:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, August 12, 2012

Persiapan Raya Tahun Ini

entah kali yang ke berapa Puding Triffle ni ummi buat hehe

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, kita semakin hampir ke penghujung Ramadhan. Entah kita sempat untuk berjumpa Ramadhan akan datang, hanya Dia yang mengetahui segalanya. Raya tahun ni, ummi tak beli baju (setakat ini). Ummi cuma jahit sepasang baju kurung hadiah yang sedare bagi masa awal-awal kahwin dengan abah dulu. Bila tu? 4 tahun yang lalu...hihi. Baru sekarang ummi jahit. Bukan apa, tiap-tiap bulan memang ummi akan jahit hanya sepasang baju kurung. Memang banyak sangat kain pasang ummi dapat masa kahwin dulu. Ini pun ada lagi lebih kurang 3-4 pasang tak berjahit lagi.

Baju auni dah beli awal-awal Ramadhan dulu. Beli di Mydin aja, lagipun memang cantik kain dan design tu. Ummi berkenan. Abah kata mahal sebab baju kurung tu harganya RM40.00 hehe. Takpe, lagipun setahun sekali je beli baju semahal itu bang. Tahun ni abah tak beli baju melayu. Tetapi abah beli jubah sahaja. Jubah yang separuh tu...alamak, ummi tak tahu baju tu dipanggil apa :) Abah akan pakai dengan seluar warna krim.

Duit raya untuk adik-adik, anak sedare dan saudara-mara pula ummi dah minta Penolong Akauntan di opis tukarkan. Awal-awal Ramadhan dulu juga. InsyaAllah esok baru dapat. Cuma sampul duit raya ummi tak beli lagi. Rasa nak beli yang design duit lah...okey ke?

Biskut raya? Tahun ni ummi tempah juga biskut raya. Adalah dalam 4 jenis biskut raya. Tahun ni raya di Shah Alam, jadi ummi dah buat bajet untuk rumah mak, rumah umi dan rumah kami. Cadangnya dalam sehari dua ni nak buat Cornflakes Madu dan Almond Cluster. Buat yang mudah-mudah aja hihi. Harapnya dapat buatlah.

InsyaAllah kami akan balik Shah Alam hujung minggu ni. Bertolak sebelum sahur. Itu yang sebaik-baiknya ^__^ Doakan perjalanan kami pergi dan pulang selamat ye.


8 comments:

  1. salam kenal...

    saya ada sikit2 je lagi persiapan yg belum habis.Moga selamat dalam perjalanan ye.. saya balik alor setar tapi dari sg petani je pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwwah daripada kami =)

      terima kasih ye...semoga selamat menuju ke destinasi juga

      Delete
  2. oh raya shah alam ya.. akak raya kelantan ;)
    pandai jahit baju rupanya. untung jimat belanja. akak beli je.. itu pun yg murah2. baju iman mmg beli di jusco sebab kain cotton. tak panas dia pakai. ayah dia pun sama. kain lain tak mau pakai.

    semoga selamat pergi dan balik ya. hati2 di jalanraya. tak tahu nak gerak pukul berapa balik kelantan. mesti jem tak kira waktu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...raya shah alam kali ni =) eh, bukan saya yang jahit...tapi tukang jahit hehe.

      Delete
  3. Salam mawaddah...Alhamdulilah,dah settle persiapan raya ya.Baju jubah separuh tu panggilnya kurta,anak k.atie pon suka pakai gak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, k.atie...baru ingat =) abah auni mmg suka pakai baju kurta tu...senang katanya

      Delete
  4. wah=) bestnya beraya bersama family^^ warna ape agaknya Ummu Auni sekeluarga tahun ni ye^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok =) hehe, warna? insyaAllah nanti ummi tunjukkan ye..........yang pasti, sejuk je mata memandang

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...