Hari Raya Qurban 1432h
Perkembangan
Alhamdulillah. Puteri solehah ummi dan abah kini sudah 2 tahun 3 bulan (November 2011) kini. Pejam celik-pejam celik, sebentar sahaja masa berlalu :) Rasa baru semalam auni keluar dari perut ummi hehe. Dalam usia sebegini, auni memang suka melukis dan mewarna. "Ummi, wat A, B, C, bulat, ikan". Itu ajalah yang dia suruh lukis hari-hari. Lepas Solat Maghrib, kalau dia belum tidur, terus ambil buku Yaasin kecil duduk sebelah ummi. Sama-sama mengaji dengan ummi.
"auni, macam mana gaya puteri tidur?"
* inilah gayanya :)
Kesihatan
Alhamdulillah juga, auni dah jarang demam. Kalau dulu, boleh dikatakan sebulan sekali dia akan demam. Ummi memang risau kalau dia demam. Badan akan panas dan bernafas pun macam payah aja. Sekarang ni memang dia jarang sakit. Alhamdulillah.
Auni anak yang aktif!
Ya, memang sangat aktif. Dia seolah-olah banyak tenaga sebab main tak henti-henti hehe. Memang semputlah juga ummi nak mengejar hari-hari. Lari sana sini, panjat itu ini, main permainan dan macam-macam lagi lah. Macam tak letih aja ummi tengok :p
Manja
Dia manja dengan Ayah Din selain dari ummi dan abahnya. Kalau Ayah Din balik, asyik-asyik Ayah Din yang dicari. Bangun tidur terus tanya "Ummi, Ayah Din (mana?)" Ayah Din nak ke surau "ummi, Ayah Din uwau (surau)". Dia suka dekatkan muka dengan muka Ayah Din nya. Ayah Din tak pernah marahkan Auni, pandai layan Auni dan anak-anak sedara yang lain. Lagi satu, auni tak boleh tengok Moksu nya bermanja dengan tokmi. Dia memang marah kalau nampak moksu baring atas riba tokmi. "Oshu (moksu) tepi!" Dia tolak badan moksu hehe.
Senjata untuk mempertahankan diri
Menangis dan menjerit. Ya, inilah senjata auni untuk mempertahankan diri. Sedari kecil ummi perasan, kalau ada sesiapa yang nak marah, pukul atau bergurau secara berlebihan dengan auni, dia pasti akan menjerit dan menangis. Bila dia menjerit dan menangis, tak ada siapa berani dekat dengan auni. Auni menjerit dan menangis bukan saja-saja, pasti ada sebabnya. Mungkin kanak-kanak yang sebaya auni senjata mereka untuk mempertahankan diri lain.
*************************************************************
kejap je kan anak2 kita meningkat dewasa..kadang2 tak nak dia cepat besar hi hi ...nanti dah besar mula lah pandai nak bergaduh2 manja dgn kita.
ReplyDelete** comel la auni ni...
Kak Aya > betul k.aya...rasa macam nak biar auni tu jadi baby je (^_^) auni dan ummi memang suka gaduh2 manja hehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah!!! Sjuk hati tgk perkembangan anak kn ummi.. ;)
ReplyDeleteAda sorang cikgu tu cakap kalau budak yg pandai ekspresi kan perasaan dia, budak tu budak bijak..Auni bijak pandai cemburu ngan moksu ya
ReplyDeleteYeay yeay auni dah besar=) hm..seronok bile anak2 dh besar.hehe.mcm2 development yg dah dapat.syukur alhamudulillah.nina kadang2 terfikir kate2 org tua anak perempuanlah paling banyak cabaran nak ditarbiyah bile remaja nanti. moga puteri2 kita bakal menjadi serikandi islam solehah=)
ReplyDeletecomelnya Auni....seronok melihat anak membesar..kaletah yg mnghiburkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, auni makin membesar dengan sihat dan bijak.. Auni anak solehah.. :D
ReplyDeleteibuAqil > (^_^) betul3x
ReplyDeleteAnamarza > oh, ye ke kak> Amenn..mudah2 an...
ummu aufa > ya nina...ameen....
ReplyDeleteMulutPayau > setakat ni, auni seorang ajalah permata hati di Teratak Mawaddah kami..hehe
Kak zefa > Kak Maryam dan Abang Yusof pun anak solehah/soleh :)