:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, November 13, 2011

Belajar suku kata

ketika berusia 4 bulan

beberapa bulan yang lalu...
Auni : ummi ni pe?
Ummi : ikan..kuda...kambing...lembu...anjing...bawang...abang...
Auni : ikan...kuda...ambing...embu...anjin...bawam...abam

Hari ini...
Auni : ummi ni pe? (sambil tunjuk gambar)
Ummi : ku...
Auni : ku-da
Ummi : ba...
Auni : ba-wang
Ummi : lem...
Auni : lem-bu
Ummi : kam...
Auni : kam-bin (kambing)
Ummi : ang...
Auni : ang-gur
Ummi : ti...
Auni : ti-kuh (tikus)

Ini salah satu kaedah yang ummi guna ketika mengajar Auni. Auni tunjuk gambar dan ummi akan sebut suku kata awal, dia akan sambung dengan sendirinya. Ummi nampak dia lebih mudah menghafal apabila ummi gunakan kaedah ini. Malah lebih seronok pula apabila menggunakan kaedah ini. Ummi akan ulang 3 kali untuk setiap gambar. Kadang-kadang Auni minta diulangi perkataan tu sampai 5-6kali untuk setiap gambar.

Untuk huruf Hijaiyyah, Auni cuma kenal beberapa huruf sahaja. Bila ummi sebut Alif, dia terus sebut ba. Ummi sebut ba, dia sebut ta. Ummi sebut ta, dia sebut jim (^_^). Huruf tsa tertinggal hehe. Apa pun semoga Auni cepat belajar sesuatu ya dan mudah menghafaz bak kata Ayah Din : Auni ni kalau mengaji mudah faham dan hafaz ni. Ameen ya Allah, mudah-mudahan....

* jangan JEMU dan BOSAN apabila anak kerap bertanya soalan yang sama atau meminta kita mengulanginya 3-4kali (^_^) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...