tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
tepuk biar pandai malam upah susu
susu lemak manis santan kelapa muda
auni jangan nangis ummi buat kerja
kalau auni nangis
ummi geletek dia (sambil geletek auni)
*******************************
ibu ayam dikejar musang...kokokok
anak ayam cari ibunya...citcitcit
ibu ayam berlari..terus lari
dan ditangkap musang (tangkap auni)
anak ayam mencari...terus cari
ibunya yang hilang
oh kasihan..oh kasihan..aduh kasihan
******************************
enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas
(ulang 4x)
******************************
lompat si katak lompat (lompat)
lompat lah tinggi-tinggi
cepatlah auni cepat
cepatlah bangun pagi-pagi
kalau auni malas bangun
bangun pagi-pagi
lalalalalala lalalalala
nanti auni rugi
*****************************
tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama angin
apa sebab goncang
nanti jawab angin
tanyalah awan
awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
lihat dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang
*********************************
bangau oh bangau
kenapa engkau kurus?
macam mana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul (2x)
ikan oh ikan
kenapa tak mahu timbul?
macam mana aku nak timbul
rumput panjang sangat (2x)
rumput oh rumput?
kenapa engkau panjang?
macam mana aku tak panjang
kerbau tak makan aku (2x)
kerbau oh kerbau
kenapa tak makan rumput?
macam mana aku nak makan
perut aku sakit (2x)
perut oh perut
kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah (2x)
nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah
kayu api basah (2x)
kayu oh kayu
kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah
hujan timpa aku (2x)
hujan oh hujan
kenapa timpa kayu?
macam mana aku tak timpa
katak panggil aku (2x)
katak oh katak
kenapa panggil hujan?
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku (2x)
ular oh ular
kenapa nak makan katak?
macam mana aku tak makan
memang makanan aku (2x)
sekian sahaja persembahan auni untuk kali ini (^_^)
**************************************
lagu2 di atas merupakan lagu WAJIB bagi penghuni Teratak Mawaddah untuk menyanyikannya bersama setiap hari hihi. Seronok sesekali nyanyi lagu kanak-kanak ni.
psst : ummi perasan auni dah kurang sikit nak dengar nasyid kesukaan dia kat laptop ni.
terima kasih ummu auni..
ReplyDeleterefresh semula bbrp lagu yg tak pernah nyanyi dgn anak2... ;)
mana lagu gajah tu ?
ReplyDeletekak yong > saya pun sejak ada anak ni baru refresh semula lagu2 ni hehe
ReplyDeleteisruff > lagu gajah? camana tu?