:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, January 05, 2013

Nasi Mentega & Ayam Bakar Rosemary

Dah lama rasanya tak masak yang special hehe. Hari ni ummi masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Rosemary. Alhamdulillah, percubaan kali pertama buat Ayam Bakar Rosemary tu hihi. Dah lama sangat mengidam nak buat, asyik tak sempat je huhu. Pagi tadi sebelum abah keluar, ummi minta tolong abah belikan ayam. Sementara tunggu abah dan ayam balik, ummi menanak nasi.

 Nasi Mentega yang sangat mudah dan ringkas.
- Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bawang putih dengan sedikit mentega
- Bila naik bau, masukkan beras yang dah dibasuh terlebih dahulu
- Masukkan dalam rice cooker, tambah air seperti biasa
* masukkan juga 1 kiub ayam knorr

Untuk resepi, boleh rujuk SINI dan SINI ye =)
Tapi ummi ikut suka hati ummi je sebenarnya. Ambil mana yang ada di dapur je.

- 3 ketul paha ayam
- 3/4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar daun rosemary
- 1 sudu besar oregano
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar madu asli
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 3 biji ubi kentang, 1/2 biji lobak merah dan tomato baby secukupnya
(sukatan bahan ikut sendiri ye...ini agak2 ummi)

Cara :
- rebus ubi kentang 1/2 masak. Ubi kentang dipotong 4. Bila dah 1/2 masak, angkat dan toskan airnya. Lobak merah dipotong bulat.
- basuh ayam dan toskan airnya. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Kemudian, angkat dan tumbuk hingga lumut dengan sedikit garam.
- Masukkan pula halia, daun rosemary, oregano dan lada hitam. Tumbuk dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam
- Campurkan kicap, madu, gula dan minyak menggoreng bawang tadi dan lumurkan ke ayam hingga rata. Lebihan bahan perap ini boleh dilumurkan pula ke atas ubi, lobak dan tomato
- Perap paling kurang 1 jam sebelum dibakar
- Panaskan oven : 180 - 200 darjah celcius (ummi 190C)
- Susun ayam, ubi kentang dan lobak di atas dulang pembakar. Ummi lapik dengan aluminium foil terlebih dahulu
- Bakar selama 30 minit, kemudian keluarkan bekas dan curahkan sedikit bahan perapan tadi ke atas ayam. Tidak perlu banyak kerana ayam tadi akan keluarkan air dengan sendiri...eheh =)
- Pada waktu ini boleh masukkan tomato baby yang diperap tadi.
- Bakar lagi 30 minit atau sehingga ayam masak.
- Keluarkan dari oven. Ambil air yang keluar dari ayam tadi dan masukkan ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana (ummi tambah 1/2 sudu tepung gandum) dan masak hingga kuah pekat.
- Susun ayam, ubi kentang, lobak dan tomato baby ke dalam pinggan. Curahkan kuah tadi ke atasnya.

 

Selamat mencuba (^__^)

* nanti ummi upload gambar nasi dan sup......


3 comments:

  1. Menyelerakan tengok :) saya ni belum lglah nak masak buh rosemary dan oregano ;) Tq utk resepi nasi minyak yg simple tu. Mudah je rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah UI =) ayam tu sedap makan macam tu je, tak payah makan dengan nasi pun tak apa hehehe

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...