baru ni. Dapur ummi dah lama tak berasap sebab ummi selalu pulang lewat T__T
7- Voices Of Ummi
Lagu kesukaan Kak Long dalam album ni semestinya Erti Al-Fatihah. Masuk aja kereta, dia pasang CD ni. Dah tahu dah lagu Erti Al-Fatihah tu nombor berapa. Pasang berkali-kali hingga puas, baru dia ubah lagu lain. Nampaknya ummi abah takde can nak pasang CD kesukaan kami pula hehe....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)