:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, April 17, 2012

Saat Manis Bergelar Seorang Guru

mood : imbas kenangan ketika bergelar seorang guru

Cita-cita asal ummi, memang ingin menjadi seorang pendidik. Kerana inilah cita-cita asal sedari kecil (walaupun adalah sekali dua bercita-cita nak jadi peguam...wartawan...pensyarah :p ) Semasa kecil dulu, pantang ada masa terluang ummi akan mengajak adik-adik bermain cikgu-cikgu. Ada buku, fail, pen dan sebagainya. Ummi berlagak menajdi cikgu yang garang haha. Waahhh, memori yang sangat manis untuk dikenang (^__^)

* bersama anak murid ketika ummi mengandung 5 bulan

 ummi pernah mengajar KAFA kira-kira 3 tahun. KAFA yang terletak di taman perumahan atok Auni, bilangan muridnya tidak ramai. Guru pun sekitar 7 orang termasuk ummi. Ummi pernah menjadi guru kelas darjah 3, 4 dan darjah 6.

 perasaan terharu dan gembira apabila anda diraikan oleh anak-anak murid

"Ustazah, marilah masuk kelas sekejap, cepatlah ustazah"...
"Sekejap lagi boleh? Ustazah nak buat kerja dulu"...
"Cepatlah ustazah, ada surprise ni"...
"MasyaAllah...subhanallah....." terkejut+terharu apabila melihat sebiji kek yang disponsor oleh Aiman terhidang di atas meja.

 Inilah rakan sejawat ummi suatu ketika dulu
Ustaz Zaki, Ustaz Md Diah, Ustaz Khairi, Ustaz Munajat
Ustazah Junaida dan Ustazah Mazura

 anak-anak yang sentiasa menceriakan hari ummi dengan kerenah yang pelbagai
Ummi pernah menerima sebentuk cincin yang berharga RM1.00 daripada murid darjah 1
Namanya Mohd Nur Yusri. Ummi memanggilnya Anje :)

rasa sedikit janggal apabila terpaksa menjadi guru kelas Ayah Su Auni hehehe
kini mereka berada di tingkatan 1

"Ustazah, saya rasa bila belajar dengan ustazah ni saya makin minat dengan Bahasa Arab"
"Zah (ustazah), rupanya Bahasa Arab ni senang ye. Tak susah pun"
"Ustazah, saya suka lah Bahasa Arab ni. Ustazah ajar saya mudah faham"
"Ustazah, kita nyanyi dulu ye. Baru seronok nak belajar"

********************************
apa yang penting, seorang guru itu perlu kreatif dan inovatif dalam mendidik anak-anak.

* siapa sangka, bekas anak murid ummi kini sudah berusia 18 tahun. Waahhh...dah jadi  anak teruna dan anak dara ni (^__^)


6 comments:

  1. Asmkm.salam kenal..dari ustzh kafa juga..:)
    Yg penting apapun tugas kita, perlukan rasa tanggungjwb, minat dan keikhlasan kan..:)

    ReplyDelete
  2. Besar budak sekarang ya, dah nak sama besar dengan ustzahnya dalam gambar tu :)macam rakan sebaya..hihih comel je ustazah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tinggi hehehe...kdg2 org tanya mana ustazah, mana anak murid? hehehe

      Delete
  3. Hihi....cikgu adalah cita2 sy masa zmn sekolah tp xpernah de experience mngajar walaupon percubaan nk try jd cikgu dh berjuta kali.hihi...xpernah lps exam dan xpernah lps borang walaupon hnya nk jd cikgu sandaran atau gantian.sobh...nmpk sgt sy x layak =<

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe2...kita jadi "guru" kepada anak2...insyaAllah, ganjarannya lebih besar..... :)

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...