:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, April 18, 2012

Sawi Jepun Bersos Tiram

mood : masak-memasak lagi (^__^)


 Balik kerja petang tadi, ummi bersilat sekali lagi kat dapur hehe.
Maka, inilah hasilnya : Sawi Jepun Bersos Tiram haha
Mudah + cepat + jimat

Bahan-bahan yang diperlukan :
- sawi jepun, ikutlah nak banyak mana.
- 2 ulas bawang putih (dimayang)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 1 sb minyak zaitun
- 2 sb sos tiram
- 1 sk serbuk perasa (ummi guna jenama Kohilal)
- 1/2 cawan air

Cara nak buat :
1. Celur sawi jepun di dalam air mendidih dengan sedikit garam. Angkat dan toskan
2. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak zaitun
3. Masukkan sos lada hitam dan serbuk perasa
4. Masukkan juga sedikit air, kacau hingga masak.
5. Curahkan sos tadi ke atas sawi jepun yang disusun atas pinggan


Selamat mencuba

* ummi tak letak garam.

2 comments:

  1. kecur liuq..hari tu puding...kakkk inaaaa pos siniii!! T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tetap menunggu orang jauh bertandang ke teratak kami hehehe

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...