rentetan kisah Deko-Deko : Edisi Ruang Tamu Utama
Ya, saya seorang yang sangat kurang kreatif bab-bab menghias rumah ni :)
Orang kata tangan tak seni.
Tapi, saya sangat suka melihat hasil tangan yang tak seberapa ni apabila selesai mengemas dan menghias rumah :p
Ini ruang tamu utama teratak kami.
Tiada pasu bunga, apatah lagi sofa...jauh sekali. Kami sepakat meletakkan meja jepun dan rak buku bagi menghiasi ruang tamu agar tidak terlalu kosong.
* rak buku belum penuh lagi kerana masih memilih buku-buku yang sesuai untuk diletakkan di sini
Pandangan dari sliding door utama.
Alas meja dan rak buku tu kami beli di Mydin. Rak buku berharga +- RM120 manakala alas meja +- RM15.00
Ini pula ruang tamu kedua kami. Asalnya meja jepun tu ummi letak di sini, namun ummi dah pindahkan di ruang tamu utama. Biasanya anak dara ummi akan tidur di sini sebelum ummi angkut masuk bilik hehe.
Tikar buluh bercorak bunga sahaja yang menghiasi ruang ini. Bolehlah bersantai-santai seisi keluarga. Ruang ini juga dikhususkan untuk tetamu perempuan
Langsir sebelah kiri merupakan langsir bilik tuisyen @ bilik belajar. Langsir jarang di belakang tu pula ruang untuk ke dapur manakala tangga yang kelihatan di sebelah kiri adalah tangga untuk ke bahagian atas.
* insyaAllah ummi akan update bilik Puteri Solehah pula bila ada masa nanti hehe.
~ nak mencari bunga untuk digubah bagi menaikkan seri Teratak Mawaddah (^__^)
wah ni ruang tamu inspirasi japan..dulu kite teringin nak buat mcm kak ina tapi tulah sentuhan tangn tak menjadilah kak ini..deco2 memang failed!
ReplyDeletep/s: datang jemari asmara boleh tgk english style..datang TM boleh tgk japanm style! due2 i like tapi tak reti heheh
aiyo lin, akak ni tangan tak berseni hahaha. Main "bedal" aje...letak sana-sini, mata sedap memandang kira okeylah hehehe
DeleteGo ummi na go!! Hehe.. Kak zefa bg semangat dari jauh je..
ReplyDeleteps: kak zefa cdg kan letak sesuatu utk cover belakang rak buku tu..
a'ah kak zefa, memang kami dah rancang nak letak sesuatu bagi cover belakang rak tu. Dalam list nak letak wallpaper....hehehe
ReplyDeleteruang tamu x boleh byk perabot sangat..nanti nampak berserabutkan?
ReplyDeletebetul tu kak :) banyak sangat pun memang akan nampak serabut...kami memang tak letak perabot sebab anak masih tengah lasak dan aktif hehehe
Deletebesnye kak..dh ada rumah sendiri..masuk rumah baru ni pon banyak juga nk kluar duit kan?..sy dok pikir kabinet dapur je bila dpt kunci rumah nanti..jenuhlah nk cari duit huhu
ReplyDeleteitulah...masuk rumah baru mmg banyak keluar duit huhu. Itu yang kami tak beli barang apa pun....banyak lagi nak kena baiki rumah tu. Beli mana yang perlu aja
Deletesalam,
ReplyDeletenice, simple,cozy jer... ;)
terima kasih.... :)
Deletevery simple.. sop suka ruang yg luas dan lega..
ReplyDeleteboleh berlari2 nanti.. hehehe
betul tu...sebab itulah kami tak letak sofa dan perabot lain hehe. Senang budak-budak nak berlari sana sini
DeletePsstt...besarnye umah awak..mmg harus anak ramai ni.hihu..
ReplyDeleteoh, semestinya kena ada ramai anak..baru meriah dengan jerit-pekik hiruk-piruk akan2 kan? hehehe
Deletemenarik jugak deko ni....tambah menarik kalau di meja jepun tu di tambah kusyen empuk untuk duduk tetamu, atas meja tu diletakkan jambangan bunga untuk nampak seri. kawasan tamu wanita di letakkan jugak kusyen/ bantal besar ..belakang rak tu kalau dicat atau di tampal dengan wallpaper pun cantik jugak tak menampakkan plain kayu belakang rak...atas rak boleh tambah jambangan bunga macam design untuk meja makan pengantin yang biasa di lihat....saja nak kongsi dan beri pendapat....saya sekrang pun sedang dalam proses deko rumah baru....
ReplyDeletesungguh suka dengan rak itu =)
ReplyDeletejom sertai kami di sini
http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html