:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, April 03, 2012

Semerah Cinta Sardin & Sebersih Kuning Telur

tajuk diberi oleh abah hihihi

Balik kerja tadi, sempatlah ummi memasak untuk makan petang. Masak ala kadar sebab air di sinki dapur takde. Lauk pun cuma sardin dan telur.

Semerah Cinta Sardin
Merah ke? hehe

Bahan-bahan :
- 1 tin sardin besar
- 1/2 labu bawang besar & 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1/2 sk lada hitam (ditumbuk)
- 2 sb sos cili
- sedikit kicap
- 1 keping asam keping
- 1 biji tomato (potong 4)

Cara memasak :
1- Tumis bawang putih dan halia yang diketuk
2- Masukkan bawang merah dan tumis hingga kekuningan.
3- Masukkan lada hitam dan sos cili
4- Masukkan sardin, buah tomato, asam keping dan sedikit kicap.
5- Kalau nak kuah, masukkan sedikit air.
6- Masak hingga sardin tu masaklah hehe....sebelum tu perasakan dengan garam gula secukup rasa ye.

Sebersih Kuning Telur
 Bersih dikaitkan dengan kuning?

Bahan-bahan :
- 3 biji telur
- hirisan bawang besar
- 2 sk serbuk perasa Kohilal
- sedikit mayonis
- secubit garam

Cara memasak versi ummi :
1- Satukan semua bahan dan pukul telur 
2- Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng telur
3- Goreng telur dengan api sederhana hingga masak.

Sangat mudah dan jimat masa hehe

3 comments:

  1. Hahhaaa....same goes to here.
    If penyakit MALAS dtg, mmg ini jew la lauknye..tp licin beb..siap bertambah2 bagai.huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) sardin tu pilihan terakhir kalau penyakt M datang hehehe

      Delete
  2. akak kalau malas sgt nak masak, goreng telur je tak pun ikan bilis , sardin pilihan kedua last la, sebab hubby tak makan sgt sardin :(

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...