Hujung minggu tiba kembali. Waktu yang amat dinantikan setelah 5 hari berperang dengan kerja-kerja ofis hihi. Waktu untuk bersantai bersama abah dan auni solehah. Hujung minggu di tahun baru ini, sekitar jam 11.30pagi kami menerima kunjungan tetamu. Kawan abah di sekolah lama datang bersama isteri dan anak. Agak malu apabila kami hanya menghidangkan air teh, kek pisang dan biskut gula T_T. Tiada apa-apa dalam peti ais untuk dihidangkan kepada mereka huhu. Selalunya ummi ada juga bekalan mee dalam peti. Bolehlah buat mee sup ke, mee kuah ke, tak pun paling kurang mee goreng.
Hari ini ummi dan auni masak hihi. Dah lama tak masak rasanya. Jadi, hari ini kami masak yang ringkas. Ayam bakar dan sayur campur. Ayam tu ummi rebus sebentar sebelum bakar. Jadi, air rebusan ayam tadi ummi jadikan sup. Cuma tambahkan bawang besar yang dimayang, sedikit kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Mudah je kan?
Alhamdulillah, hari ini unni berjaya masak. Yeay, thumbs up!
kawan-kawan, ayam ini dibakar tidak terlalu kering ya. Bakar sebentar sahaja :
Bahan-bahan nak perap ayam adalah
- bawang putih
- halia
- lada hitam
- serbuk oregano
- garam
- madu
- kicap cair
- sedikit perahan limau kasturi/limau nipis
ini pula sayur campur kesukaan auni (^__^)
- carrot
- brokoli
- kacang peas
- tomato baby (yeke? eja gini?)
* tumis dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit lada hitam.
Ummi tambahkan 1/2 kiub tom yam
Alhamdulillah. Jemput makan kawan-kawan
* gambar sup tiada kerana ummi malas nak ambil dalam periuk hehe
pssst : jom cari buku resepi yang best-best
Nampak menarik je ayam bakar tu...bleh try nanti :)
ReplyDeleteboleh kak =) simple je hehehe
DeleteAuni dah makan sayur.bagusnya tak yah susah2 nak paksa mcm anak teruna sy=)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dia memang suka makan sayur sejak kecil..lebih2 lagi lobak merah dan sawi. Itu mmg feveret dia =)
Delete