sekadar hiasan
Takde? Nampaknya semua setuju dengan pandangan di atas,kan? Jom kita berdiskusi sebentar. Tajuk yang menarik, harap-harap kupasannya pun menarik :p
Kenapa ummi tulis Maruah Anak, Maruah Kita? "Kita" di sini bermaksud kita sebagai ibubapa, mummydaddy, ummiabi, emakabah, mamapapa dan seumpamanya. Ummi cuma nak mengingatkan kita bahawa, jagalah maruah anak kerana dalam waktu yang sama anda menjaga maruah anda. Ops! Maruah KITA (ibubapa). Ummi sangat TIDAK SETUJU dengan ibubapa yang sewenang-wenangnya memarahi/memalukan/meremehkan/merendahkan anak-anak di hadapan orang lain atau saudara-mara. Sebagai ibubapa, kita seharusnya menjadi role model bagi anak-anak.
Pernah tak kita terfikir, kalau kita marahkan anak-anak di hadapan orang lain perkara ini akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak kita? Anak-anak juga punya hati dan perasaan.
Sebagai contoh :
Seorang anak berusia 4 tahun memukul kepala kawannya.
Ibu : Apasal pukul kepala kawan tu!?Pergi sana! Kalau nak pukul-pukul kepala, jangan main dengan kawan
Si anak tidak mendengar malah terus memukul kepala kawannya
Ibu : Amin, ibu cakap apa? Pergi sana kan? Apa perangai macam ni? Elok sangat buat macam tu!
Anak : dia ambil mainan Amin
Ibu : Isy, degil sungguh. Tak dengar orang cakap. Ibu tampar nak?
Apa pandangan anda terhadap ibu itu?
Apa perasaan si anak apabila dimarahi di hadapan kawannya?
Apa perasaan si anak mendengar setiap butir bicara ibunya?
Kalau kita marahkan anak sekalipun, anak kita nakal sekalipun, JANGAN sesekali marahkan anak atau memalukan anak di hadapan orang lain. Setiap butir perkataan malah tindak-tanduk ibubapa akan diperhatikan oleh anak-anak dan tersemat kukuh dalam minda mereka. Anak-anak akan rasa rendah diri dan mungkin EGO.
Kalau sikap dan perangai anak tu baik/buruk, kita sebagai ibubapa juga yang mendapat tempiasnya. "Anak siapa tu yang nakal dan tak dengar kata?" "Anak Timah tu lah/anak Abu itu lah" ataupun "Baik budak tu, cakap pun sopan, pandai hormat orang tua. Anak siapa ye tu?" "Anak Bedah lah tu/anak Mamat lah tu" Bukan ke itu juga maruah kita?
Seeloknya, tegurlah anak secara baik.
"Amin budak baik, bagi kawan pinjam mainan Amin tu ye?
"Anak ibu baik, dia suka kongsi mainan dengan kawan"
"Amin, tak baik pukul kawan. Tak elok sikap tu. Anak ibu baik kan? Dengar cakap ibu,kan?"
AMIN BUDAK BAIK. Alangkah sejuk hati anak-anak apabila dipuji di hadapan kawan. Ummi sendiri pun kadang-kadang ada juga tertinggi suara bila kesabaran tu dah hujung-hujung je huhu (jangan contohi sikap yang tak baik untuk kesihatan ni). Tapi bila istighfar, ambil wudhuk perasaan marah tu reda. Oh, anak aku kecil lagi. Dia tak tahu apa-apa. Cepat-cepat ummi cium dan peluk auni : "Adik, ummi minta maaf ye. Ummi bukan marahkan Auni, ummi sayang Auni" - kadang-kadang menangis juga ummi (v_v)
Ingat ye, MARUAH ANAK, MARUAH KITA!
Jadi, kita jagalah maruah anak, insyaAllah maruah kita akan terjaga.
* sentiasa bercakap positif di hadapan anak-anak (^_^)
Sekian, perkongsian ringkas dari Teratak Mawaddah.
Setuju dgn ummi na.. maruah anak, maruah kita..
ReplyDeleteIbu Yusuf dan Maryam garang orangnya dan kurang daya kesabaran.. kadang2 terlepas juga.. tkasih n3 yg sgt baik ini.. :D
Ooo... baru saya faham. Td masa baca tajuk ingatkan maruah apa plak. Ingatkan kalau anak bergaduh dgn kawan, kita perlu menangkan anak utk jaga maruah kita. Erm.. betul.. Perlu jaga airmuka anak depan org. Tp bukan anak je. Dgn semua org pun. Suami, ibu bapa, kawan2 dan adik beradik. Kdg2 tgk ada kwn2 yg bergurau sesama mereka di khalayak ramai sampai memalukan kwn mereka sendiri. Tak baik la tu kan.
ReplyDeleteKak zefa > sama-sama ingat mengingatklan :)
ReplyDeleteLydSunshine > betul, bukan sahaja maruah ank kena jaga, maruah org lain pun kita kena jaga :) kalau anak kita bergaduh dgn org lain pun jgn sesekali kita marahkan anak kita. Ada sesetengah ibubapa salahkan anak mereka walaupun hakikatnya anak itu tidak bersalah. Sebab nak jaga air muka, salahkan anak pula di hadapan org lain.
ReplyDeleteKesabaran yang sentiasa diharapkan. Anak-anak yang selalu menguji kesabaran.
ReplyDeleteanonymous > ya, kesabaran.
ReplyDeleteibu muhammad pun garang tapi tak smpai mcm tu lah..takutnye dengar marah mcm tu sekali..
ReplyDeletebest share ni!
ummu muhammad > ummi pun garang :) tapi tak pernah lagi marah sampai macam tu depan orang ramai. Mmg kesabaran ibubapa seringkali diuji dengan sikap anak2, tapi kita sebagai ibubapa kena sabar...sabar dan sabar :)
ReplyDeleteYer ina setuju.. Bukan mudah nak jadi ibu bapa zaman skrg.. Kena kental emosinya.. ;D
ReplyDeleteIbuAqil > ya..kena kental emosi :)
ReplyDeletememang penuh cabaran dan dugaan untuk membesarkan anak zaman sekarang nie kan...
ReplyDeleteperkongsian yg menarik.sbb tu saya selalu tny, kenapa kamu buat mcm tu.sbb klu takda sbb pasti anak tak buat hal.bkn selalu anak nak buat nakal kan?
ReplyDeletesetuju sangat sangat...kesian kan kena marah kat public cam tu :(
ReplyDeletekadang2 tue kalau dah marah tak ingat dah apa yg kita cakap?
ReplyDeletezaidah > semoga kita sama2 dpt hadapinya
ReplyDeleteLM > betul tu :) pasti ada sebabnya
Asmariza > akak pernah rasa dimalukan di khayalak ramai masa kecil huhu. Tapi bkn mak abah akak lah, orang lain. Memang malu dan sedih
BSB > ye kak...kdg2 kita marah melulu juga. terlalu turut emosi yg tak stabil hehe
akak setuju sangat..tapi kdng2 hilang jugak kesabaran hadapi karenah anak2 ni...
ReplyDeleteyup setuju sgt2.. lebih2 lagi bila anak semakin meningkat dewasa/remaja.. saat itu lebih lagi kena jaga maruah anak.. sbb sekali dimalukan, 2 kali kita dimalukan anak2... :)
ReplyDeletekak yong > betul tu kak yong :)
ReplyDelete