:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, January 08, 2013

A.Y.A.M sekali lagi

A.Y.A.M = AYAM

Siapa tak kenal ayam? Angkat tangan....Awak tak kenal ayam lagi? Tak apa, buka internet. Taip Google, kemudian taip perkataan AYAM. Macam-macam ayam ada. Ayam Kampung, Ayam Bandar, Ayam Panggang, Ayam Goreng, Ayam Kukus, Ayam Pencen...

* melalut...hehe

Petang semalam ummi bakar Ayam Rosemary sebagai lauk berbuka puasa abah. Rupanya abah dah beli Tom Yam Ayam. Ummi bakar jugalah ayam tu sebab dah perap semalaman kan. Lagipun banyak sayur-sayur yang dah diperap sekali. Ummi ingat nak makan sekali dengan abah lah kan, tetapi malangnya sampai pagi ni ummi tak makan nasi lagi huhu. Malam tadi sakit dan letih campur aduk, akhirnya ummi tertidur tanpa menjamah apa-apa makanan huhu. Perut ni berkeroncong habis.

Tengahari ni pula ada temujanji dengan doktor di HUSM. Ummi tak ingat dah beritahu atau belum bahawasanya ummi sudah 2 tahun tidak didatangi CIK 'P' =_=. Tiap-tiap bulan sakit senggugut ada, tetapi Cik P tak keluar juga huhu. Ya, 2 tahun Cik P tak datang. Apa sekalipun, doakan yang terbaik ya kawan-kawan semua. Terlalu besar harapan ummi agar Cik P yang dirindui kembali semula huhu....

Jumpa lagi........
(sakit-sakit pun bisa menaip...hebat tu..)

***************************************************

klik SINI untuk membeli
terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...