:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, April 14, 2012

Fruit Cocktail - Jamuan di ofis

Entah kali yang ke berapa ummi buat FC ni
memang tak jemu.
Ummi buat ni untuk jamuan di opis baru-baru ni


Bahan-bahan A:
  • 1 tin besar buah-buahan campuran (ummi guna jenama Hosen)
  • 2 tin laici
  • 1 tin nata de coco (ummi guna jenama My Rasa yang dalam bekas besar tu)
  • 1 peket besar puding jelly atau sumi
  • beberapa hirisan buah anggur / mangga / epal hijau 
Untuk kuah kastard :
  • 2 tin susu cair
  • 2 sb tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji kuning telur
  • 6 sb gula (ikut selera anda)
  • 2 sk esen vanilla

Cara membuat :
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk membuat kuah kastard ke dalam periuk kecil, dan kacau dengan api perlahan hingga kuah pekat (masukkan semua bahan baru buka api)
  2. Bila campuran kuah kastard dah bertukar warna kekuningan, tutup api dan biarkan sejuk
  3. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk dessert yang besar (termasuk airnya sekali)
  4. Masukkan pula kuah kastard tadi ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Siap untuk dimakan
* ummi buat manis sebab nak letak air batu banyak dalam tu hehe.............

4 comments:

  1. rasanya mcm dh lama tak singgah sini.. FC mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selalu singgah tu jawabnya :) FC memang sedap tapi tak boleh makan selalu sebab nanti tinggi kandungan gula dalam badan hehehehe

      Delete
  2. aduhai kak ina terliur tgk..sedp je nampak..dahlah peminat bende2 desert gini..anta kluang satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantar kluang? erm...apa kata org kluang datang kelantan? mesti akak buatkan heheh

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...