:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 12, 2012

Puding Mangga Berkuah Kastard

Semalam ada jamuan di ofis. Ummi berkira-kira nak buat puding dan koktel sahaja. Hari tu dah buat puding laici, kali ni ummi nak buat puding mangga. Bahan-bahan adalah seperti berikut :


Bahan-bahan :-
- 30gm agar-agar tali
- 750ml jus mangga (Marogold-Peel Fresh)
- 350ml susu segar (Goodday)
- 350gm yogurt perasa peach & mangga
- 500ml air
- 7@8 sb gula pasir (kalau nak manis, lebihkan gula)
- 1 biji buah mangga dipotong dadu


Cara memasak :-

  1. rendam agar-agar lebih kurang 2 @ 3 jam. Tujuannya supaya agar-agar cepat larut ketika masak nanti
  2. Panaskan 500ml air di dalam periuk. Apabila hampir mendidih, masukkan agar-agar dan kacau hingga larut
  3. Masukkan pula gula pasir. Bila dah sebai semua bahan, tutup api
  4. Masukkan pula jus mangga, susu segar dan yogurt ke dalam periuk.
  5. Masukkan potongan mangga ke dalam mould agar-agar. Tuangkan pula agar-agar tadi ke dalamnya
  6. Bila dah hampir sejuk, masukkan ke dalam peti ais.


ummi hidangkan bersama buah-buahan koktel. Ambil isinya sahaja, tabur di atas dan sekeliling agar-agar yang telah disusun ke dalam bekas

Curahkan sahaja kuah kastard tadi ke atasnya (^__^)

untuk kuah kastard, boleh tengok SINI

Selamat mencuba.

7 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah...mmg sedap jika dimasak dengan penuh kasih-sayang :) cubalah...

      Delete
  2. salam.

    wah. serius nampak sedap! rasa cam teringin nak buat jugak lah this wiken!! :)

    ReplyDelete
  3. tgk atas tgk bawah...ni yg rase nk buat tapi semsetinye tidak begitu kejadian kecantikkannya..ianye akan jadi versi ibu muhammad heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan "tertipu" dengan kecantikan luaran....apa yang penting isi dalam :) hehehehe
      buatlah lin, akak nak tengok :)

      Delete
  4. Hello!

    Resepi yang sungguh mudah dibuat. Adakah jelly akan menjadi cuddled bila ditambah susu pada yogurt and mango juice bila masih panas?

    Thank you

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...